Saturday, August 14, 2010

misteri tasik kunang meranti part 6

CAHAYA putih yang menyilaukan pandangan berada di hadapan Farah. Dia tidak dapat membuka matanya dengan sempurna kerana silau yang teramat terang dari cahaya putih itu. Anak matanya mengecut dan mengecilkan saiz diameternya kerana cahaya yang masuk terlalu banyak di dalam mata. Farah berada dalam ketakutan. Dia terduduk dan hanya melihat sekeliling dengan harapan ada seseorang dapat membantunya keluar dari tempat yang kosong itu. Dia terpinga-pinga dan kelihatan buntu serta kalut. Dia melihat ke kiri dan ke kanan. Kosong, tiada apa yang dijumpai. Farah hanya seorang dri di suatu tempat yang hanya terang dengan cahaya putih yang memeritkan pandangan kepada sesiapa sahaja yang melihat. Tiba-tiba dia terdengar satu suara yang sangat dikenali memanggil namanya.

"Farah. Farah.", sayup-sayup suara itu memanggil namanya.
"Farah anak mama.", suara itu semakin lama semakin jelas sekarang.
"Mama?", Farah terkejut.

Sudah hampir sepuluh tahun dia tidak pernah mendengar suara itu. Tetapi kali ini dia mendengarnya kembali. Dia sangat mengenali suara itu. Suara yang sangat disayangi dan dirindui olehnya. Itu adalah suara ibu Farah.

"Mama, mama kat mana tu?", Farah memanggil ibunya.

Suaranya bergetar kerana sebak menahan perasaan untuk menangis. Dia sangat merindui ibunya. Setiap malam sebelum tidur dia sering memeluk ibunya. Tubuh ibunya sungguh lembut apabila dipeluk. Setiap malam sebelum tidur juga, ibunya akan menggusap-usap rambut Farah sambil mencium dahinya beberapa kali dan berbisik kepadanya.

"Sweetdreams sayang. Mama sayang kamu tahu."

Itulah insan yang Farah paling sayang sekali di dalam dunia ini. Segala resah, gelisah dan kegembiraan seringkali dikongsi bersama ibunya itu. Ibunya adalah satu-satu tempat untuk dia mengadu. Farah sangat merindui insan itu.

"Mama, Farah takut ma.", air mata Farah mulai bergenang dan mengalir sambil mencari-cari dari mana datangnya suara itu.
"Mama di sini sayang.", suara ibunya muncul lagi.

Farah mengejar suara itu. Dia berjalan ke arah suara itu dengan air matanya yang semakin deras mengalir. Langkahnya semakin laju menuju ke arah suara itu. Pipinya mulai terasa panas kerana air mata yang mengalir tidak henti-henti dan dadanya mula berombak kerana sebak yang teramat sangat. Tiba-tiba dia terjatuh. Kakinya seperti tersandung sesuatu. Farah terlentang.

Ibunya perlahan-lahan muncul di sisi Farah. Ibunya tersenyum. Farah dapat melihat wajahnya yang mirip dengan ibunya sungguh berseri-seri. Matanya yang redup itu menatap wajah Farah yang menangis seperti anak kecil itu. Sungguh sempurna wajah ibunya. Tangan ibunya yang halus mengesat pipi Farah kerana air matanya yang mengalir. Terasa sungguh lembut tangan ibunya.

"Ma, Farah rindukan mama.", Farah meluahkan perasaannya. Sudah lama dia hendak memberitahu perasaannya yang terpendam itu. Tetapi dia tidak pernah terdaya untuk melakukan sedemikian.

Ibunya tidak membalas kata-kata Farah. Dia hanya tersenyum dan membelai-belai wajah Farah.

Tiba-tiba pipi Farah terasa ditampar-tampar. Ibunya pula mulai beransur-ansur lenyap dan meninggalkan kepulan asap putih seperti kabus di pagi hari. Farah memanggil ibunya tetapi sia-sia. Ibunya lenyap. Pipinya terasa ditampar lagi. Kali ini semakin kuat.

