Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Jantung, Hati, Mata, Ego dan Otak

Suatu malam yang sunyi...

Jantung : Apahal dengan tuan kita tu? Tiap tiap malam asik menangis je aku tengok.

Hati : Dia sedih dowh. Awek dia marah kat dia.

Mata : Haih, aku dah penat dah wei. Asal malam je aku keja kena overtime. Asal malam je aku kena meleleh. Ko la ni Hati! Lembut sangat. Lembik mengalahkan pompuan! Aku jugak yang susah malam malam taw!

Hati : Abih nak wat camne? Dah tuan kita tu memang camtu.

Jantung : Asal Ego tak nak tolong huh? Dulu dia bukan main cergas lagi. Tapi sejak dua menjak ni aku tak nampak pon dia dah.

Ego : Ha ha ngumpat aku letew. Aku cepuk kang! Ni ha, aku dah tak leh tolong da tuan kita tu. Mula mula tu aku leh lagi. Tapi sekarang ni da banyak hari aku tolong. Aku da surrender dah. Angkat spender putih la. Sorry ar Mata. Tugas ko pulak sekarang. Aku nak mc hari ni. Dah penat dowh.

Mata : Hotak ko la! Aku tak penat lak tiap tiap malam kena keje? Wei, sape leh tolong tuan kita ni? Aku kesian tengok dia dowh.

Jantung : Ahahaha. Korang ni gaduh gaduh ni asal? Cuba la relaks sikit. Tengok aku ni. Cool je. Tadi aku dah kawtim dengan Hati. Aku suh Hati pujuk tuan kita pegi tengok tengok balik gambar dia dengan awek masa dulu dulu. Pastu masa dia tengah tengok tu, aku cepatkan sket degupan aku. Biar dia cam terasa 'Fly-fly' sikit. Hehe. Bernas tak idea aku kawan kawan?

Mata + Ego : Fuiyoooooo!!! Bernas siaaaalll~

Jantung : Kehkehkehkeh (gelak bangga)

Hati : Harap harap pasni ok la tu. Awek dia dah la comel. Takkan la tuan kita nak marah dia ek? Ek? Ek?

Ego : Tu la pasal. Harap harap everything will be fine.

Mata : Aku pun berharap benda yang sama. Diorang nampak secocok. Heee~

Otak : Eleh, kalo takde aku, takde maknanya korang leh buat sume benda ni. Ptuih!

Mata + Ego + Jantung + Hati : Alamak, Otai Otak sudah mari. Kami minta maaf Otai Otak. Kami tak ngumpat Otai Otak pon. Kami cuma berbual bual kosong je.

Otak : Dah dah. Aku pun dah penat nak layan korang sume. Aku nak rehat rehat. Penat seharian aku kerja. Chow!!

Mata + Ego + Jantung + Hati : Baaaeeeekkkk~

My heart is pounding very hard every second when i thinking about you


I miss u so damn much laaaa.

Monday, October 18, 2010

khas buat kamu

6.30am
Aku mahu kamu yang membangkitkan aku dari tidur di pagi hari
Aku mahu senyumanmu menghiasi mataku setiap kali melihat
Aku mahu pelukanmu menjadi penyegar tubuhku untuk bangun dari tempat tidurku
Aku mahu ciumanmu yang singgah di wajahku sambil kedengaran 'good morning sayang'

8.00am
Aku mahu menikmati hidangan pagi dari air tanganmu
Aku mahu kamu menyuapkan roti ke dalam mulutku
Aku mahu kamu membetulkan tali leherku yang senget itu
Aku mahu kamu mencium tanganku sebelum aku meninggalkan rumah

12.30pm
Aku mahu menelefonmu dan ingin mendengar suaramu
Aku mahu mengetahui apakah menu masakanmu hari ini
Aku mahu kamu baik-baik saja dirumah sementara aku sedang bekerja
Aku mahu kamu tahu bahawa aku sudah mulai merindui belaian mesra darimu

