Showing posts with label butthurt. Show all posts
Showing posts with label butthurt. Show all posts

Friday, March 9, 2012

F*** You Pak Cik

Tadi aku balik dari kerja. Jalan jem. Normal la kalau weekdays dalam pukul 6 petang jalan sure jam punya. Aku  pun drive la slow slow sebab kalau nak drive laju laju pun tak boleh kan. Walaupun pandu kereta buatan Jepun.

So nak dijadikan cerita, aku tengah on the way balik rumah, aku dari lane kiri sekali nak tukar lane ke tengah. Pergerakkan kereta aku ketika itu dalam lebih kurang 40-50km/h. Sebelum aku tukar lane, aku check kat cermin pandangan belakang, aku nampak ada sebuah kereta MPV Nissan Serena warna light orange kat lane tengah tu. Aku usha, jauh lagi so boleh la tukar lane. Tapi aku tak bagi signal. Sebab aku taw dia memang jauh lagi.

Sementara aku tengah tukar lane tu, tiba tiba je, Serena tu pecut laju. Dia tak nak bagi aku masuk. Aku dah 80% nak masuk lane tengah, takkan la aku nak tukar balik lane kiri. Aku teruskan je la masuk lane tengah gak. Aku usha je kereta tu dari cermin. Nampak dia betul betul himpit kereta aku dari belakang. Aku tak paham betul driver ni. Bukan dia jauh lagi ke tadi. Mentang mentang aku bawak kereta kecik, memang tak boleh nak bagi can lansung ke apa?

Tengah drive slow slow tu, Serena tadi himpit himpit lagi kereta aku dari belakang. Dia ingat nak wat doggie style ke apa? Aku pun dah naik hangin. Tak boleh tahan dah. Darah muda la katakan. *Aku muda lagi uols*

Aku terus tukar pergi lane kiri balik. Nak bagi Serena tu jalan sambil sambil nak tengok siapa la driver lahanat yang sangat garang dengan aku ni. Sebaik aku tukar je lane, Serena tu terus pecut dan terus masuk lane paling kiri gak. Dia kat depan aku sekarang. Aku sempat tengok driver tu, sebab driver tu pun bukan main tengok aku dengan muka garang habis dia.

Aku terkejut bila tengok driver tu rupa rupanya pak cik dalam linkungan 50-an, pakai kopiah. Anak lelaki dia (kot) dalam linkungan 14-16 tahun ada kat sebelah dia. Pak cik pak cik, apa punya perangai la bawak kereta macam ni. Awak dah la tua. So darah muda aku tadi masih lagi tengah hot. Sangat kurang ajar kau pak cik. Tak de attitude lansung. Di sebabkan kau ni pak cik tua, so aku nak ajar kau! Kalau kau muka cam samseng badan ketak ketak, sure aku tak kejar kau. Aku target yang lemah je.

Aku terus kejar dia.

Aku kejar dia dalam keadaan highway tengah jem. Aku tak kira. Aku memang hangin betul sekarang ni. Aku kejar ke mana je dia pergi. Dia tukar lane tengah, aku pun ikut. Dia tukar lane kanan sekali, aku pun ikut. Dia tukar lane kiri sekali, aku ikut lagi. Pastu tetiba dia masuk R&R. Aku ikut gak. Tapi rupa-rupanya dia tak masuk pun R&R tu, dia just nak buat trick je. Konon konon nak bagi aku lost track daripada kejar dia. Aku rasa dia mula cuak kot sebab aku ikut dia gila babi. Dah macam aku dengan dia konvoi sama sama nak pergi beraya pulak. Aku still ikut rapat tanpa mengenal erti putus asa. Lagipun dengan jalan yang tak berapa nak lengang ni, memang Serana ni tak boleh lari jauh.

Pastu masuk tol, dia masuk lane touch n go. Aku masuk lorong tunai. Mujur lane aku pergi tak banyak kereta. Jalan dah mulai kurang sesak. Serena tadi pecut agak laju. Aku terus follow dia. Mujur la dengan bakat skill pemanduan aku yang hebat ni, aku mampu kejar Serana bangsat tu. Lepas je tol tu, ada dua simpang, kebetulan dia masuk simpang yang sama dengan jalan balik ke rumah aku. Yeah! Memang aku follow la kau pak cik.


'Mana kau nak lari orang tua?'

