Showing posts with label Holy shit. Show all posts
Showing posts with label Holy shit. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Anniversary

Sehingga ke hari ini, 14 Feb 2012, genap 2 tahun kami berkahwin. Aku memang sengaja memilih tarikh Valentine's Day sebagai tarikh perkahwinan kami sebab aku seorang lelaki yang sangat romantik. Ya, memang aku akui, ramai wanita cair dengan ungkapan yang aku tuturkan setiap kali berbicara dengan mereka. Walhal, aku sedikit pun tidak terniat untuk melakukan sedemikian.

Bagi aku, aku hanya bercakap biasa, sama seperti orang lain. Mungkin ada benarnya mengenai cerita yang pernah mama ceritakan kepada aku dahulu. Semasa mama mengandungkan aku, mama mengidamkan segala jenis gula gula yang ada di muka bumi ini. Entah mengapa keinginan mama terhadap gula gula sangat tinggi menggunung pada waktu itu. Mungkin ada kaitannya juga dengan sifat semula jadi aku yang sangat sweet talker pabila berbicara ini.

Hari ini aku ingin membuatkan satu kejutan kepada isteri yang tercinta. Setelah dua tahun berkahwin, kami masih lagi bersama dan aku ingin memberi hadiah kepadanya sebagai tanda penghargaan kerana kesetiaan dan kasih sayangnya terhadap aku.

Pagi ini, aku bangun lebih awal dari kebiasaan. Aku bangkit dari katil senyap senyap supaya isteri ku tidak terjaga dari tidur. Aku pergi menyediakan sarapan untuknya. Dua keping roti bakar bersama air fresh oren adalah menu pilihan untuk sarapan pada pagi ini. Aku susun roti tersebut di atas pinggan bersama segelas air fresh oren jenama Twister. Setangkai bunga ros merah yang baru di petik di halaman rumah sementara menunggu roti di bakar menjadi penyeri hidangan untuk hari ini. Aku hidangkan kesemuanya dia atas dulang putih bercorak bungaan pink.

Perasaan teruja bercampur gugup menerjah di dalam sanubariku. Seolah olah seperti ingin melafazkan ungkapan 'aku cinta padamu' buat pertama kali pada orang paling dicintai. Setelah setahun aku tidak melakukan kejutan seperti ini, agak kekok juga lah walaupun aku sudah merancang perkara ini 3 hari yang lepas. Perlahan lahan aku membawa hidangan masuk ke dalam bilik. Kelihatan isteriku masih lagi nyenyak tidur di atas tilam dan beralaskan bantal yang empuk. Berseri sungguh wajah isteriku ketika tidur nyenyak. Geram pulak aku tengok. Rasa nak.... eeyyhhhhh.

"Sayang"

"Hmm"

"Good morning princess"

Isteri membuka mata perlahan lahan sambil tersenyum manja.

"Happy Anniversary sayang", ucapku dengan senyuman.

"Ouuhh... Happy Anniversary too", balasnya sambil mengeliat seksi.

"I buatkan breakfast untuk U. Canggih kan I?"

Isteri senyum sambil ketawa manja. Matanya menjeling ke arahku seolah olah ingin memerli dan mempertikai kehebatan aku menyediakan sarapan untuknya.

"Bila hari U buat breakfast ni sayang?"

"Tadi la. I bangun awal sikit. Makan la. Lepas ni pergi mandi sama sama ya. Nanti kang kita lambat nak pergi kerja"

"Baeeekkkkkk". Isteri terus menggigit sekeping roti dan sekeping lagi disuapkannya kepadaku.

"Nah minum fresh oyen", aku hulur kepadanya.

"Eh tawarnya U buat fresh oyen ni sayang", wajahnya berkerut manja. Mulutnya muncung.

"Jangan nak mohong eh. Tu air twister la. Mustahil tawar ok"

"Hihihihi"

Aku terus menggeletek pinggangnya sebagai balasan dia mengusik aku.

Kami ketawa riang bersama pagi itu.

Tiba tiba....

Aku pun terjaga dari tidur. Owh, rupa rupanya aku bermimpi. Aku belum kahwin lagi.

K bye!


P/s: Ending yang sangat typical shit. Kahkahkah.

