Sunday, February 19, 2012

Arwan

Jam menunjukkan tepat pukul 2.30 pagi. Keadaan di dalam bilik hotel senyap dan sunyi. Kedua ibubapaku sudah pun tidur. Aku pula tidak dapat tidur. Tiada keinginan lansung untuk tidur mengenangkan nasib yang sial ini. Terdetik di dalam hati, ingin saja menamatkan riwayat hidup yang tak kemana ini. Buat apa aku hidup lagi? Kalau sudah tahu yang aku akan mati tak lama lagi. Mungkin besok, munkin lusa? Ataupun mungkin kejap lagi.


*****


Hi, nama aku Arwan. Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki yang normal dan sempurna. Rambutku hitam dan ikal mayang, kulitku biasa biasa saja, tak hitam dan tak cerah. Warna mataku sama seperti warna mata orang asia yang lain. Dari jauh nampak hitam, tapi kalau suluh dengan lampu, nampak la warna hazel tu sikit sikit.

Kedua ibu bapaku sangat menyanyangiku kerana aku adalah satu satunya anak tunggal di dalam keluarga. Apa yang aku inginkan selalunya tercapai. Mereka tiada bantahan dalam menunaikan kehendak aku.

Pergaulan aku ketika di sekolah rendah adalah seperti kanak kanak lelaki yang normal. Aku mempunyai geng di sekolah dan mereka adalah Fahmi, Zul, dan Nadhil. Kesemua geng kami suka membuli pelajar lelaki yang skema dan menyakat pelajar perempuan yang gedik bajet hot di sekolah. Waktu rehat geng kami akan bermain dan makan bersama sama. Macam macam permainan yang aku pelajari di sekolah dan salah satunya adalah permainan konda-kondi, polis entry, capping dan macam macam lagi. Waktu di sekolah rendah, hanya mereka bertiga adalah teman rapat aku. Teman sepermainan aku.

Kehidupan normal aku mulai berubah ketika aku memasuki ke alam sekolah menengah. Kata orang, ketika sekolah menengah, adalah detik paling teruja sekali kerana waktu itu adalah waktu kebanyakkan manusia berubah dari segi fizikal dan hormon dari peringkat kanak kanak ke peringkat remaja. Pencapaian akil baligh kebanyakkannya akan berlaku pada waktu sekolah menengah. Yang perempuan akan mulai datang bulan atau mengalami kitaran haid. Yang lelaki pula akan mimpi yang best best waktu malam dan bila bangun keeseokan paginya, akan terkejut dan takut tiba tiba (tak reti nak mandi wajib sebab time kelas agama tak pernah nak pay attention).

Kalau lelaki, perbahan fizikal yang di alami adalah seperti; akan tumbuh misai dan janggut, halkum akan mulai kelihatan jelas, suara akan menjadi garau dan perut akan menjadi buncit manakala perempuan pula akan berubah dari segi wajah menjadi hot, badan menjadi seperti kerengge, jelingan mata menjadi manja dan senyuman bertambah manis. Tapi tak semua perempuan camtu.

Tetapi aku tidak. Aku tidak mengalami perubahan seperti remaja lelaki normal yang lain. Suaraku tidah pecah. Misai dan jaggutku tak tumbuh tumbuh. Malahan, perubahan yang lain dan pelik pula yang muncul.

Rambutku yang hitam dan ikal perlahan lahan bertukar menjadi lurus dan keperangan. Bulu mataku lama kelamaan berubah menjadi panjang, lebat dan lentik. Bibirku pula manjadi bertambah merah dan munggir. Manakala kulit di wajahku dan di badanku menjadi bersih dan lembut. Susuk tubuhku berubah dari lelaki bertukar menjadi perempuan dan badanku juga berbau wangi. Arwan yang dahulunya lelaki sudah mulai menjadi seperti gadis.....

Perubahan yang aku alami benar benar membuatkan aku tertekan. Aku malu hendak ke sekolah lagi. Rakan rakanku akan mengejek aku. Padahal dulu aku lah samseng, akulah kaki buli. Tapi sekarang, aku menjadi mangsa buli. Kalau aku pergi ke Shopping Mall, agak susah untuk aku ke tandas awam. Rata rata lelaki yang berada di dalam tandas awam akan terkejut dengan kehadiran aku. Mereka berkerut. Seolah olah ada seorang gadis yang tersalah masuk tandas. Tapi gadis yang agak hebat sebab boleh kencing berdiri. Fahmi, Zul dan Nadhil tidak lagi mahu berkawan denganku. Mereka malu. Aku redha. Apa yang pasti, mereka tak gay.

Di sebabkan perubahan yang aku alamai ini pelik sangat dan tidak normal, kedua ibubapaku pun bercadang untuk menghantar aku ke luar negara untuk berubat. Mereka sangat risaukan perubahan pelik terhadap fizikal aku. Mereka tidak mahu apa apa yang buruk berlaku terhadap anak tunggal kesayangan mereka ni. Setelah segala urusan tiket penerbangan, tempahan hotel dan passport siap, kami pun terbang ke London untuk berjumpa pakar hormon di sana.

Bersambung....

No comments: