Aku nekad. Aku tidak mampu untuk menjalani hidup ini lagi. Aku tidak mampu menangggung kesengsaraan dengan bersedih dan menangis menuggu waktu untuk mati. Aku tidak sanggup. Lebih elok aku bunuh diri saja.
Perlahan lahan aku bangkit dari katil. Aku memaksa tubuh kecilku untuk bangun. Aku mencapai kain langsir di bilik hotel itu. Aku gantungkan di lampu gantung dalam bilikku. Aku pun melipat dan menggulungkan kain itu dengan jari jemariku yang runcing ini. Sambil sambil melilit kain itu di leherku, terpampang wajah ibu dan bapa di minda ku. Wajah mereka yang gembira. Kemudian terpampang pula wajah Fahmi, Zul dan Nadhil, teman sepermainan waktu di sekolah dahulu. Wajah setiap dari mereka gembira seolah seolah gembira dengan pemergianku nanti. Aku tidak mengerti akan semua ini. Sekali lagi aku menangis. Aku terus memanjat kerusi. Aku menjerut leherku dengan kain langsir tadi kemas kemas. Aku menyelak helaian rambutku yang halus dan lembut. Aku jengketkan kakiku. Aku pejamkan mataku. PAP!!!!
*****
Kehadapan ibubapaku yang paling kucintai,
Maafkan Arwan kerana pergi tanpa memberi tahu kalian. Janganlah kalian terus bersedih sepanjang ketiadaan Arwan selepas ini.
Arwan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu dan bapa kerana telah membesarkan dan menjaga Arwan sehingga ke hari ini. Apa jua permintaan Arwan pasti ditunaikan. Kalian tidak pernah mengecewakan Arwan. Arwan tidak pernah berjumpa ibubapa yang hebat selain dari kalian. Tiada harta di dunia ini yang bisa membalas jasa baik ibu dan bapa.
Maafkan Arwan dengan tindakan ini. Tetapi Arwan nekad. Arwan tidak mampu menanggun derita ini lagi. Halalkan makan dan minum Arwan. Terima kasih untuk segalanya.
Anakmu,
R-1.
TAMMAT
No comments:
Post a Comment