Sunday, February 19, 2012

Arwan pt. 3

Jam menunjukkan tepat pukul 2.30 pagi. Keadaan di dalam bilik hotel senyap dan sunyi. Kedua ibubapaku sudah pun tidur. Aku pula tidak dapat tidur. Tiada keinginan lansung untuk tidur mengenangkan nasib yang sial ini. Terdetik di dalam hati, ingin saja menamatkan riwayat hidup yang tak kemana ini. Buat apa aku hidup lagi? Kalau sudah tahu yang aku akan mati tak lama lagi. Mungkin besok, munkin lusa? Ataupun mungkin kejap lagi.

Aku nekad. Aku tidak mampu untuk menjalani hidup ini lagi. Aku tidak mampu menangggung kesengsaraan dengan bersedih dan menangis menuggu waktu untuk mati. Aku tidak sanggup. Lebih elok aku bunuh diri saja.

Perlahan lahan aku bangkit dari katil. Aku memaksa tubuh kecilku untuk bangun.  Aku mencapai kain langsir di bilik hotel itu. Aku gantungkan di lampu gantung dalam bilikku. Aku pun melipat dan menggulungkan kain itu dengan jari jemariku yang runcing ini. Sambil sambil melilit kain itu di leherku, terpampang wajah ibu dan bapa di minda ku. Wajah mereka yang gembira. Kemudian terpampang pula wajah Fahmi, Zul dan Nadhil, teman sepermainan waktu di sekolah dahulu. Wajah setiap dari mereka gembira seolah seolah gembira dengan pemergianku nanti. Aku tidak mengerti akan semua ini. Sekali lagi aku menangis. Aku terus memanjat kerusi. Aku menjerut leherku dengan kain langsir tadi kemas kemas. Aku menyelak helaian rambutku yang halus dan lembut. Aku jengketkan kakiku. Aku pejamkan mataku. PAP!!!!


*****


Kehadapan ibubapaku yang paling kucintai, 

Maafkan Arwan kerana pergi tanpa memberi tahu kalian. Janganlah kalian terus bersedih sepanjang ketiadaan Arwan selepas ini. 

Arwan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu dan bapa kerana telah membesarkan dan menjaga Arwan sehingga ke hari ini. Apa jua permintaan Arwan pasti ditunaikan. Kalian tidak pernah mengecewakan Arwan. Arwan tidak pernah berjumpa ibubapa yang hebat selain dari kalian. Tiada harta di dunia ini yang bisa membalas jasa baik ibu dan bapa.

Maafkan Arwan dengan tindakan ini. Tetapi Arwan nekad. Arwan tidak mampu menanggun derita ini lagi. Halalkan makan dan minum Arwan. Terima kasih untuk segalanya. 



Anakmu, 
R-1.




TAMMAT

Arwan pt. 2

Sesudah sampai di London, kami terus pergi ke Royal London Hospital untuk berjumpa dengan pakar hormon. Kedua ibu bapaku benar benar berharap ada sedikit sinar harapan untuk mengubati penyakit pelik yang aku alami ini. Dokor pakar itu menyambut kami dengan senyuman mesra. Ibubapaku menerangkan satu per satu tentang penyakitku yang jarang berlaku ini. Doktor hanya mengangguk angguk dan kadang kadang mengalihkan pandangannya ke arah aku dan tersenyum. Aku yang terpinga pinga hanya membalas senyuman doktor itu.

Setelah berpuas hati dengan soal jawab antara doktor dan ibubapaku, doktor pun membuat satu kesimpulan. Penyakit yang aku alami merupakan penyakit yang jarang sekali berlaku terhadap manusia. Peratusan yang mungkin akan terjadi hanyalah 0.15% ataupun mungkin berlaku sekali dalam 2 juta tahun. Mungkin zaman dinasour dulu dah ada seorang kena. Lepas tu sekarang aku pula yang kena. Penyakit ini dari segi nama saintifiknya di panggil Yosoarso Gotobafa Symptom ataupun nama penuhnya Yoursonaresoon Goingtobeafag.

