Wednesday, August 11, 2010

misteri tasik kunang meranti part 5

TITISAN air menitis di kelopak mataku. Sesuatu yang menyembur wajahku dengan titisan air sejuk yang segar lagi harum. Terasa begitu selesa sekali keadaan sekarang. Aku dapat merasakan bahawa alas untuk aku baring sungguh empuk dan lembut bagaikan bulu angsa yang putih dikumpulkan untuk dijadikan bantal. Bauan harum membuatkan aku terasa semakin segar untuk bangun dari tidur. Burung-burung pipit bersiulan merdu di luar menggamitkan lagi suasana. Aku seperti berada di dalam kamar. Mataku yang terpejam terbuka sedikit demi sedikit. Pandangan mataku masih lagi kabur tetapi beransur pulih. Kepalaku terasa berat seperti diletakkan buku kamus tebal di atas dahiku. Payah sekali untuk aku menggangkatnya. Aku menggosok-gosok mataku perlahan-lahan sambil bangkit dari tempat pembaringanku. Tangan kananku luka di bahagian siku dan dibalut kemas oleh kain putih.

Empat orang perempuan yang wajah setiap seorangnya teramat cantik mengelilingiku. Wajah mereka begitu cantik disertakan lagi dengan hidung mereka mancung dan kulit wajah mereka sangat putih kemerahan di pipi serta sangat berseri-seri. Harumnya bau mereka hanya tuhan saja yang tahu. Mata mereka bundar serta berwarna biru belaka dilengkapi pula dengan bulu mata yang panjang melentik. Bibir pula merah jambu masing-masing mengukir senyuman tepat ke arahku. Jantungku berdebar-debar melihat mereka. Mataku terbelalak serta rahangku tercengang melihat mereka. Tidak pernah aku melihat perempuan secantik ini. Aku tidak dapat menggambarkan di mana sebenarnya aku berada. Mereka melemparkan senyuman ke arahku dan kemudian ketawa manja serta berpandangan sambil berbisik sesama mereka dan kemudian mereka melihat aku kembali.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki tua dari tengah-tengah perempuan-perempuan itu. Wajahnya berkedut serta berjanggut putih yang panjang sehingga perut. Dia berjalan sambil memegang tongkat. Jari-jemarinya penuh dengan cincin yang berwarna warni. Di atas kepalanya memakai topi kelabu berbentuk kon tetapi hujungnya sedikit terlipat ke belakang. Lelaki tua itu memberi isyarat jari kepada mereka lalu kesemua perempuan itu tadi pergi meninggalkan kami berdua. Lelaki itu adalah Fergon.

"Wahai anak adam, beritahu kepadaku dari mana asal kamu?", soal Fergon.
"Saya asal dari Pilah. Mak orang Jerantut dan ayah pulak orang Pilah.", terangku kepada orang tua itu.
"Hahaha.", berdekah-dekah orang tua itu ketawa.
"Bukan itu maksud aku wahai anak Adam. Kamu bukan dari keturunan bunian. Kamu adalah keturunan Adam. Bagaimana kamu boleh ke tempat kami?", soal orang tua itu pula sambil mengambil cawan kayu yang berada di tepi tempat aku baring lalu menghirup air di dalamnya.

"Eh, bunian? Apahal lak bunian ni? Pak cik ni gila ke? Kat mana la aku ni?", aku bermonolog sendirian sambil mengerutkan dahi.

"Nama aku Fergon. Aku adalah dukun di kampung Jelaga Hijau. Aku mengerti waktu ketika ini kau tidak memahami apakah yang sedang terjadi pada diri kau sendiri bukan?", Fergon cuba menjelaskan.

Aku hanya mengangguk sambil membetulkan balutan di lenganku yang luka entah bila aku dapat.

