Friday, August 6, 2010
misteri tasik kunang meranti part 3
"KAMI tidak mahu gangguan lagi!", suara orang ramai yang memecah kesunyian senja di hadapan rumah ketua penghulu.
"Kami mahukan ketenangan!", teriak kumpulan yang satu lagi.
Ramai rakyat Kampung Jelaga Hijau berkerumun di hadapan rumah ketua penghulu Avion kerana mereka mogok dan marah tentang pencerobohan manusia yang semakin berleluasa di kawasan kampung mereka. Ketua penghulu Avion merupakan ketua penghulu yang ke-45 di Kampung Jelaga Hijau. Kehidupan kampung itu sangat harmoni dan nyaman semenjak berpuluh-puluh tahun yang lalu akan tetapi sejak akhir-akhir ini kampung mereka sering terancam dengan kegiatan manusia yang hampir memusnahkan tempat tinggal mereka.
Rupa fizikal penduduk di sini bersaiz kecil. Saiz mereka hanyalah setinggi buku lali manusia biasa ataupun setinggi tikus makmal. Makhluk ini sangat kerdil. Rambut mereka kerinting berwarna coklat dan telinga mereka runcing tajam di bahagian atas seperti telinga pari-pari dan juga berkepak seperti rama-rama untuk yang dewasa dan yang masih muda tiada kepak. Mereka adalah makhluk bunian. Tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia biasa. Namun mereka tetap wujud. Kewujudan mereka sama seperti kewujudan manusia di muka bumi ini. Mereka makan dan minum, berpakaian seperti orang dahulu kala zaman Kesultanan Melaka dan berkaki ayam. Kelebihan mereka adalah berkebolehan dalam kuasa magis. Itulah satu-satunya kelebihan yang ada pada makhluk bunian ini.
Seorang lelaki tua yang berambut putih panjang hingga ke pangkal leher dan berjanggut berdiri di hadapan tangga rumahnya. Berpakaian ala-ala pahlawan melayu melaka berserta tanjak di kepala dan berkaki ayam. Tangan sebelah kanan di sisipkan ke pinggang kiri dan tangan kirinya mengusap-usap janggutnya yang panjang sehingga halkum diam memikirkan sesuatu. Lelaki tua inilah ketua penghulu bagi Kampung Jelaga Hijau yang bernama Avion. Selaku ketua penghulu, dia perlu memikirkan sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang dilanda kampung beliau.
"Begini wahai rakyat jelata. Akan aku berunding masalah ini dengan Tok Fergon mengenai kekacauan manusia di kampung kita. Aku tahu manusia celaka itu sudah tidak dapat di bendung lagi. Aku mengerti wahai kalian semua. Aku berharap kalian semua bersabar dan terus bersabar", ujar Avion.
"Anak aku mati kerana terminum racun di sungai kita sendiri, Avion", tiba-tiba suara seorang perempuan muncul.
"Bagaimana kau mahu aku bersabar?", perempuan itu bersuara lagi sambil mengalirkan air mata dari tengah-tengah kumpulan yang berkerumun di hadapan rumah Avion.
Anak lelaki Puan Mulan mati 2 hari lepas kerana terminum racun di sungai kampung mereka. Sungai yang menjadi sumber utama penduduk kampung itu untuk minum, memasak, membasuh pakaian tidak lagi selamat untuk diguna pakai. Tok Fergon yang merupakan dukun yang handal di kampung itu kerana beliau menguasai ilmu magis yang paling tinggi di kampung itu merawat anak Puan Mulan dan memberitahu bahawa perlakuan manusia yang durjana yang tidak bertanggungjawab yang telah merosakkan sungai tersebut. Puan Mulan sangat sedih atas kehilangan anak tunggal kesayangannya itu. Dan di sebabkan itu jugalah, penduduk Kampung Jelaga Hijau tidak dapat menahan lagi perasaan marah mereka terhadap manusia dan ingin bertindak untuk membalas dendam demi kematian anak Puan Mulan.
"Aku akan mengumpulkan menteri-menteri kita dan bermesyuarat malam ini. Kita akan melancarkan peperangan terhadap manusia. Aku akan memanggil sekutu kita di Kampung-kampung yang lain juga", Avion sungguh nekad dan bersemangat kali ini.
******************************
bersambung..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
wah..makin ada kemajuan
btw..ni cuma pdpt i je la..
kan u cakap org bunian tu ala2 zaman dulu kala, so better dari segi percakapan pn blh la buat ala2 zaman dulu kala.mungkin lbh feel
oh i da cuba buat tu. mungkin xckup lagi ni. i cuba lagi pasni.. tq so much!!!! ;)
wah wah....
semakin penuh dgn imaginasi...
huhuhu...menrk.....wtk2 da mcm cte avatr pon ade....hebat=)
penceritaan dkt area part 3 ni...mmg clear...
n bleh nmpk dgn jelas....
tp....knape mcm xbyk kaitkan watk rizl sume tuh...
so..skang ni.cte ni mcm da ke arh cite len...
cbe kaitkan ngn rizal sket tyme bork2..kaum2 kerdil tuh...
cnthnye....'hati rizal..makin tertnye2...dari mane dtgnye suare.....dye bangkit dr pembrgn dn perlahn2 turun dr tempt peraduan....dan menghampiri ke arah suare.....'..
ha..ni mcm cnth la...so...kat part 3 ni...mcm nmpk la kaitn kish2 part3 ni ngn rizal...LBH JELAS....
ok??
ape pon...cite makin menrk....
n kalo bleh..mse tulis tuh...tros bygkan....
cbe bykkan..tlnge tajam....pki tanjak....ade jggt...mcm xkene pon ade...o....heheheh...kagum...
waa...kacak..hehehhe....
tros2kan....aku akn tros memberi komen=).gud luck frenz=)
oh oh.. pasal yg nak kaitkan dengan rizal tu aku nak buat taw sebenarnya.. nak selitkan sket pasal rizal supaya nnti orang xconfuse mana sbb cam part 3 tiba2 citer pasal benda laen gila.. tapi aku takut cam da panjang sangat entry aku ni.. kang PEMBACA2 aku yg aku sayang sangat2 ni bosan.. ish.. rugi xmasukkan part rizal sket.. nnti aku buat... fighting!! anyway, tq!!!!!!!
pnjg pendek cite tuh....xkish pon sbnrnye...
kalo org tu...pemnt setie cerpen kot...tebal mcm kamus OXFORD pon dye sggp bce taw....so..pk pstf!!!!!PEMBACE2 ko..pst sokong punye=)
wahhh.. terharunya aku.. ish.. terima kasih la cik symbolofbeauty.. xpe2.. aku janji akan baiki lagi pasni.. terima kasih!! ;)
Post a Comment