Simtom ini berlaku kerana kecelaruan yang berlaku antara nisbah hormon testeron dan hormon estrogen di dalam badan. Jikalau lelaki normal, nisbah hormon testeron akan melebihi dari hormon estrogen. Di mana sifat sifat kelakian seperti susuk tubuh besar, suara garau, buaya darat dan sebagainya akan di tunjukkan kerana kehadiran hormon testeron ini. Manakala nisbah hormon estrogen pula selalunya akan di dominasi di dalam badan jikalau dia adalah seorang perempuan normal di mana hormon ini akan lebih menonjolkan sifat sifat keperempuanan seperti suara yang lembut, pandai memasak, mudah menangis dan juga sering kali ditipu oleh buaya darat.


Memandangkan penyakit ini hanya berlaku sekali dalam 2 juta tahun, maka doktor masih lagi buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya. Dan juga, penyakit Yosoarso Gotobafa Symptom ini akan menyebabkan kematian kerana kecelaruan hormon di dalam badan. Selalunya penghidap penyakit ini tidak dapat hidup lama. Ya Allah! Apa benarkah apa yang aku dengar ini?

Aku tergamam mendegar penjelasan doktor. Lebih lebih lagi tentang mati. Maksudnya aku tidak lama di muka bumi ini. Tidak seperti remaja yang lain. Mungkin mereka mempunyai banyak masa lagi untuk menikmati dan menerokai hidup yang penuh tanda tanya ini. Tetapi tidak lagi bagi aku. Aku melihat ke arah ibuku, wanita itu kelihatan sangat hiba. Ibuku menahan perasaanya dari berteriak sekuat hati. Bapaku pula cuba menenangkan perasaan ibu walaupun kelihatan air mata yang mengalir perlahan lahan membasahi pipinya. Doktor pula tidak putus putus menyuruh kami sekeluarga bersabar dan kuatkan semangat.

Kami sekeluarga pulang ke hotel. Memandangkan tiket penerbangan pulang ke Malaysia adalah lusa, kami terpaksa berada di kota London selama sehari sebelum berangkat pulang ke tanah air. Sepanjang perjalan ke hotel, tiada seorang pun daripada kami berbicara. Ibupaku diam membisu sambil merenung ke luar tingkap teksi. Mata ibu sudah mulai sembap dan hidungnya merah. Sekali sekala driver teksi menjeling kami sekeluarga melalui cermin pandangan belakangnya. Pasti dia tertanya tanya apa yang berlaku di antara kami.

Setibanya di hotel, aku terus meluru masuk kedalam bilikku. Aku menangis. Aku mulai menyalahkan tuhan kerana berlaku tidak adil kepadaku. Aku tahu aku nakal dahulu. Tetapi aku seolah olah di beri hukuman yang terlalu kejam. Aku belum puas menikmati hidup ini. Zaman remaja aku baru saja datang. Awek pon takde lagi. Tetapi aku pula sudah tidak lama lagi di dunia yang fana ini. Aku kecewa dengan takdirku. Aku terus menangis dan menangis sepanjang malam.


bersambung....

Arwan

Jam menunjukkan tepat pukul 2.30 pagi. Keadaan di dalam bilik hotel senyap dan sunyi. Kedua ibubapaku sudah pun tidur. Aku pula tidak dapat tidur. Tiada keinginan lansung untuk tidur mengenangkan nasib yang sial ini. Terdetik di dalam hati, ingin saja menamatkan riwayat hidup yang tak kemana ini. Buat apa aku hidup lagi? Kalau sudah tahu yang aku akan mati tak lama lagi. Mungkin besok, munkin lusa? Ataupun mungkin kejap lagi.


*****


Hi, nama aku Arwan. Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki yang normal dan sempurna. Rambutku hitam dan ikal mayang, kulitku biasa biasa saja, tak hitam dan tak cerah. Warna mataku sama seperti warna mata orang asia yang lain. Dari jauh nampak hitam, tapi kalau suluh dengan lampu, nampak la warna hazel tu sikit sikit.

Kedua ibu bapaku sangat menyanyangiku kerana aku adalah satu satunya anak tunggal di dalam keluarga. Apa yang aku inginkan selalunya tercapai. Mereka tiada bantahan dalam menunaikan kehendak aku.