"Semalam, Avion, ketua penghulu di kampung ini telah pun bermesyuarat bersama menteri-menterinya dan ingin melancarkan peperangan terhadap kaum kau, anak-anak Adam kerana aku menyangkakan kaum kau telah merosakkan tempat tinggal kami.", ujar Fergon.
"Penduduk di kampung ini sudah tidak berpuas hati dengan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab oleh keturunan kau. Mereka tidak dapat menahan kemarahan mereka lagi dan meminta Avion untuk melakukan sesuatu. Ini kerana sungai di kampung ini telah pun diracuni dan anak kecil telah pun mati akibat terminum air di sungai itu. Tempat kami ini tidak lagi selamat untuk diduduki lagi kerana kekacuan yang datang dari keturunan kau."
"Kami mendiami kampung ini selama berpuluh-puluh tahun dengan aman dan damai tetapi sejak akhir-akhir ini tempat kami tidak lagi selamat.", perlahan-lahan Fergon menceritakan kepadaku dan adakalanya dia terbatuk-batuk kerana usiannya yang tua itu.

"Tetapi firasat aku menyedarkan aku bahawa rupa-rupanya kekacuan yang terjadi di kampung ini bukan datang dari kaum kau, tetapi dari puak bunian juga."
"Mereka adalah makhluk bunian yang kejam, jahat dan tidak berhati perut. Mereka dengki dengan pemerintahan Avion di sini dan ingin merampas takhta dan pemerintahan Avion. Mereka adalah 7 pasukan helang.", cerita Fergon dengan panjang lebar.

"Pasukan helang terlalu handal untuk ditumpaskan. Asalnya mereka tidak sekejam sekarang. Mereka juga menjalani hidup yang biasa seperti makhluk bunian yang lain tetapi mereka sangat berbakat dalam mengawal kuasa magis."
"Disebabkan mereka terlalu hebat, mereka mulai riak dan akhirnya terjerumus dengan kekuatan mereka sendiri. Mereka hanya bertujuh dan menunggang burung helang."
"Ketua mereka bernama Jirgos. Dia adalah yang terhandal sekali di antara ketujuh-tujuh pasukan helang."

Fergon menghirup lagi air yang dipegang untuk membasah tekaknya yang mulai kering kerana bercerita kepadaku.

"Semalam mereka telah menangkap kau dan menjampi kau. Adakah kau sedar tentang perkara ini?", soal Fergon kepadaku.

Aku hanya menggelengkan kepala.

"Kau telah dijampi oleh Jirgos dan telah berubah menjadi seperti kami wahai anak Adam. Kau sekarang kerdil sama seperti kami juga." terang Fergon.
"Aku sempat menyelamatkan kau dari genggaman Jirgos dan pasukannya kerana aku telah pun hidu niat buruk mereka terlebih dahulu semalam. Aku hampir-hampir tumpas ketika berlawan dengan mereka tetapi berjaya melarikan diri dan menyelamatkan kau."

Aku hanya mendengar dengan teliti sambil menggaru-garu kepala kerana masih lagi kurang pasti dengan ceritannya yang agak mencurigakannya itu lalu mencelah.

"Pak cik, maksud pak cik, pak cik ni orang bunian la ye?"

Fergon diam dan memandang ke arahku. Kemudian dia mengambil tangan kananku yang luka itu dan membuka balutannya. Aku menahan pedih sambil mengetapkan bibir hanya melihat kelakuan Fergon. Fergon seperti menjampi sesuatu dan menghembus pada tempat lukaku. Tiba-tiba luka yang terkoyak pada sikuku beransur-ansur pulih. Luka yang dalam itu perlahan-lahan tertutup semula tanpa meninggalkan apa-apa kesan parut. Aku tergamam deangan kehebatan orang tua ini.

"Fuiyoo! Canggih gila!", kataku dengan penuh teruja sambil mataku terbeliak luas kerana hampir-hampir tidak percaya dengan apa yang baru aku saksikan sebentar tadi.

"Kami adalah makhluk bunian yang mempunyai kuasa magis.", kata Fergon tersenyum lalu melepaskan tanganku.

"Tetapi aku gagal untuk menyelamatkan rakan kau yang seorang lagi.", ujar Fergon.

"Sofia!!!!", aku terperanjat.


bersambung....

5 comments:

*loue me* said...

