Saturday, August 28, 2010

misteri tasik kunang meranti part 7

AVION mengelamun sambil duduk di atas kerusi kayu. Dia duduk mendiamkan diri sambil mengusap-usap janggutnya yang putih itu. Dia kini berada di kediaman Isabela. Dia duduk di luar perkarangan rumah Isabela sambil menanti kedatangan rakan baiknya itu.

Kediaman Isabela terletak di kawasan yang agak terpencil dan jauh dari Kampung Jelaga Hijau dan juga kampung-kampung bunian yang lain. Kawasan rumahnya sungguh sejuk kerana dipenuhi dengan pokok-pokok yang menghijau menghiasi sekeliling rumahnya. Di tengah-tengah kawasan rumahnya pula terdapat kolam kecil yang bersinar-sinar apabila terkena cahaya matahari. Di tanah pula tiada ruang untuk melihat apa-apa selain dari rumput yang menghijau meliputi seluruh kawasan kediaman rumanya yang begitu cantik itu. Kediamannya begitu indah walaupun dilihat dari pelbagai sudut. Keindahan kediamannya sama seperti kecantikan wajah kepada tuan rumah itu.

Avion perlu bertemu dengan Isabela kerana dia ingin berbincang mengenai kekacauan yang dilakukan dengan pasukan helang tempoh hari. Isabela merupakan bunian yang sangat bijaksana dan memiliki pemikiran yang tajam. Avion sedar bahawa Jirgos ingin merampas takhta dan kuasa pemerintahan Avion. Jikalau perkara itu menjadi kenyataan, habislah keharmonian dan kesejahteraan penduduk bunian di Kampung Jelaga Hijau serta perkampungan yang lain. Jirgos merupakan seorang yang sangat kejam. Dia tidak layak untuk memerintah. Dia hanya inginkan kekuasaan supaya semua rakyat jelata tunduk kepadanya. Avion mengeluh.

"Riak wajah kamu sangat merunsingkan wahai Avion.", sapa Isabela dari belakang.

Avion terjaga dari lamunan apabila dia di sapa oleh rakan baiknya, Isabela. Isabela duduk di sebelah Avion. Wajahnya putih berseri-seri membuatkan sesiapa yang memandang pasti akan terpukau. Isabela hanya tersenyum melihat wajah Avion yang runsing itu.

"Katakan kepadaku wahai Avion. Apakah hajat kau ke sini?", soal Isabela.
"Aku ingin meminta pertolongan dari kau Isabela.", Avion menjelaskan hajatnya.
"Apakah pertolongan yang kau mahukan?", soal Isabela lembut.
"Kau tahu pasukan helang telah pun meracuni sungai di kampungku. Mereka kini bertindak lebih rakus lagi Isabela. Mereka benar-benar ingin merampas kerajaan bunian.", terang Avion.

Isabela hanya mengangguk memberi senyuman sambil melihat ke arah rakannya yang terlalu risau itu.

"Bukankah kau mempunyai bilangan askar yang ramai untuk menewaskan mereka?", soal Isabela.
"Kekuatan kami semua tidak dapat menandingi pasukan helang. Mereka terlalu hebat. Kuasa magis mereka adalah yang terbaik dari kalangan bunian yang lain. Malah Tok Fergon yang memiliki kuasa magis yang handal juga tidak dapat berbuat apa-apa. Dia kini sedang merawat seorang anak adam yang berjaya diselamatkan dari genggaman pasukan helang. Akan tetapi, dia tidak berjaya menyelamatkan anak adam yang seorang lagi.", satu persatu Avion memberitahu kepada Isabela.

"Seorang lagi? Bagaimana semua ini boleh terjadi? Mengapa anak-anak adam boleh terlibat dalam hal ini?", Isabela bertanyakan kepada Avion lalu bangkit dari tempat duduknya. Nadanya pula kedengaran sedikit berubah.

"Aku juga tidak mengerti akan hal ini.", Avion mula perasan bahawa riak wajah Isabela telah berubah dari tenang kepada sedikit risau.