Pergaulan aku ketika di sekolah rendah adalah seperti kanak kanak lelaki yang normal. Aku mempunyai geng di sekolah dan mereka adalah Fahmi, Zul, dan Nadhil. Kesemua geng kami suka membuli pelajar lelaki yang skema dan menyakat pelajar perempuan yang gedik bajet hot di sekolah. Waktu rehat geng kami akan bermain dan makan bersama sama. Macam macam permainan yang aku pelajari di sekolah dan salah satunya adalah permainan konda-kondi, polis entry, capping dan macam macam lagi. Waktu di sekolah rendah, hanya mereka bertiga adalah teman rapat aku. Teman sepermainan aku.

Kehidupan normal aku mulai berubah ketika aku memasuki ke alam sekolah menengah. Kata orang, ketika sekolah menengah, adalah detik paling teruja sekali kerana waktu itu adalah waktu kebanyakkan manusia berubah dari segi fizikal dan hormon dari peringkat kanak kanak ke peringkat remaja. Pencapaian akil baligh kebanyakkannya akan berlaku pada waktu sekolah menengah. Yang perempuan akan mulai datang bulan atau mengalami kitaran haid. Yang lelaki pula akan mimpi yang best best waktu malam dan bila bangun keeseokan paginya, akan terkejut dan takut tiba tiba (tak reti nak mandi wajib sebab time kelas agama tak pernah nak pay attention).

Kalau lelaki, perbahan fizikal yang di alami adalah seperti; akan tumbuh misai dan janggut, halkum akan mulai kelihatan jelas, suara akan menjadi garau dan perut akan menjadi buncit manakala perempuan pula akan berubah dari segi wajah menjadi hot, badan menjadi seperti kerengge, jelingan mata menjadi manja dan senyuman bertambah manis. Tapi tak semua perempuan camtu.

Tetapi aku tidak. Aku tidak mengalami perubahan seperti remaja lelaki normal yang lain. Suaraku tidah pecah. Misai dan jaggutku tak tumbuh tumbuh. Malahan, perubahan yang lain dan pelik pula yang muncul.

Rambutku yang hitam dan ikal perlahan lahan bertukar menjadi lurus dan keperangan. Bulu mataku lama kelamaan berubah menjadi panjang, lebat dan lentik. Bibirku pula manjadi bertambah merah dan munggir. Manakala kulit di wajahku dan di badanku menjadi bersih dan lembut. Susuk tubuhku berubah dari lelaki bertukar menjadi perempuan dan badanku juga berbau wangi. Arwan yang dahulunya lelaki sudah mulai menjadi seperti gadis.....

Perubahan yang aku alami benar benar membuatkan aku tertekan. Aku malu hendak ke sekolah lagi. Rakan rakanku akan mengejek aku. Padahal dulu aku lah samseng, akulah kaki buli. Tapi sekarang, aku menjadi mangsa buli. Kalau aku pergi ke Shopping Mall, agak susah untuk aku ke tandas awam. Rata rata lelaki yang berada di dalam tandas awam akan terkejut dengan kehadiran aku. Mereka berkerut. Seolah olah ada seorang gadis yang tersalah masuk tandas. Tapi gadis yang agak hebat sebab boleh kencing berdiri. Fahmi, Zul dan Nadhil tidak lagi mahu berkawan denganku. Mereka malu. Aku redha. Apa yang pasti, mereka tak gay.

Di sebabkan perubahan yang aku alamai ini pelik sangat dan tidak normal, kedua ibubapaku pun bercadang untuk menghantar aku ke luar negara untuk berubat. Mereka sangat risaukan perubahan pelik terhadap fizikal aku. Mereka tidak mahu apa apa yang buruk berlaku terhadap anak tunggal kesayangan mereka ni. Setelah segala urusan tiket penerbangan, tempahan hotel dan passport siap, kami pun terbang ke London untuk berjumpa pakar hormon di sana.

Bersambung....

Friday, November 11, 2011

Kemerosotan Prestasi

Entry ini khas ditujukan untuk sesiapa yang bakal berumah tangga, baru saja berumah tangga, tengah nak rancang untuk berumah tangga atau pun yang tengah dalam proses penceraian dalam rumah tangga.

