Thursday, December 9, 2010

Ikan Bakar Gang

Sedang aku melepak bersama rakan-rakanku di kedai mamak, tiba-tiba customer kat sebelah meja aku order air.

"Air limau suam satu bos".

Serta merta aku terkenang zaman di mana aku bersama teman-teman seperjuangan semasa aku belajar di kolej dulu.

Teman baikku sering kali meminta air suam sebagai minumannya. Yang uniknya, air suam tersebut perlulah disertakan sekali dengan straw. Kebanyakkan air panas atau suam tidak perlu disertakan sekali strawnya tetapi temanku mewajibkan perkara itu. Tersengih aku seketika tatkala mengimbau kembali pesanannya kepada waiter kedai.

"Air suam satu ye bang, letak straw eh", dengan riaksi muka yang tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Straw? Ok ok", muka abang waiter yang berkerut habis.

Bagiku, zaman kolej merupakan zaman yang paling indah sekali. Di saat itu lah aku belajar macam-macam perkara. Pelbagai ragam manusia aku temui. Ada yang baik hati, peramah, menyenangkan, dan juga sebaliknya. Pada waktu itu jugalah aku belajar apa itu erti sahabat. Sahabat sehidup semati dan juga sahabat yang menikam belakang kita.

Kenangan ini terlalu bernilai bagi aku. Memang tidak mungkin aku akan melupakan mereka.

Sintok, Tangsai, Nabul, dan Fisoi merupakan rakan yang seringkali menjadi teman aku kemana-mana saja aku pergi.

Setiap orang dari mereka memiliki keistimewaan yang tersendiri. Mereka semualah yang menjadi penghibur hatiku apabila aku kesedihan atau kelesuan. Seperti Sintok, dia suka ketawa kuat-kuat. Tangsai pula memang pandai buat muka macam orang baru lepas kena lempang kat mulut. Nabul pula, suka lari dari topik perbualan dan selalu menjadi bahan ketawa kami. Fisoi pula, hermm... mungkin sengihnya sudah cukup menggambarkan betapa istimewanya dia. Heee~

Waktu kemuncak perhubungan kami adalah apabila di penghujung pengajian dimana final exam sudahpun selesai. Kebanyakkan projek dan assignments sudah pun di hantar. Saat itu merupakan saat paling berharga sekali. Masa tu, masing-masing ingin melakukan segala-galanya bersama-sama kerana kemungkinan kami semua memang tidak akan berjumpa lagi selepas tamat pengajian. Sintok orang Negeri Sembilan. Tangsai pula orang Kelantan. Nabul orang Pahang. Fisoi yang paling hebat sekali, dia dari Sarawak. Aku pula orang Selangor.

Sejak itu, kami menghabiskan masa-masa yang ada bersama. Setiap kali keluar, kami akan menaiki kereta. Kereta kepunyaanku. Keretaku agak kecil dan sempit, tetapi mujurlah badan mereka bersaiz sederhana saja. Memang muat kelima-lima orang dalam kereta itu. Mujur~

Hampir setiap malam, kami keluar bersama. Kami akan makan malam bersama-sama. Percaya atau tidak, hampir setiap malam merupakan malam berkaroke. Aku masih ingat lagi, mula-mula ingin berjinak dengan karoke,  boleh dikatakan  masing-masing agak teruja untuk memegang microfon dan melontarkan vokal masing-masing dengan penuh keyakinan. Tapi bila dah selalu sangat berkaroke, suara pun dah mula macam ella dan aspalela, nak nyanyi pun dah sekerat-sekerat saja. Hahaha.

Menonton wayang pula tidak kurang hebatnya. Masa itu, semua cerita di panggung menjadi sasaran kami. Baik cerita melayu, cina, orang putih, yang ada 3D, yang tiada 3D semua kami balun. Wang ringgit bukanlah menjadi isu waktu itu. Kami tidak pernah berkira tentang itu. Waktu kelapangan bersama-sama merupakan perkara yang lebih penting dari wang ringgit. Kami sedar, masa yang ada perlulah digunakan sebaik mungkin.

Mandi air terjun bersama-sama. Nabul dan Sintok akan menyediakan roti sandwich tuna dan kami yang lelaki akan makan dengan lahap sekali. Perjalanan nak ke air tejun agak lasak. Bukan senang nak naik ke sana kerana air tejun yang kami pergi merupakan air terjun di bukit. Sepanjang perjalanan hendak naik ke atas, macam-macam rupa ada. Berpeluh-peluh, mengah-mengah, kecah-kecah dan sebagainya. Hahaha. Tetapi kepuasan dapat dikecapi apabila sampai ke destinasi. Segala penat lelah akan terubat kerana pemandangan dan kejernihan air terjun amat menakjubkan sekali.

Dan banyak lagi perkara yang kami lakukan bersama-sama. Kalau hendak diceritakan disini, memang tidak akan habis.

Tetapi kini mereka semua sudah pun pulang ke tempat asal mereka. Masing-masing pulang dan tinggal semula bersama-sama keluarga masing-masing. Mereka akan meneruskan hidup mereka seperti orang lain. Mereka akan berjumpa dengan rakan yang baru. Mereka akan mencipta kenangan yang baru bersama rakan-rakan mereka.

Entah bila aku dapat berjumpa dengan mereka semula.

Entah bila aku dapat membawa mereka keluar bersama-sama menaikki keretaku yang kecil dan sempit.

Entah bila aku dapat mendengar suara mereka berkaroke.

Entah bila aku dapat melihat kekerutan muka abang waiter tatkala Sintok memesan ari limau suam letak straw.

Entah bila lagi aku melihat wajah lucu Tangsai menceritakan kisah-kisah lucunya.

Entah bila aku dapat mendengar dialek Sarawak Fisoi bercakap.

Entah bila aku akan kecapi itu semua lagi.

Aku percaya, jauh di sudut hati masing-masing, kenangan yang telah kami bina bersama suatu masa dahulu di sepanjang perjalanan kami di kolej, memang tidak akan dilupakan sehingga ke akhir..... HAYAT~

P/s: Aku akan merindui kalian.

6 comments:

Anonymous said...

huhuhu...special nye sintok tuh...misti cute...secute perangai dye..hahahha...jojo..pershbtn kte..xkan ade penghujg taw...agk2 gian sgt nk dgr sore mmbe2..roger je..msti ade yg sudi luangkan mse....kte bukn la jaoh mne terpish..still dlm msia g=)..stkt kuantan..machang..ak sudi je tmnkan..hahahha...sdey sgt ble bce post ko nih..trgt sume..1-1...eee..rndu nye...huhuhu

jojo said...

sintok si lesu. kehkehkeh. aku teringat kat dorang mlam tadi. terus ada ilham nak buat entry ni. kalo tak lama wei aku da tak berblogging. now baru dapat luahkan isi hati yang terpendam. cewaahhh. hehehehe.

Anonymous said...

huhuu.gud2..ko...fibulu yg klaka...huhuhu=)..lps nih.lontar kan ape2 je ye..kasi all out!!ngengehngeh...likelikelike..entry ko ni sgt2=)...

jojo said...

fibulu mangkuk!!!! haahahahaha...

Anonymous said...

sob3.. aku sedih!!

-YukiKo- said...

hukhukhuk..sdey pulak bace..rindu kenangan kite sume.....nk jmpe kalian!!!