Tak sampai 2 km, ada petronas kat depan, dia terus bagi signal ke kiri. Dia masuk petronas tu. Nak buat trick lagi letttteeewww. Aku ikut masuk petronas. Aku nampak dia tak isi minyak pun sebab dia tak park kereta dia kat pump island. Dia terus parking kat depan kedai mesra. Aku pun terus parking betul betul sebelah kanan kereta dia.

Aku turun dari kerata. Terus meluru pergi kereta dia. Pak cik tadi tak turun turun. Aku pergi dekat cermin tingkap dia. Aku ketuk ketuk sambil bagi signal turunkan cermin. Dia pun bukak cermin slow slow. Riak wajah dia dah macam nak kena telan dek harimau.


"Assalammualaikum pak cik", Aku bagi salam dengan nada paling lembut sekali. Tapi dada aku kencang menahan marah. 

"Waalaikumsalam. Ada apa ni?", jawab pak cik tu nak tak nak.

"Pak cik taw apa pak cik dah buat tadi?"

"Bukan awak ke yang tiba tiba je masuk lane tadi", terus straight to the point.

"Ye betul. Saya taw saya silap tadi. Mungkin saya tak bagi signal masa nak masuk lane tadi." Aku merenung tepat mata dia.

"Pastu awak tak puas ati apa lagi ni?", dengan nada yang sedikit tinggi daripada tadi muka still takut takut lagi.

Ewah ewah pak cik ni. Memang nak kena ni. Aku tengok anak lelaki dia duduk sebelah diam je sambil pandang ke arah aku.

"Pak cik, saya taw saya silap. Tapi apa yang pak cik buat tadi, memang tak patut. Patut ke pak cik himpit himpit saya macam tu pak cik? Kalau saya silap, tegur la elok elok.", aku berhenti sejenak. Suara still maintain rendah.

Dia diam.

"Pak cik ni dah la pakai kopiah. Saya bukan nak kurang ajar dengan pak cik. Saya taw pak cik dah tua, tapi malu la pak cik. Apa punya perangai la himpit himpit orang macam orang takde adab. Senonoh sangat ke? Macam ni ke orang melayu? Macam ni ke orang islam? Baik buang je kopiah tu.", sambil menunding jari telunjuk aku kat kepala aku sendiri. Mata aku besar. Nada suara aku dah mulai tinggi tapi masih lagi terkawal.

"Lain kali kalau nak bawak kereta camtu, buang kopiah tu, pakai seluar pendek, buat tattoo kat lengan, lepas tu tunjuk FUCK dekat saya!", sambil tunjuk jari fuck aku betul betul kat depan muka dia. Jarak jari fuck aku dengan batang hidung dia ada la dalam 3cm. Padu bai!

Pak cik dan anak lelaki dia terdiam. Muka masing masing takut. Aku pandang keadaan sekeliling. Dalam ramai ramai customer kat petronas tu, takde sapa yang perasan perbualan kami. Bagus.

"Assalamulaikum!", aku bagi salam lalu beredar.

Aku terus masuk kereta. Start enjin. Reverse kereta ke kiri. Pusing stereng ke kanan. Jeling belakang ikut cermin. Tersenyum nipis. Vroommmm.....

Puas hati aku!



P/s: Sory pak cik, saya balik kerja memang lapar. Pak cik tunjuk hebat dekat orang dan waktu yang salah. Padan muka!

Tuesday, February 21, 2012

Anniversary

Sehingga ke hari ini, 14 Feb 2012, genap 2 tahun kami berkahwin. Aku memang sengaja memilih tarikh Valentine's Day sebagai tarikh perkahwinan kami sebab aku seorang lelaki yang sangat romantik. Ya, memang aku akui, ramai wanita cair dengan ungkapan yang aku tuturkan setiap kali berbicara dengan mereka. Walhal, aku sedikit pun tidak terniat untuk melakukan sedemikian.

Bagi aku, aku hanya bercakap biasa, sama seperti orang lain. Mungkin ada benarnya mengenai cerita yang pernah mama ceritakan kepada aku dahulu. Semasa mama mengandungkan aku, mama mengidamkan segala jenis gula gula yang ada di muka bumi ini. Entah mengapa keinginan mama terhadap gula gula sangat tinggi menggunung pada waktu itu. Mungkin ada kaitannya juga dengan sifat semula jadi aku yang sangat sweet talker pabila berbicara ini.