Kita dah biasa sangat tengok golongan suami isteri yang berbeza beza umur. Setiap manusia mempunyai cita rasa yang berlainan dan faktor umur bukanlah menjadi satu perkara yang perlu di ambil serius pada zaman sekarang ni. Ada je pasangan yang terdiri daripada 'suami tua dan isteri muda', 'suami muda dan isteri tua', dan juga 'suami isteri sebaya' (atau jarak umur tidak terlalu jauh). Benda macam ni sudah terlalu COMMON ye.

So, apa benda yang kau cuba nak sampaikan ni Encik Jojo?

Baiklah. Biar aku jawab. Dalam jangka masa lebih kurang 30 tahun melayari bahtera perkahwinan, akan ada golongan yang berbeza umur ni bertemu dengan satu bencana yang sangat besar, dasyat dan gila babi. Hambek kau! Lagi dasyat dari kemunculan the one eyed of dajjal yang durjana itu. Oh noooo~

Kepada pasangan yang terdiri dari 'suami tua dan isteri muda', mereka mungkin terlepas dari bencana ni while for those yang terdiri dari pasangan 'suami muda dan isteri tua' dan 'suami isteri sebaya', you may want to read this.

*****

Baiklah, sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita refresh balik subjek Biologi masa form 5 dulu untuk mengetahui dulu apa itu Menopause.

Lesu lesu (source : Google)

Menopause adalah di mana kitaran haid seorang wanita telah pun berhenti. Dalam erti kata lain, dia dah tak datang bulan lagi serta juga sudah tidak boleh mengandung. Ataupun dalam kata erti aku sendiri, men-o-pause maksudnya, lelaki-oh-berhentilah ataupun lelaki-o-tak dapat dah~. Hahaha.

Secara majoritinya, wanita mengalami Menopause pada usia lewat 40-an atau awal 50-an. Apabila wanita mengalami pre-Menopause iaitu tanda tanda awal Menopause, mereka cenderung untuk  kelesuan, stress, kerisauan, dan maybe prestasi di ranjang akan merosot. Haaaaa!!! Ni lah dia. Kemerosotan prestasi ni.

Jadi, mari kita lihat apakah siknifikasinya kemerosotan prestasi ni terhadap pasangan suami isteri yang aku dah listkan tadi.

 *****
Suami tua dan isteri muda

Katakan lah si suami berkahwin pada umur 40 tahun dan isterinya ketika itu berumur 18 tahun (sedap ah kau suami), selepas melayari bahtera perkahwinan selama hampir 30 tahun, suami akan berumur 70 tahun, dan isteri akan berumur 48. Peringkat manopause isteri mungkin baru nak jadi. So, Kemungkinan kemorosotan prestasi mungkin tidak menjadi serius isu bagi pasangan seperti ini. Si suami masa tu nak telan ayak liuq pun susah siap sampai meleleh kat dagu yang kerepot kedut tu, takkan la kot ek? Melainkan kalau si suami ni masih memiliki nafsu yang amat amat amat perkasa walaupun di peringkat usia 70-an. Kubur dah memanggil tu pak cik oi~

Suami muda dan isteri tua

Katakan lah si suami berkahwin pada umur 18 tahun dan isterinya ketika itu berumur 40 tahun ( Rita Rudaini boleh ), selepas melayari bahtera perkahwinan selama hampir 30 tahun, suami 'baru' berumur 48 tahun, dan isteri akan berumur 70 tahun (subanallah!). Ini dah bukan peringkat menopause lagi, ini dah boleh pergi mampos.

Cuba bayangkan, si suami yang tengah berada di zaman 'up'nya, balik dari tempat kerja dengan berpakaian yang segak, kemeja yang kemas, tuck in dalam suar, siap tie lagi, balik rumah nak tengok bini, tengok tengok bini tengah terbongkok bongkok kat hall rumah sibuk duk cari gigi palsu tercicir atas lantai. Ohhhh my~ Tak pun, balik balik je rumah, bini tengah sibuk kat dapur tengah menggoreng pisang dengan baju T-shirt size bapak besar siap gambar dacing dan tulisan BN besar besar kat belakang T-shirt tu. Muka bini siap comot dengan tepung jagung lagi. LOL.

