"TAK, meh sini wei.", Farah memanggil Botak.
"Jap jap. Sikit lagi ni. Sikit je lagi.", sahut Botak tidak jauh kedudukan Farah yang sedang mengemas-mengemas barang.
"Ko buat apa kat belakang semak tu dowh?", Farah menyoal Botak dengan penuh rasa curiga.
Botak kelihatan mencurigakan kerana dia seperti melakukan sesuatu di sebalik semak tidak jauh dari tapak perkemahan mereka. Farah yang sibuk mengemas beg dan perkakas perkhemahan seorang diri cuba memanggil Botak untuk membantunya supaya kerjanya menjadi mudah.
"Oi Botak!!!! Sinilah!", Farah mula berang kerana Botak masih tidak sampai-sampai lagi.
"Ish, orang nak kencing pon tak senang la." Botak muncul di depan Farah sambil menarik zip seluarnya ke atas.
Bahagian zip seluar Botak kelihatan bertompok-tompok basah kerana tidak sempat untuk mengelap apa yang patut setelah di tengking oleh rakannya. Botak yang terkenal dengan sifatnya yang pengotor di kalangan rakan-rakan kampus terseyum nipis memerhati wajah Farah yang sudah masam mencuka mengemas seorang diri. Botak mendapat nama gelarannya kerana dia sering memotong rambutnya dan tidak pernah menyimpan rambut panjang walaupun seinci. Jika rambutnya panjang sedikit, dia akan berasa gatal-gatal dan pening kepala kerana dia seorang yang jarang mandi. Botak tidak pernah mandi pagi setiap kali pergi ke kelas dan hanya akan mandi apabila keadaan benar-benar tersedak seperti telah mengalami mimpi basah. Botak malabuhkan punggungnya di atas tikar mengkuang dan duduk bersila lalu menolong Farah melipat khemah yang mereka bawa untuk menjalankan aktiviti kesukaan mereka.
Keadaan langit sudah pun mulai gelap. Matahari sudah mula menyembunyikan diri dan membenarkan bulan perlahan-lahan untuk mengambil alih kedudukan. Tidak jauh dari tempat mereka sedang sibuk mengemas, kelihatan Sofia sedang berjalan ke arahku yang sedang termenung melihat ke arah tasik.
"Eh, dah pukul berapa sekarang Farah?", Soal botak.
Farah tidak menjawab soalan Botak tetapi dia menghulurkan saja tangannya ke arah Botak supaya Botak dapat melihat sendiri waktu sebenar. Botak mengerutkan dahi sambil memerhati jam tangan Farah yang berwarna merah jambu itu dan kemudian dia mengangguk. Setelah beberapa minit, kesemua barang telah siap dikemas dan mereka mengangkut barang masuk ke dalam kereta pacuan empat roda.
"Wei korang! tadi aku nampak something!", Hanif yang tercungap-cungap datang entah dari mana mengelap peluh di dahinya sambil menghampiri mereka berdua.
Hanif yang juga berkongsi minat yang sama seperti yang lain iaitu gemar melakukan aktiviti-aktiviti lasak dan mengembara kelihatan begitu terperanjat dengan apa yang baru saja disaksikan olehnya sebentar tadi. Hanif cuba mendapatkan oksigen. Dadanya berombak. Dia mananggalkan cermin matanya dan tertunduk sambil memegang kedua belah lututnya. Pipi kanannya kelihatan sedikit tercalar dan berdarah. Peluh di mukanya mengalir dan menitis ke tanah. Farah dan Botak hanya memerhati saja gelagat Hanif dengan penuh tanda tanya.
"Asal wei kau?", Botak memulakan pertanyaan.
"Da macam orang kena kejar hantu je aku tengok.", Kali ini Farah pula yang mengajukan soalan kepada Hanif.
"Aku, aku nampak something wei." Hanif tiba-tiba saja gagap untuk berbicara.
"Ye la. Ko nampak apanya? Ish kau ni. Aku rembat jugak budak ni kang.", Botak mulai berlagak kuat dan mengacah-acah untuk menghayun kakinya ke arah Hanif.
"Nip, kau rileks dulu. Amik nafas dulu dalam-dalam then kau cerita kat kitorang apa yang kau nampak tadi.", Farah yang lebih bijak mengawal keadaan daripada Botak yang hanya mahu berlagak kuat di hadapan perempuan tapi pada hakikatnya dia adalah yang paling penakut di kalangan mereka.
Hanif duduk di atas tanah. Farah dan botak juga duduk membuat bulatan. Hanif mulai beransur tenang. Nafasnya juga sudah tidak lagi tercungap-cungap seperti tadi. Dia memakai cermin matanya kembali. Wajahnya tetap kelihatan terperanjat. Keadaan senja yang berubah menjadi malam serta berangin membuatkan keadaan bertambah menjadi seram.
"Tadi aku jalan-jalan kat belakang hutan tu." Hanif memulakan bicara.
"Aku ingat nak amik gambar pemandangan kat kawasan situ. Aku pun snap la beberapa gambar. Tengah aku snap sana snap sini, tiba-tiba...", Hanif berhenti bicara.
Dia memerhati keadaan sekeliling dengan penuh berhati-hati. Dia menelan air liurnya sambil memandang ke kiri dan ke kanan. Wajahnya yang putih berketurunan cina itu seperti sangat takut akan perbualannya didengari oleh orang lain. Dia seolah-olah ingin membongkar satu rahsia yang terlalu bahaya untuk didedahkan.
"Tiba-tiba apa nip?", Botak tidak sabar-sabar ingin mengetahui cerita selanjutnya.
"Tiba-tiba, aku nampak something dari lensa kamera aku.", Hanif berhati-hati seolah -olah berbisik memberitahu Botak dan Farah.
