Kebanyakkanya, majlis kenduri kendara seperti ini akan dihadiri oleh manusia yang berjantina perempuan. YAA!! Mereka memang lebih tertarik untuk pergi ke majlis sebegini daripada pergi ke masjid ataupun surau.
Kerana di situ lah mereka;
1. dapat menunjuk nunjuk aset aset yang mereka ada.
2. bergossip gossip/mengumpat tentang perkara buruk terhadap keluarga si polan.
3. tayang anak gadis siapa paling laku sekali (siapa kawen dulu).
Aku memang selalu gila dengar ayat ayat yang lebih kurang camni bila orang mula nak bertunang atau orang baru je bertunang.
"Ehhh dah nak bertunang dah? Wahh tahniah tahniah la ye. Bila nak kawinnye?"
ataupun
"Laa dah bertunang ke? Ahahahah (gelak pura pura sambil tepuk bahu orang terdekat) Bila nak lansung pulak?"
Kenapa eh mak cik mak cik selalu tanya soalan tentang kawin pulak bila orang tu dah selesai bertunang? Takpun kalau awek tu tak kawin kawin lagi, sure tanya
"Haa, yang sorang ni bilo laie?"
Memang perlu eh? Kenapa kenapa?
Dan selepas kawin, orang akan mula tanya soalan yang ini pulak.
"Selamat dah awak diijabkabulkan dengan Pian, haa, bila nak ada baby? (sambil angkat angkat kening)"
So benda macam ni akan berterusan dan berterusan tak tahu sampai bila nak habis. Soalan demi soalan akan diutarakan oleh mereka mereka yang sangat bertanggungjawab tentang soal hal peribadi orang lain ni.
gambar hiasan (source:Google) |
Ok. Mari kita lihat kesinambungan pada soalan soalan yang akan menghantui sesetengah gadis gadis comel masa kini dan kita akan mulakan dari peringkat bujang sampai la peringkat dah nak mampos. Kita akan lihat di mana benda ni akan berterusan dan berleret sampai bila bila, sampai keturunan ke seribu lebih pun takkan habis.
1. Bila nak bertunang? lepas dah tunang..
2. Bila nak kawin? lepas dah kawin..
3. Bila nak dapat
4. Bila boboi (baby sulong) nak dapat adik?
5. Bila boboi nak sunat?
Item no.1 hingga no.5 merupakan satu fasa soalan lengkap yang sempurna untuk mangsa. Mari beralih kepada fasa yang seterusnya. Fasa ini akan turun ke anak mereka pula.
6. Bila boboi nak habis belajar?
7. Bila boboi nak ada girlfren?
8. Bila boboi nk bertunang?
9. Bila boboi nak kawin?
Ok lengkap satu kitaran dari mak dia sampai la ke anak dia. Jangan terkejut kalau soalan soalan bangang ini sebenarnya diajukan oleh mak cik yang sama. Haaaaa. Cuba bayangkan. Mak cik macam ni memang takkan give up bai. Dia akan follow je dari zaman 60-an sampai lah ke zaman mellenium. Mak cik ni akan bertukar tukar henpon dari nokia 3310 sampai la ke iphone semata mata untuk update pasal keluarga orang. Katakan lah, something bad happen kepada keluarga si Boboi ni. Mak cik ni akan sentiasa standby dengan soalan soalan dia. Haih~ Penat aku asik taip perkataan 'soalan' dari tadi.
Dia lebih kurang camni;
10. La boboi kena tangkap basah ke?
11. Dengan anak siapa?
12. Mengandung tak pompuan tu?
13. Anak sape la budak pompuan tu?
14. Kesian kan?
takpun, dia akan attack keluarga pulak;
15. Mak bapak diorang ni tak reti jaga ke anak anak diorang?
16. Mak bapak rajin pegi masjid, anak macam setan (mampos~)
17. Orang lain ada anak jugak, tapi takde la sampai teruk cam anak dia.
18. Ptuuuiih kat mak boboi.
Soalan demi soalan akan berterusan dan beleretan sampai tiada kesudahannya. Kasihan la dekat gadis gadis comel yang masih lagi bujang di luar sana. Mereka menjadi takut dan timbulnya satu perasaan 'insecure' dalam diri mereka. Mereka akan terpengaruh dengan anasir anasir jahat daripada mak cik mak cik yang tak bertanggungjawab macam tadi. Asal anak si polan lambat kawin je, mula lah nak bergossip dekat kenduri kendara.
In conclusion, janganlah kita terlalu biasa hendak bertanya kepada sesiapa tentang perihal perbadi mereka kerana ini akan mendatangkan stress terhadap sesetengah individu dan mungkin juga akan berakhir dengan perkara yang tidak diingini. Think before you ask. Sebab, bukan semua orang mampu nak kawin. Nak nak kalo yang bergaji rendah ni. Mano nak korek duit ni jang?
Tapi aku sangat respect kat lelaki yang mampu melansungkan perkahwinan dengan hasil duitnya sendiri. Tertanya tanya gak aku camne dorang mampu melakukannya. Tu barulah jantan!!!
Nak kawin? Ada 60K?
2 comments:
aku wajib komen ni..sebb ko ade puji ak kot...hahaha..thanx jang!! ngohori abih ko ye..huhuhu...entry ko ni mg btl wei..logik2...hahhaha...menarik...jang..ko masih belum jantan g..dah ckup duet...bruleh pgl ko jantan=)
da kena puji baru nak komen? hahaha. terima kasih oi. aku tengah kumpul ni nak jadi jantan sebenar!!!
Post a Comment