Orang kata, Men's life start at 40. Masa tu adalah kemuncak hidup bagi lelaki. Masa tu lah pangkat dia tengah besar, masa tu lah duit dia tengah banyak, masa tu jugak la dia tengah dok usha pungkoq bisnes tu bisnes ni. So, lelaki masa tu tengah sedap kot. Nafsu pulak ada satu je. Tapi isteri dia dah 70. Oleh itu, prestasi akan merosot atau telah gagal sama sekali. Mungkin sebab tu lah kita selalu dengar dato' dato' curang bersama Fasha Sandha, Tan Sri pi kawin kat siam atau pun YB memelihara perempuan simpanan. Ataupun juga, terjadi lah Al-Poligamiyah. Kesian~

Suami isteri sebaya

Kes ini lebih kurang sama macam di atas cuma pabila berjaya melayari bahtera sehingga tahun yang ke-30, apbila si suami tengah berada dalam peringkat kemuncak hidup tetapi si isteri pula baru nak sampai ke peringkat manopause. Kemerosotan prestasi mungkin boleh berlaku ye.

*****

So in conclusion, kesemua golongan pasangan suami isteri di luar sana, diharapkan anda dapat mengatasi masalah kemerosotan prestasi ini sebaik mungkin. Ini kerana, ramai yang beranggapan bahawa perkara ini adalah remeh. Ungkapan 'patah tumbuh hilang berganti' memang sangat sesuai pada waktu dan ketika itu. Siapa mahu apabila selepas hampir 30 tahun bersama, rumah tangga anda hancur berkecai kerana hal yang anda anggap remeh ini. Tak mauuuuuu~

Pasti ada jalan penyelesaiannya. Aku tak tau sebab aku tak kahwin lagi. Terutamanya kepada kaum wanita, anda sayangkan suami anda? Next 30 years, if this matter occurs, go find Durex the best solution for the sake of your own marriage. My suggestion, jagalah badan. Jangan terbarai gemuk gedempol pas kawin~ Tapi kalau suami buncit sexy k.

Peace.

Tuesday, November 8, 2011

Jom Rompak Bank

Kita sentiasa tidak pernah cukup dengan apa yang kita ada. Lansung tidak pernah rasa puas dengan apa yang di hidangkan di depan mata. Lagi lagi kalau bercakap pasal duit. Siapa yang cakap dia puas dengan harta yang dia ada sekarang boleh pergi mampos! Ko jenis yang pancut cepat! Haha.

Aku sekarang baru menempuh alam pekerjaan untuk menampung diri sendiri. Walaupun still banyak lagi benda yang aku belum berupaya untuk tanggung macam bayar bil air, api, bayar kereta tiap tiap bulan, roadtax kereta, zakat (ni paling aku malas) dan macam macam lagi sebab aku duduk dengan mak bapak lagi, tapi at least aku dah mula hidup berdikari sikit sikit dengan hasil titik peluh yang aku perolehi tiap tiap bulan. Tapi, aku tak puas. Hari tu jumpa RM60 ribu lebih pun rasa tak cukup lagi.

Aku teringin nak beli macam macam. Aku nak pakai gadget canggih canggih, nak kereta laju laju, nak rumah besar besar yang ada orang gaji hot cam luna maya, nak makan sedap sedap, nak pergi melancong jauh jauh, dan macam macam lah lagi. Tapi nak kerja senang senang. Sebab aku kan melayu~. Melayu mesti la berangan lebih dan malas kerja. Yeah hidup melayu! Weehooo.

So, apakah jalan penyelesaiannya?

Jom rompak bank!!!
source : Google

Kawan aku, Raflan, ayah dia kontraktor renovation bank. Dia pernah ikut bapak dia buat kerja. Dia ada pelan struktur bank yang bapak dia pernah renovate dulu. Dia tau kat mana kedudukan peti simpanan duit. Dia tahu sistem alarm bank tu camne. Dia memang tahu keadaan sebenar bank yang dia pernah buat dulu. Tinggal nak pilih je bank mana yang nak rompak tu. Perghhh.

Kawan aku lagi sorang, Azrai, dia pulak ada kelebihan untuk tackle orang dalam bank tu. Selalunya kita kena kawtim dengan manager bank tu dulu baru lah rompakan ni  boleh berjalan dengan lancar tu. Selalunya jugak, manager bank ni tergolong dalam orang tua tua. Dia ni pandai cakap. Perangai macam atuk atuk pegi surau tu. Kalau bersembang dengan orang tua tu, sampai masuk waktu maghrib pun tak habis tu. Tu dia!

