Sunday, February 19, 2012

Arwan pt. 2

Sesudah sampai di London, kami terus pergi ke Royal London Hospital untuk berjumpa dengan pakar hormon. Kedua ibu bapaku benar benar berharap ada sedikit sinar harapan untuk mengubati penyakit pelik yang aku alami ini. Dokor pakar itu menyambut kami dengan senyuman mesra. Ibubapaku menerangkan satu per satu tentang penyakitku yang jarang berlaku ini. Doktor hanya mengangguk angguk dan kadang kadang mengalihkan pandangannya ke arah aku dan tersenyum. Aku yang terpinga pinga hanya membalas senyuman doktor itu.

Setelah berpuas hati dengan soal jawab antara doktor dan ibubapaku, doktor pun membuat satu kesimpulan. Penyakit yang aku alami merupakan penyakit yang jarang sekali berlaku terhadap manusia. Peratusan yang mungkin akan terjadi hanyalah 0.15% ataupun mungkin berlaku sekali dalam 2 juta tahun. Mungkin zaman dinasour dulu dah ada seorang kena. Lepas tu sekarang aku pula yang kena. Penyakit ini dari segi nama saintifiknya di panggil Yosoarso Gotobafa Symptom ataupun nama penuhnya Yoursonaresoon Goingtobeafag.

Simtom ini berlaku kerana kecelaruan yang berlaku antara nisbah hormon testeron dan hormon estrogen di dalam badan. Jikalau lelaki normal, nisbah hormon testeron akan melebihi dari hormon estrogen. Di mana sifat sifat kelakian seperti susuk tubuh besar, suara garau, buaya darat dan sebagainya akan di tunjukkan kerana kehadiran hormon testeron ini. Manakala nisbah hormon estrogen pula selalunya akan di dominasi di dalam badan jikalau dia adalah seorang perempuan normal di mana hormon ini akan lebih menonjolkan sifat sifat keperempuanan seperti suara yang lembut, pandai memasak, mudah menangis dan juga sering kali ditipu oleh buaya darat.


Memandangkan penyakit ini hanya berlaku sekali dalam 2 juta tahun, maka doktor masih lagi buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya. Dan juga, penyakit Yosoarso Gotobafa Symptom ini akan menyebabkan kematian kerana kecelaruan hormon di dalam badan. Selalunya penghidap penyakit ini tidak dapat hidup lama. Ya Allah! Apa benarkah apa yang aku dengar ini?

Aku tergamam mendegar penjelasan doktor. Lebih lebih lagi tentang mati. Maksudnya aku tidak lama di muka bumi ini. Tidak seperti remaja yang lain. Mungkin mereka mempunyai banyak masa lagi untuk menikmati dan menerokai hidup yang penuh tanda tanya ini. Tetapi tidak lagi bagi aku. Aku melihat ke arah ibuku, wanita itu kelihatan sangat hiba. Ibuku menahan perasaanya dari berteriak sekuat hati. Bapaku pula cuba menenangkan perasaan ibu walaupun kelihatan air mata yang mengalir perlahan lahan membasahi pipinya. Doktor pula tidak putus putus menyuruh kami sekeluarga bersabar dan kuatkan semangat.

Kami sekeluarga pulang ke hotel. Memandangkan tiket penerbangan pulang ke Malaysia adalah lusa, kami terpaksa berada di kota London selama sehari sebelum berangkat pulang ke tanah air. Sepanjang perjalan ke hotel, tiada seorang pun daripada kami berbicara. Ibupaku diam membisu sambil merenung ke luar tingkap teksi. Mata ibu sudah mulai sembap dan hidungnya merah. Sekali sekala driver teksi menjeling kami sekeluarga melalui cermin pandangan belakangnya. Pasti dia tertanya tanya apa yang berlaku di antara kami.

Setibanya di hotel, aku terus meluru masuk kedalam bilikku. Aku menangis. Aku mulai menyalahkan tuhan kerana berlaku tidak adil kepadaku. Aku tahu aku nakal dahulu. Tetapi aku seolah olah di beri hukuman yang terlalu kejam. Aku belum puas menikmati hidup ini. Zaman remaja aku baru saja datang. Awek pon takde lagi. Tetapi aku pula sudah tidak lama lagi di dunia yang fana ini. Aku kecewa dengan takdirku. Aku terus menangis dan menangis sepanjang malam.


bersambung....

No comments: