Sofia yang ketakutan dan panik hanya menuruti saja arahan Isabela. Sofia berjalan perlahan-lahan. Setapak demi setapak dia masuk ke perkarangan rumah Isabela. Fergon hanya memerhatikan saja tingkah laku Sofia sambil mengusap usap janggut putihnya yang lebat itu. Kini Sofia sedang berdiri dihadapan Isabela dan Fergon. Dia menunduk ke tanah kerana takut.
"Lihat ke arahku wahai anak adam. Dari mana engkau datang?", soal Isabela kepada Sofia.
Sofia mendongakkan kepalanya perlahan-lahan untuk menjawab. Tiba-tiba terdetik di hati Sofia bahawa wajah Isabela seperti sangat dikenalinya. Dia berkerut memikirkan wajah Isabela yang dikenalinya tetapi dia tidak pasti siapakah orangnya.
"Saya lari dari tahanan. Ada penjahat yang tangkap saya ketika saya sedang berkhemah di tepi tasik.", jawab Sofia terketar-ketar.
"Siapakah penjahat yang kamu maksudkan itu?", kini Fergon pula bertanya.
"Mereka ramai dan menaiki burung helang. Saya tidak tahu apa yang mereka mahukan.", Sofia menerangkan kepadan mereka berdua.
"Pasukan helang!", Fergon terus berdegus tatkala mendegar jawapan dari Sofia.
"Tolong la saya. Kawan-kawan saya yang lain telah hilang. Saya sangat takut.", ujar Sofia lagi.
Isabela membelek wajah Sofia yang bercalar balar dan kotor dengan lumpur. Dia tahu bahawa Sofia bukanlah musuh.
"Mari, kau perlu bersihkan diri kau. Kau selamat dengan aku di sini." Isabela mengajak Sofia masuk kedalam kediamannya.
"Baiklah, aku harus pulang segera Isabela. Ada perkara yang perlu diselesaikan.", Fergon seperti tergopoh-gopog hendak pulang dengan segera.
Isabela mengangguk lalu membawa Sofia ke dalam. Sofia ikut Isabela dari belakang sambil melihat kecantikan rumah Isabela. Dia kelihatan tergamam melihatnya.
bersambung...
No comments:
Post a Comment