Hari ini aku ingin membuatkan satu kejutan kepada isteri yang tercinta. Setelah dua tahun berkahwin, kami masih lagi bersama dan aku ingin memberi hadiah kepadanya sebagai tanda penghargaan kerana kesetiaan dan kasih sayangnya terhadap aku.

Pagi ini, aku bangun lebih awal dari kebiasaan. Aku bangkit dari katil senyap senyap supaya isteri ku tidak terjaga dari tidur. Aku pergi menyediakan sarapan untuknya. Dua keping roti bakar bersama air fresh oren adalah menu pilihan untuk sarapan pada pagi ini. Aku susun roti tersebut di atas pinggan bersama segelas air fresh oren jenama Twister. Setangkai bunga ros merah yang baru di petik di halaman rumah sementara menunggu roti di bakar menjadi penyeri hidangan untuk hari ini. Aku hidangkan kesemuanya dia atas dulang putih bercorak bungaan pink.

Perasaan teruja bercampur gugup menerjah di dalam sanubariku. Seolah olah seperti ingin melafazkan ungkapan 'aku cinta padamu' buat pertama kali pada orang paling dicintai. Setelah setahun aku tidak melakukan kejutan seperti ini, agak kekok juga lah walaupun aku sudah merancang perkara ini 3 hari yang lepas. Perlahan lahan aku membawa hidangan masuk ke dalam bilik. Kelihatan isteriku masih lagi nyenyak tidur di atas tilam dan beralaskan bantal yang empuk. Berseri sungguh wajah isteriku ketika tidur nyenyak. Geram pulak aku tengok. Rasa nak.... eeyyhhhhh.

"Sayang"

"Hmm"

"Good morning princess"

Isteri membuka mata perlahan lahan sambil tersenyum manja.

"Happy Anniversary sayang", ucapku dengan senyuman.

"Ouuhh... Happy Anniversary too", balasnya sambil mengeliat seksi.

"I buatkan breakfast untuk U. Canggih kan I?"

Isteri senyum sambil ketawa manja. Matanya menjeling ke arahku seolah olah ingin memerli dan mempertikai kehebatan aku menyediakan sarapan untuknya.

"Bila hari U buat breakfast ni sayang?"

"Tadi la. I bangun awal sikit. Makan la. Lepas ni pergi mandi sama sama ya. Nanti kang kita lambat nak pergi kerja"

"Baeeekkkkkk". Isteri terus menggigit sekeping roti dan sekeping lagi disuapkannya kepadaku.

"Nah minum fresh oyen", aku hulur kepadanya.

"Eh tawarnya U buat fresh oyen ni sayang", wajahnya berkerut manja. Mulutnya muncung.

"Jangan nak mohong eh. Tu air twister la. Mustahil tawar ok"

"Hihihihi"

Aku terus menggeletek pinggangnya sebagai balasan dia mengusik aku.

Kami ketawa riang bersama pagi itu.

Tiba tiba....

Aku pun terjaga dari tidur. Owh, rupa rupanya aku bermimpi. Aku belum kahwin lagi.

K bye!


P/s: Ending yang sangat typical shit. Kahkahkah.

Wednesday, November 2, 2011

Bilakah?

Tahniah buat kawanku kerana baru saja selamat menyelesaikan majlis pertunangan. Kau nampak cantik. Kecantikan kau pada majlis itu sangat teserlah. Memang sesuai dengan maksud nama kau tu. Simbol apa simbol apa? Hehehe. (sengih pe??)

Kebanyakkanya, majlis kenduri kendara seperti ini akan dihadiri oleh manusia yang berjantina perempuan. YAA!! Mereka memang lebih tertarik untuk pergi ke majlis sebegini daripada pergi ke masjid ataupun surau.

Kerana di situ lah mereka;
1. dapat menunjuk nunjuk aset aset yang mereka ada.
2. bergossip gossip/mengumpat tentang perkara buruk terhadap keluarga si polan.
3. tayang anak gadis siapa paling laku sekali (siapa kawen dulu).

Aku memang selalu gila dengar ayat ayat yang lebih kurang camni bila orang mula nak bertunang atau orang baru je bertunang.