Avion sangat mengerti akan hal ini. Dia tahu bahawa kaum bunian tidak boleh mengganggu kaum adam dan begitu juga sebaliknya. Jikalau perkara sebegini terjadi, maka akan berlaku peperangan yang sangat menggerunkan. Hal ini telah pun di beritahu turun-temurun kepada setiap bunian dari generasi ke generasi. Hal yang berkaitan tentang kaum bunian tidak dibenarkan menggganggu kaum adam adalah perkara yang wajib diberitahu kepada anak-anak bunian. Ianya bagi mengelak daripada tercetusnya peperangan yang sangat dasyat. Avion sangat bimbang akan perkara ini.

*********


Sofia berlari menyelamatkan diri. Sesekali dia melihat kebelakang bimbang jikalau ada pasukan helang yang masih mengekorinya. Begitu jauh Sofia melarikan diri dari markas pasukan helang. Kini dia terselamat dari genggaman pasukan helang. Sofia sungguh tidak menyangka bahawa dia dapat melarikan diri dengan mudah. Seolah-olah pasukan helang membenarkan dia melarikan diri begitu sahaja tetapi dia sangat bersyukur dia tidak lagi ditangkap oleh makhluk bunian yang kejam itu.

Setelah hampir satu jam dia berlari, dia berhenti di satu kawasan untuk berehat. Itupun setelah dia benar-benar yakin bahawa dia tidak lagi diekori oleh pasukan helang. Dia tercungap-cungap mengambil nafas. Seluruh tubuhnya dibasahi dengan peluh. Dia melihat keadaan sekeliling. Segalanya telah berubah menjadi gergasi sekarang. Dia sedar bahawa dia kini telah menjadi kerdil sama seperti tubuh makhluk yang menangkapnya. Dia telah melihat perubuhan itu ke atas Rizal sebelum ini. Dia sangat takut ketika itu. Dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rakannya itu. Keadaan yang berlaku seolah-olah begitu pantas sekali. Kini, dia hanya keseorangan di dalam hutan dengan saiz tubuhnya yang kerdil. Dia memandang ke atas. Pokok-pokok begitu besar sekali, daun-daun yang berguguran di tanah juga kelihatan sungguh besar.

Tiba-tiba dia terlihat sesuatu. Dihadapannya terdapat sebuah rumah. Rumah itu begitu indah dan cantik sekali. Tetapi dia pelik. Dengan saiz tubuhnya yang kecil ini, terdapat rumah yang saiznya tidak terlalu besar. Seolah-olah yang mendiamai rumah itu juga memiliki saiz yang serupa dengannya. Dia menghampiri rumah itu. Rumah itu dipagari oleh pokok-pokok yang tingginya hanya setinggi saiz Sofia. Dia mengintai dari pagar itu.

Matanya terbeliak luas. Dia terperanjat. Tidak jauh dari pagar itu, dia dapat melihat ada orang di perkarangan rumah itu seolah-olah sedang berdiskusi sesuatu. Seorang lelaki yang agak tua dan seorang lagi perempuan.

"Ada orang la kat sana. Sape dorang tu?", bisik hati Sofia.

Sofia sebenarnya telah sampai di kediaman Isabela. Apa yang disaksikannya itu adalah Avion dan Isabela yang sedang berdiskusi.

Tiba-tiba dia terpijak ranting. Bunyi ranting itu sangat jelas kedengaran. Avion dan Isabela yang sedang sibuk berbincang tersentak. Mereka melihat di luar pagar. Kelihatan Sofia terbongkok-bongkok ingin melarikan diri kerana khuatir ditangkap oleh Avion dan Isabela.

"Siapa di sana?", Avion menyoal keras.
"Keluar kau!", Avion mengarah pula kali ini dengan nada yang lebih tinggi.

"Anak adam?", Isabela sungguh terperanjat. Dia tidak percaya bahawa terdapat anak adam di situ.
"Dari mana dia datang?"


bersambung...

2 comments:

*loue me* said...

Wah semakin ada improvement
walaupun i cam ingat2 lupa siapa avion tu..but still i rasa citer yg u cuba sampaikan ni makin best.
cara pengolahan cerita u, i dapat hayati

tp tu la..bila dah tinggal lama, jadi terlupa pulak watak2 yg ada

but overall, makin BAGUS!!chaiyok2!

-YukiKo- said...

hehhehe..jojo...ade peningkatn..iaitu..semakin ringkas....hahahahha..suke2...gud2...hapuskan sedikit..demi sedikit ok...fighting!!!!