Wednesday, January 11, 2012

Nelayan dan Bisnesman

Manusia zaman sekarang terlalu mengejar kebendaan. Sangat materialistic sehingga mereka terlupa apa tujuan sebenar untuk hidup di muka bumi ini. 

Pernah tak kita terfikir, apa tujuan sebenar kita hidup? Apa yang kita kejarkan sementara kita masih bernyawa? Kenapa kita hidup? Apa objektif yang kita perlu kecapi sebelum kita mati? Kenapa kita perlu bersekolah, perlu masuk kolej, kerja? Kenapa kita perlu mencari duit? Kenapa dowh????

Sila baca dan hayati situasi hasil dari imiginasi aku di bawah....

*****

Satu hari ada seorang bisnesman pergi bercuti ke satu pulau. Bisnesman ni sangat kaya raya. Dia memilki harta yang banyak. Kaya babi ah.

Sedang dia menikmati percutian dia yang sedap tu, tiba tiba dia ternampak seorang nelayan sedang baring atas buaian dibawah pokok kelapa. Dia kelihatan tenang menikmati angin pantai yang sepoi sepoi bahasa di tepi pantai itu. Bisnesman itu tadi tersenyum sinis melihat nelayan tu. Hatinya terdetik, alangkah bagusnya dia tidak menajadi seperti nelayan itu tadi. Pendapatan bergantung kepada hasil tangkapan ikan. Rumah pun kecil. Tidak seperti kehidupannya yang jauh berbeza. Dia memliki segala kemewahan di bandar. Rumahnya besar, kenderaannya banyak dan mewah. Dia berbangga dengan dirinya kerana setelah dia bersusah payah dan bertungkus lumus belajar di sekolah dan universiti untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Dengan itu dia dapat bekerja dengan gaji yang lumayan dan akhirnya dia dapat mengecapi kehidupan yang mewah seperti sekarang.


Keesokan harinya, bisnesman itu memerhatikan nelayan itu pergi ke laut menagkap ikan dengan bot usangnya. Setelah petang, nelayan itu pulang dengan hasil tangkapan yang hanya 3 hingga 5 ekor. Dia menyerahkan ikan itu kepada isterinya untuk dijadikan makanan mereka seisi keluarga. Kemudian dia bergurau senda bersama anak perempuan yang berada dalam lingkungan 5 tahun itu. Setalah itu, dia pun baring atas buaian itu lagi.
Begitulah kitaran hidup nelayan itu. Dari hari ke hari hanyalah sama. Pagi tangkap ikan, petang main main dengan anak, lepas tu baring kat buaian balik. Malam tala bini.

Bisnesman itu pun terpanggil untuk bersembang dengan nelayan itu. Kerana bisnesman ni orang melayu, so dia pun busybody nak tanya nelayan tu.

Bisnesman: Ko rasa selesa ke dengan hidup macam ni?

Nelayan: Lah, apahal pulak ko ni? Assalamualaikum.

Bisnesman: Waalaikumsalam. Tak de la, hari hari tangkap ikan bukan banyak pun. Tiga pat ekor je. Rumah ko tu pun aku tgk cam da nak roboh je. Ko tak terasa nak hidup lebih selesa ke?

Nelayan: Aku rasa ok je camni. Ni MLM ke apa ni??!!

Bisnesman: Cuba ko bayangkan, kalo ko kerja keras sikit. Ko kumpul duit beli bot yang lagi besar. Pastu ko boleh tangkap lagi banyak ikan. Lepas dapat tangkap banyak banyak, ko boleh buat bisnes jual ikan kat pasar. Kalo bisnes ko maju, ko boleh eksport ikan ko pegi luar negara. Ko kena berusaha keras sikit. Nanti ko jugak yang senang. Boleh hidup selesa macam aku.

Nelayan tadi tersenyum mendegar hujah hujah bisnesman itu. Kemudian dia bertanya kembali kepada bisnesman itu.

Nelayan: Cuba ko ulang balik ayat last ko tadi.

Bisnesman: Apa? Hidup selesa macam aku? Tu ke?

Nelayan: Haah. Betul la tu. Hidup selesa. Apa yang aku buat, dah selesa dah. Aku selesa dengan hidup aku sekarang. Aku selesa dengan rumah aku sekarang. Aku selesa dengan makanan aku sekarang. Aku selesa dengan kerja aku sekarang. Jadi, apa lagi yang aku mahukan? Bukankah ko cakap kena kerja keras untuk hidup selesa? Masalahnya aku dah hidup selesa dah pun, pesal aku nak kena kerja keras lagi. Bisnesman itu tadi terus terdiam. Jawapan nelayan itu tadi seolah seolah memberi tamparan yang dasyat ke arahnya.


*****

Jadi, apa tujuan kita hidup? Kenapa kita perlu belajar pandai pandai kat sekolah dan university? Kenapa kita kena kerja kuat dan kumpul duit banyak banyak? Kita kena beli rumah besar? Kita kena ada kereta besar? 

Sebab nak hidup selesa. Tapi nelayan tu hidup selesa jugak. Tapi dia tak kerja kuat pun, dia tak belajar pandai pandai pun. Dia takde rumah besar, kereta besar. Sembahyang pun cukup.

Kan?