4.00pm
Aku mahu memberitahu bahawa kerja di pejabat sudah hampir selesai
Aku mahu kamu menyambut kepulanganku di rumah
Aku mahu memelukmu lagi
Aku mahu merasai kehangatan itu lagi

5.30pm
Aku mahu kamu terseyum riang dikala aku tiba dirumah
Aku mahu kamu mencium tanganku kerana ketaatanmu sebagai isteriku
Aku mahu melihat wajahmu dan kemudian lenyaplah penatku
Aku mahu menceritakan kepadamu segalanya yang terjadi hari ini

7.30pm
Aku mahu berjemaah maghrib denganmu
Aku mahu menjadi imam kepadamu
Aku mahu kamu menjadi makmumku
Aku mahu berdoa kepada tuhan agar kita sentiasa bersama

9.00pm
Aku mahu makan malam semeja danganmu
Aku mahu menonton televisyen di sampingmu
Aku mahu kamu mengurutku manja ketika itu
Aku mahu mendukungmu tatkala kamu terlelap di ribaku

10.00pm
Aku mahu mengusap dahimu ketika kamu sedang lena di buai mimpi
Aku mahu memberitahu bahawa aku terlalu bersyukur dengan kehadiranmu
Aku mahu memelukmu supaya kamu tidak kedinginan malam ini
Aku mahu tidur di sebelahmu

Sayang,
Aku mahu kamu menjadi pasangan sehidup sematiku
Aku mahu membina keluarga bersama kamu
Aku mahu kehidupan seharianku begini selamanya
Aku mahu sentiasa bersama kamu
Aku mahu kamu

p/s: loving you is never a regret.

Tuesday, August 31, 2010

her

We are so different from each other
i saw u years ago but you don't even recognize me
everyday I imagined us to be together
Even though I thought it was impossible for you to like me

i never had the guts to approach you
cos' I thought you were an angel coming from the sky
and i was just an ordinary boy who never stop thinking of you
every time we met along the way, i could not smile but just sigh

can we be friends?
that was the first question i asked
and i was lucky cos' you said yes
I've never been so excited and I was like YES!!!

until now i am so grateful
cos' God sent me an angel to take care of me
an angel who loves me more than anything
an angel who would do anything for me

everyday i pray to God
i told Him i don't want to lose her
cos' without her, my soul would be empty
and my heart will stop beating


i love u tanto mi ángel

Tuesday, August 10, 2010

ilhamku

kau adalah ilhamku
kau membuatkan jejak kakiku menjadi ringan
setiap petikan gitar hanya untukmu
tiada yang manis selain mengetahui kau adalah milikku
kau menyedarkan aku bahawa jatuh cinta itu sangat indah
kerana kau ukiran senyumanku tercipta

kau membuatkan malamku menjadi lebih lama
setiap pagi merupakan hari dinanti-nantikan
bagusnya ada yang menjaga hidupku
aku suka setiap kali kau memujiku
kehadiran kau adalah semangat baru untukku
kau adalah ilhamku

Saturday, May 15, 2010

hati


Sambil mendengar lagu aku menaip cerita ini.
Lagu yang sama diulang entah berapa kali.
Teringat detik jatuh cinta pertama kali.
Jantung berdegup laju dengan pantas sekali.
Segalanya indah tiada resah di hati.
Gelak tawa setiap masa itu sudah pasti.
Riak masam mencuka tiada lagi.

Tapi kini...

Detik yang indah itu sudah pun pergi.
Jam 7 hingga 5.. hmm.. pasti busy.
Bodohnya aku selalu memarahi.
Bukan salahnya ku cuba mengerti.
Really? aku mengerti? kenapa marah diulangi?
Maafkan aku wahai bidadari.
Separuh lagi jantung hati ini.
Telah pun kau curi.

seriously,
im sorry.
love u sweetie.