Friday, July 30, 2010
misteri tasik kunang meranti
TAPAK tangan dan kakiku terketar-ketar menahan sejuk di kawasan yang amat dingin ini. aku menggosok-gosok kedua telapak tanganku untuk menghilangkan rasa sejuk sambil memerhati cahaya yang aku lihat tidak jauh dari tempat aku berdiri. lima minit sebelumnya, aku benar-benar terperanjat dengan apa yang aku nampak. terdapat satu cahaya yang berwarna keemasan muncul secara perlahan-lahan dari tengah-tengah tasik tempat aku berkemah bersama rakan-rakanku di sini.
Cahaya keemasan itu tiba-tiba mengilang secara perlahan-lahan. aku lihat cahaya itu seolah-olah pergi menjauhi dari gigi air di mana aku berdiri sejak 5 minit tadi. aku mengecilkan mataku. aku cuba memerhati cahaya itu sebaik mungkin. cahaya keemasan itu seolah-olah melambai-lambai kepada aku dan ingin aku mengikutnya. cantik sungguh warnanya. tetapi lama kelamaan cahaya itu lenyap dan lenyap sepenuhnya.
"kunang-kunang begitu cantik ya" , sofia, rakan sekelasku menegur dari belakang.
sofia merupakan rakan yang paling berperangai gila-gila yang pernah aku temui. dia pernah mencuri seluar dalam pensyarah lelaki yang menebarkan fitnah kepada teman sebilik sofia, kemudian meletakkan seluar dalam tersebut ke atas kepala pensyarah dan kemudian mengejek pensyarah tersebut. wajahnya yang sangat ayu dan cantik membuatkan ramai pelajar mahupun pensyarah yang terpikat kepadannya. sofia juga memiliki rakan yang kebanyakkannya adalah kaum lelaki berbanding kaum wanita. walaupun sofia banyak berkawan dengan lelaki, tetapi dia tidak pernah melanggari batasan pergaulannya.
"hmm.." , jawabku.
Aku terdiam. mendongak ke atas dan memerhati langit. taburan ribuan bintang di alam semesta. kemudian aku memandang ke arah tasik sambil menyeluk tangan kanan kedalam poket seluarku. telefon bimbit di keluarkan dari saku. aku memeriksa waktu telahpun menunjukkan jam 7.20 petang.
aku menoleh ke arah sofia.
"dah kemas barang?", soalku.
sofia mengangguk laju. riak wajahnya kelihatan begitu teruja kerana beberapa minit lagi kami akan berangkat pulang ke kampus. tapak perkemahan kami di Tasik Kunang Meranti menjadi tempat kami menjalankan aktiviti lasak. setiap hujung bulan, aku dan rakan-rakan seringkali mencari aktiviti-aktiviti seperti mendaki gunung, berbasikal dan mengembara untuk mencari ketenangan jiwa dan melepaskan beban kerana tekanan belajar di kampus. selain dari itu, badan juga akan menjadi cergas serta otak menjadi cerdas.
"yang lain dah kemas?", soalku lagi.
"dah. semua dah kat kereta. tunggu rizal sorang je. jom ah!", pinta sofia.
aku pun terus mengangguk dan menuju ke kereta pacuan empat roda. aku mengekori sofia dari belakang sambil-sambil menoleh ke kanan dan kiri melihat kawasan perkemahan untuk kali yang terakhir. kami berlima. sofia, hanif, botak, farah dan aku saja yang menjalankan aktiviti perkemahan kali ini. selebihnya tidak dapat ikut atas sebab-sebab tertentu.
tiba-tiba langkah sofia terhenti. kepalanya terpinga-pinga seolah mencari barang yang hilang. dia menggaru kepalanya dan bertanya kepadaku.
"eh, mana diorang ni? tadi suruh tunggu kat sini."
"kau biar betul sofia? entah-entah kau silap tempat kot." balasku.
"tak la. tadi diorang memang ada kat sini. sofia ingat lagi." sofia cuba meyakinkan aku.
bersambung...
p/s: masih banyak yang perlu diperbaiki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hurm....aq rse...cite ni ok la...not bad..tp..kalo ayt xskema sgt pon ok je....sbb jln cite ko psl bdk2 sempoi je..nk wat crite yg bgs...xsmstinye gne ayt skema....kdg2..ayt sempoi pon menrk..lg sng fhm..lg mnrk nk bce....kalo ikt pnglmn ak..ak bg 3/5....cbe ko smbg lg...tgk mcm mane pegi dye....yg plg pntg.....wat cite yg.....ble org bce..dyorg leh bygkan n....dyorg leh rse sume yg ko cbe smpi kan...mcm rse tkot tu..cbe describe lg persn tuh....mcm tgh cuak cr membe....cbe nmpk kan keadaan cuak tu..bg lbh real...ok frenz??
terima kasih dengan komen yang sangat membina ni. banyak info yang berguna akan di guna pakai utk akan datang. sila beri komen lagi lepas2 ni ye. tq so much fren!!!
Post a Comment