"Aku ternampak orang kerdil.", Hanif terhenti.
Tiba-tiba saja banyak burung helang yang muncul dan menyerang Hanif dari belakang. Entah dari mana datangnya burung-burung helang yang mengerumuni mereka bertiga. Terdapat sesuatu di atas burung-burung helang tersebut. Kelihatan seperti orang-orang kerdil yang menunggang dan mengawal burung-burung helang itu. Tujuh ekor burung helang berwarna coklat kehitaman menyerang Hanif, Botak dan Farah. Mereka bertiga segera bangkit dan berlari dari serangan burung helang yang datang secara tiba-tiba itu.
"Masuk dalam kereta cepat.", Hanif memberi arahan dalam keadaan panik.
Mereka bertiga berlari menuju ke arah kereta. Apabila sampai di kereta, Botak cuba membuka pintu kereta berulang kali. Tetapi gagal untuk membukannya. Pintu itu berkunci. Dia meraba-raba untuk memeriksa kocek seluarnya. Tiada kunci. Botak sungguh kaget. Burung-burung helang itu semakin hampir mengejar mereka dengan pantas sekali dari belakang.
"Mana kunci kereta wei?", teriak Farah.
"Aku tak tahu. Tercicir kat semak tadi kot masa aku tengah kencing.", Botak memberi alasan.
"Bodoh!", Farah memarahi Botak.
"Jom lari masuk dalam hutan tu. Burung-burung tu dah nak dekat.", Hanif memberi arahan lagi.
Mereka bertiga pun berlari menuju ke arah hutan. Keadaan yang gelap menyukarkan lagi mereka untuk berlari dengan lancar. Botak dan Hanif berlari di hadapan manakala Farah tertinggal di belakang. Lariannya sedikit perlahan dari kedua orang lelaki itu. Sedang mereka berlari, tiba-tiba Farah tersepak batu lalu tersungkur sehingga kepalanya terhantuk di atas batu. Darah mengalir keluar dari kepala Farah. Botak yang menyedari bahawa Farah terjatuh itu berpatah balik dan mendapatkan rakan perempuannya itu. Salah satu burung helang itu menghampiri Farah dan mencakar tangan Farah sehingga tertanggal jam tangannya. Jam tangan Farah terjatuh ke tanah. Farah menoleh dan melihat saja jam tangan kesayangannya jatuh dan kemudian meneruskan larian bersama Botak dan Hanif menuju masuk ke dalam hutan. Mereka bertiga berjaya malarikan diri dari kawanan burung-burung helang. Bayangan mereka hilang dari pandangan orang-orang kerdil yang mengawal burung-burung helang tersebut.
"Bedebah!", teriak Jirgos yang merupakan ketua askar bagi angkatan pasukan helang.
"Kita kehilangan mereka.", ujar Jirgos lagi selaku pahlawan yang berwibawa di kalangan orang bunian.
"Bumi, hapuskan kenderaan mereka itu.", arah Jirgos kepada Bumi yang merupakan salah satu daripada pasukan helang.
"Baik.", Bumi menuruti arahan ketuannya.
Bumi mengambil serbuk bercahaya berwarna biru dari beg kecil berwarna kelabu yang tersisip di tepi seluarnya lalu melemparkan serbuk tersebut ke atas pacuan empat roda itu. Lenyap serta merta kereta pacuan empat roda milik 5 rakan tersebut. Begitu hebat kuasa magis orang bunian kerana mereka boleh melenyapkan objek besi yang beratnya lebih dari satu tan itu begitu saja.
******************************
"Tuan, ada 2 orang lagi sedang menuju ke sini tuan.", seorang lagi pahlawan pasukan helang memberi tahu kepada Jirgos.
"Kali ini mereka tidak akan terlepas!", Mata Jirgos terbutang luas sambil mengetap bibirnya memberitahu pasukannya.
Jirgos menghampiri aku dari belakang. Dia menggegam serbuk yang di ambil dari beg kecilnya. Dia menjampi genggamannya lalu melemparkan serbuk ke arah belakang kepalaku. Aku rebah. Sofia menjerit meminta tolong. Kemudian Jirgos melemparkan pula serbuk kebiruan itu ke arah Sofia. Sofia juga turut rebah.
Jirgos tersenyum. Dia berpuas hati kali ini.
bersambung.....
2 comments:
wa....menarik2......ko nk taw x..ape yg ak rse bce part 4 nih...
memule ak bce..mmg ak mcm blur....ak pk..ape la cte yg ko wat nih...sblm ni kte jam da tertgl..ni..ade pulak kat tgn....
then..ak blur lg..sbb mcm xde kne mnge dgn part sblmnye....mcm 2 cite...
tp lps ak bce bwh2 sket.....ooooyeeahhhh!!!
ak da phm..n terjwb jgk sume bnde yg ak blur tdi..mnrik2....
terskan2..ak xsbr nk bce nih....da mule srnok wei bce....
tp..ayt tu la..mcm xbpe feel sgt..mklm la..br 1st tyme kan...tp xpe....
ape pon..cite ko..mmpu wat ak tertnye2..hahaaha...."byk2 cerpen..cerpen ape yg menimbulkan persoalan?????...>>>cerpen ko lah!!!!" cayalahhh....gud luck weh=)
dalam banyak-banyak pembaca, pembaca mana yang aku paling suka>>>>> symbolofbeauty!!!!!! hehehe.. terima kasih sangat-sangat sbb sudi baca n ko suka cerpen aku yang xseberapa ni. ko butkan aku makin bersemangat utk sambung wei pasni.. walaupun ko sorang je yg baca. da cukup utk aku.. setengah2 orang respon dia buatkan aku patah semangat je wei.. tapi ko x. thanx frenn!!!!!!!
Post a Comment