"Ehhh dah nak bertunang dah? Wahh tahniah tahniah la ye. Bila nak kawinnye?"

ataupun

"Laa dah bertunang ke? Ahahahah (gelak pura pura sambil tepuk bahu orang terdekat) Bila nak lansung pulak?"


Kenapa eh mak cik mak cik selalu tanya soalan tentang kawin pulak bila orang tu dah selesai bertunang? Takpun kalau awek tu tak kawin kawin lagi, sure tanya

"Haa, yang sorang ni bilo laie?"

Memang perlu eh? Kenapa kenapa?

Dan selepas kawin, orang akan mula tanya soalan yang ini pulak.

"Selamat dah awak diijabkabulkan dengan Pian, haa, bila nak ada baby? (sambil angkat angkat kening)"

So benda macam ni akan berterusan dan berterusan tak tahu sampai bila nak habis. Soalan demi soalan akan diutarakan oleh mereka mereka yang sangat bertanggungjawab tentang soal hal peribadi orang lain ni.

gambar hiasan (source:Google)

Ok. Mari kita lihat kesinambungan pada soalan soalan yang akan menghantui sesetengah gadis gadis comel masa kini dan kita akan mulakan dari peringkat bujang sampai la peringkat dah nak mampos. Kita akan lihat di mana benda ni akan berterusan  dan berleret sampai bila bila, sampai keturunan ke seribu lebih pun takkan habis.

1. Bila nak bertunang? lepas dah tunang..
2. Bila nak kawin? lepas dah kawin..
3. Bila nak dapat babi baby?
4. Bila boboi (baby sulong) nak dapat adik?
5. Bila boboi nak sunat?

Item no.1 hingga no.5 merupakan satu fasa soalan lengkap yang sempurna untuk mangsa. Mari beralih kepada fasa yang seterusnya. Fasa ini akan turun ke anak mereka pula.

6. Bila boboi nak habis belajar?
7. Bila boboi nak ada girlfren?
8. Bila boboi nk bertunang?
9. Bila boboi nak kawin?

Ok lengkap satu kitaran dari mak dia sampai la ke anak dia. Jangan terkejut kalau soalan soalan bangang ini sebenarnya diajukan oleh mak cik yang sama. Haaaaa. Cuba bayangkan. Mak cik macam ni memang takkan give up bai. Dia akan follow je dari zaman 60-an sampai lah ke zaman mellenium. Mak cik ni akan bertukar tukar henpon dari nokia 3310 sampai la ke iphone semata mata untuk update pasal keluarga orang. Katakan lah, something bad happen kepada keluarga si Boboi ni. Mak cik ni akan sentiasa standby dengan soalan soalan dia. Haih~ Penat aku asik taip perkataan 'soalan' dari tadi.

Dia lebih kurang camni;

10. La boboi kena tangkap basah ke?
11. Dengan anak siapa?
12. Mengandung tak pompuan tu?
13. Anak sape la budak pompuan tu?
14. Kesian kan?

takpun, dia akan attack keluarga pulak;

15. Mak bapak diorang ni tak reti jaga ke anak anak diorang?
16. Mak bapak rajin pegi masjid, anak macam setan (mampos~)
17. Orang lain ada anak jugak, tapi takde la sampai teruk cam anak dia.
18. Ptuuuiih kat mak boboi.

Soalan demi soalan akan berterusan dan beleretan sampai tiada kesudahannya. Kasihan la dekat gadis gadis comel yang masih lagi bujang di luar sana. Mereka menjadi takut dan timbulnya satu perasaan 'insecure' dalam diri mereka. Mereka akan terpengaruh dengan anasir anasir jahat daripada mak cik mak cik yang tak bertanggungjawab macam tadi. Asal anak si polan lambat kawin je, mula lah nak bergossip dekat kenduri kendara.

In conclusion, janganlah kita terlalu biasa hendak bertanya kepada sesiapa tentang perihal perbadi mereka kerana ini akan mendatangkan stress terhadap sesetengah individu dan mungkin juga akan berakhir dengan perkara yang tidak diingini. Think before you ask. Sebab, bukan semua orang mampu nak kawin. Nak nak kalo yang bergaji rendah ni. Mano nak korek duit ni jang?


Tapi aku sangat respect kat lelaki yang mampu melansungkan perkahwinan dengan hasil duitnya sendiri. Tertanya tanya gak aku camne dorang mampu melakukannya. Tu barulah jantan!!!





Nak kawin? Ada 60K?