Kawan aku lagi sorang, Akbar, dia pandai komputer komputer ni. Aku rasa la, nanti aku tanya dia balik betul ke dia pandai pasal komputer ni. Dia boleh tolong cari jalan camne nak akses masuk dalam bank semasa sistem penggera bank tu aktif or maybe dia boleh diactivatekan alarm system bank tu. Betul ke camni?

Kawan aku lagi sorang, Azlan, dia ni... herm, nanti ada la tugas untuk dia. Aku takut nanti tengah tengah nak rompak, penyakit gaout dia datang. Leceh leceh.

Kalau berjaya, kitorang split duit tu sama rata. Kalau tak berjaya, kita split katil masing masing dalam penjara.

LOL.

Amaran keras: Jangan cuba tiru benda ni. Hanyalah rekaan semata semata dari penulis. Kang aku kena tangkap pulak. -_-"




Eh, mana part aku dalam rompakan ni?

Tuesday, November 1, 2011

Siti Nurhaliza

Pabila jam dah menunjukkan pukul 5.05 petang, aku sepatutnya dah mula berkemas kemas nak balik rumah dari tempat kerja. Dekat dekat hujung tahun ni, asal petang je hujan. Asal petang je dah gelap. Hujan lebat gila gila pulak tu. Dengan anginnya yang kuat lagi. Bahaya betul kalau bawak kereta laju laju. Nak nak kalau bawak kereta Nissan Skyline. Bahaya bahaya~

Aku berulang ke tempat kerja dengan menaiki kereta. Seperti biasa hari ni aku akan pulang dengan bertemankan hujan yang lebat dan jalan yang sesak nak mampos waktu waktu macam ni. Keadaan cuaca sangat tidak mengizinkan. Langit pula gelap. Aku selalunya akan memandu di lorong yang paling kiri sekali. Berhemah kan aku?

Tengah tengah memandu tu, tiba tiba ada sebuah motosikal harley-davidson warna hitam tengah berhenti di lorong kecemasan sambil lampu hazard dia dinyalakan.  Penunggang motosikal tu awek beb. Tengok nombor plate, KCT 1. Hurm macam pernah tengok. Stylo wei kalau dah awek yang bawak Harley. Dia memakai jaket kulit hitam dan seluar jeans kelabu. Aku nampak dia tengah cakap telepon dengan keadaan basah kuyup. Tengah call nak mintak bantuan kot. Hujan masih lagi tidak berhenti tapi dah tak selebat macam tadi. Renyai renyai je. 

Sebagai rakyat Malaysia yang typical di atas jalan raya, adalah perkara wajib untuk aku meperlahankan kereta dan meninjau apa yang sedang berlaku tanpa memasang sebarang niat pun ingin membantu. 

Sebaik saja kereta aku berada betul betul di tepi motornya, tiba tiba awek tu terus tahan kereta aku. Terkejut aku. Ni mesti sebab aku bawak slow sangat ni. Aduh, tak pasal pasal kena tolong orang tengah tengah hujan ni. Aku pun bagi signal ke kiri dan terus parking dekat lorong kecemasan depan motor dia. Aku turun kereta dan pergi kat motor dia. Awek tadi menghampiri aku.

OOMMAAAIIIIGGOOOODDD!!!! Siti Nurhaliza Bt Tarudin kot!!!!!! Berdegup degup jantung aku tetiba.

Siti : Encik, mintak maaf. Motor saya rosak la. Tetiba je mati. Saya tak taw la wat camne. Encik boleh tolong tengok tengokkan tak?
Aku : Oooo. Ye ke? Alahai saya pun tak pandai sangat la bab bab motor ni. Tapi biar la saya tengok tengok dulu la ye Dato'.

Siti : Eh tak payah la ber dato' dato' dengan Siti. Just call me simply Siti. 
Aku : Oooo, baik la Siti. Hehehehe. (tersengih dengan gedik)
Siti : Siti da call dah suami Siti (dato' K letew), tapi dia ada meeting. Tak dapat nak tolong. Siti pulak baru balik show dekat OU tadi.
Aku : Ooooo.