Elaboration citer dah bagus. makin hari makin berkembang cuma i dpt rasakan mcam kurang feel la.cthnye bila pakcik tu tanya kt manusia tu dia dari mana n then dia terus jawab.supposed buat la cm anak muda tu takut2 sikit.cuba bygkan u di situasi anak muda tu.cube lebih mendalami

papepun good job.tingkatkan hasil usaha anda.moga2 nama u blh sebaris dgn Ramlee awang murshid.gambate!!!

-YukiKo- said...

um..ak pon mcm stuju dgn *loue me*....um..ak xtaw la..smde..ko nk wat cite ni....mcm...cite diantre..org bunian..dgn bdk bndr gile..yg berani....sbbnye..dri dialog yg ko tulis...menunjukkan..rizal ni sgt2 berani bdknye....um...cite ko pon..semakin puitis kot..smpikan..aku leh byk kan..cnthnye..keadaan dye bru sdar....awek yg sket punye cun xnk kalah tuh....um..mcm luke dye sembuh tuh....ak leh bygkan wei=)..cre ko nk citekan situasi tuh...makin real r skang...tp..jln cite...mcm makin kurg menyeronokkan...sbbnye..ko terlalu bwk jln cite ni jauh taw....smpikan..ak terlupe dgn sofia..siyes..ble Fergon kte kwn sorg lg..bru ak trgt..huhuhu...um..pndpt aku kan...kalo rizal td..sedar2 je..dye tkot gile.dye tros pgl2 name sofia..lg mcm menrk sket kot..hehe..xpe2..mybe ko ade strategi lg hebt=) .xpe2..troskan...ak pon tertnye2..mane pulak g sofia ni...ha..lg 1..kalo ikt penglmn ak bce nvl kan..kalo nk flash back..jrg taw.flash back 1 chapter...slalonye.sblm flash back...dye akn trgkan situasi skang.....then...br dye flash back...sbb..logiknye...mybe penulis xnk pembce..feel yg part skang...tp lupe part sblm ni...kalo penulis yg bgus..dye mmpu wat cite....yg mmpu wat pmbce dye..ingt stp part cite tuh.dr awl..smpi akhr..btl x??huhu...pnjg wei ak bebel..heheh..gud luck2=)..chaiyok!!!

jojo said...

ye tak ye jugak la. rizal ni cam berani sangat la pulak. aku terlupa la part yg tu. sepatutnya dia kena takut2 sket la kan. dalam part ni aku cuba nak kembangkan lagi jalan cerita dia. sbb tu aku pisahkan dia ngan sofia. aku sengaja xnak cerita pasal sofia sbb aku nak buat cam mula-mula rizal cam xingat pape sangat apa yg berlaku kat dia malam dia pengsan tu. then tiba2 baru dia teringat kat sofia di pengakhiran part 5. tapi mmg xdinafikan la, part yg ni mmg berat sket sbb just ada dialog antara 2 orang ni je. xbanyak sangat pergerakan. aku da cuba macam2 utk bagi menarikkan perbualan dorang ni tapi aku sendiri still rasa kurang berpuas hati. pasal flashback tu, mmg aku xberapa nk terer sangat teknik dia. tapi aku faham apa yg ko cakap tu. lepas ni aku akan cuba baiki lagi part yg tu. wahai pembaca2ku, terima kasih di atas feedback anda sekalian. love u all so much!

-YukiKo- said...

huhuu...haish..ko nih...xmo la bgtaw skang...lepas dgr komen pembace2 ko yg rmi ni...ko kene cool taw..cnthnye..."thanx pmbce..ak akn cbe wat yg terbaek.."..xpyh explain ape2..nnti ktorg da taw sket2..xbest...bnde da lps..biarkan...amk pndpt mane yg ok...next part...improve lg..ok=)

jojo said...

oh. aiseh. dah kantoi lak kat situ kan. tak cool lansung la aku. ish. sayur btol. xpe2. pasni aku cool lagi. wahai pembaca2 sekalian, nntikan episod seterusnya~ hahahaha.. cam bangang je.