Sayur la aku ni. Asik oooo je dari tadi. Mungkin aku gabra kot. Mana taknya, Siti kot. Penyanyi paling popular di Malaysia suatu ketika dulu. Lagi hebat dari Najwa Latiff.

Aku check minyak dia, ada. Check bateri dia, sume lampu menyala. Aku tengok butang untuk adjust minyak masuk ke enjin, ler, dia kasi tutup. Memang la motor mati. Petrol tak masuk ke enjin. Aku pun adjust bukak balik. Pastu aku try start.

Vrooomm vroommm!!!! Berderum bunyi ekzos motor Harley tu. Siti tadi terlompat lompat girang. Aku hanya mampu tersengih.

Siti : Encik...
Aku : Ooo, Jojo. Nama saya Jojo.
Siti : Terima kasih Encik Jojo. Nasib baik la awak ada. Kalau tak, tak tahu la camne Siti nak balik rumah malam ni. 
Aku : Hahaha (gelak berpura pura). Takde pape la Siti. Minyak tu tak bukak. Sebab tu la motor mati.
Siti : Eh tapi nasib baik la awak ada. Susah la nak mintak tolong time time hujan camni.
Aku : Kalo bukan Siti tadi pun saya takde maknanya nak berhenti. Hahaha.

Aku cuba bejenaka. Setelah selesai, Siti pun bersalaman dan berterima kasih kat aku. Dia ajak datang rumah, tapi of course la aku takkan datang. Segan kot. Dah la aku ni selekeh. Malu ah nak ngadap Dato' K. Kami bertukar tukar nombor plate telefon. Dia cakap, dia terhutang budi ngan aku. Nanti raya dia ajak datang umah. Oh Yeah!

Aku pun balik rumah dengan hati yang gumbira.

Motornya (Source:Google)
Kalau tetiba ada lagu berjudul "pertolongan di tengah hujan" dari Dato' Siti keluar kat radio, aku tak taw!!. Hehehehe.

Thursday, October 27, 2011

Terjumpa Duit

Pagi pagi aku sampai tempat kerja. Aku akan pergi breakfast dekat gerai depan tempat kerja aku. Ini adalah rutin harian aku pagi pagi. Lepas makan nasi lemak dengan air teh ais aku pun pergi tandas stesen minyak BHP kat sebelah tempat kerja aku sebab nak berak. Kadang kadang pergi berak dekat Esso. Semua sebelah sebelah je. Kalau berak dekat Esso takleh cangkung. Dekat BHP mangkuk tandas dia boleh cangkuk. Best!

Hari ni aku pergi berak dekat BHP. Sampai sampai je tandas tu, pintu terkunci. Ada orang tengah pakai. Aku pun tunggu kejap. Tak lama lepas tu seorang perempuan keluar. Lengkap berpakaian baju kurung warna hijau daun pisang. Wangi betul cologne dia. Makin nak terberak aku rasa.

Lekas lekas aku masuk ke dalam. Tutup pintu dan kunci tombol pintu. Adjust baldi kat situ. Pastu cangkung. Tengah teran teran, tiba tiba mata aku tertumpu dekat satu beg plastik hitam bawah sinki dalam tandas tu. Aku perhatikan betul betul. Apa benda la agaknya dalam plastik hitam tu. Tertanya tanya. Sifat ingin tahu dan menyibuk mula membuak buak dalam hati. Aku pun berak cepat cepat.

Dah selesai berak, aku amik beg plastik hitam tu. Berat jugak isi dia. Aku pun pelan pelan buka balutan beg plastik tu. Berdebar debar pulak rasa.

Duuitttttt!!!!

Banyaknya duit. Tebal wei duit RM50 satu bundle. Tebal dia lebih kurang panjang ibu jari aku lebih kurang. Tergamam aku tengok duit banyak camni. Tapi sape punya? Perempuan tadi ke?

Aku pun keluar dari tandas tu. Aku tengok tengok keadaan sekeliling. Mana la tau perempuan tadi ada lagi kat sini tunggu barang dia tercicir. Tapi tak de pun. Aku pun buang beg plastik tu. Amik duit tu simpan dalam poket. Blah laju laju g tempat keje balik.
$$$$$$ (source:Google)

Total duit satu bundle tadi = RM60,150.00. Apa nak beli eh? Hehehehe