"Farah, oi Farah, bangun wei!", Botak mengejutkan Farah dari tidur.

"Mama!", Farah menjerit. Dia terbangun. Dia segera bingkas bangkit dari tidur. Di hadapannya kelihatan Botak dan Hanif sedang menghadap Farah dengan muka yang kehairanan. Rupa-rupanya Farah hanya bermimpi sebentar tadi.

Matahari sudah pun tegak berada di atas kepala. Waktu sudahpun siang. Mereka kini berada di dalam hutan kerana melarikan diri daripada burung-burung helang yang menyerang mereka malam itu. Setelah jauh melarikan diri daripada serangan burung-burung tersebut, mereka keletihan dan berehat sehingga masing-masing terlelap dan tidak menyedarkan diri.

"Bangun Farah. Kita kena gerak sekarang ni. Kita dah jauh sesat dalam hutan ni. Makanan, kompas pulak dah la takde. Kita kena cari jalan balik. Nah, amik sapu tangan ni. Lap darah kat dahi kau tu.", Hanif menghulurkan sapu tangannya yang berwarna merah jambu.
"Eee, kaler pink. Gay gila kau nip.", Botak mengutuk sapu tangan Hanif sambil membuat muka macam orang terlihat najis.
"Diamlah kau.", balas Hanif.

Farah mengambil sapu tangan itu dari Hanif lalu mengelap dahinya. Kepalanya terasa berdenyut-denyut kerana luka yang terhantuk batu semasa melarikan diri semalam. Kemudian dia melihat lengannya. Kelihatan kulit yang sedikit cerah berbanding dengan bahagian lengan yang lain kerana terdapat bekas jam tangan yang tidak pernah ditanggal olehnya. Harta yang paling bernilai dan tidak dapat dibeli oleh wang ringgit telah pun hilang. Farah teringat mimpinya tadi. Dia mengeluh dan mengelamun sebentar. Riak wajahnya kelihatan begitu sugul.

"Farah, jom.", Hanif mengajak Farah memulakan perjalanan untuk mencari jalan keluar dari hutan yang tebal itu.

Farah mengganguk. Botak pula hanya melihat gelagat Farah yang seperti isteri yang sedih kerana keguguran janin.

Mereka bertiga pun memulakan perjalanan bersama dengan harapan berjaya untuk mencari jalan keluar dari hutan itu walaupun serba tidak lengkap seperti ketiadaan makanan dan alat bantuan kompas. Mereka tidak tahu apakah halangan dan dugaan yang bakal ditempuhi. Mereka tidak tahu menahu lansung tentang selok belok hutan yang tebal itu. Mereka tahu bahawa hutan ini masih lagi tidak diterokai oleh sesiapun. Oleh kerana itu jugalah, Tasik Kunang Meranti menjadi destinasi perkhemahan mereka kali ini kerana keasliannya masih lagi terjaga. Hutan dara yang tebal masih lagi belum diterokai oleh mana-mana manusia lagi.

"Wei, apa cerita Rizal ngan Sofia?", Farah mengajukan soalan kepada Botak dan Hanif.
"Entahlah.", kedua-duanya membalas.

******************


"Tolong!!! Tolong!!!", Sofia menjerit-jerit meminta tolong.

Tangannya menghentak-hentak jaring besi tempat dia dikurung. Dia berjaya ditangkap oleh pasukan helang semalam. Setelah pasukan helang bertarung dengan Fergon, mereka berjaya menangkap Sofia lalu membawa Sofia ke markas mereka dan mengurungnya di dalam penjara yang luasnya seperti di dalam jamban tandas awam. Sofia meronta-ronta meminta dirinya untuk dilepaskan tetapi pasukan helang tidak menghiraukan permintaan Sofia itu malah mereka mentertawakan saja melihat gelagat Sofia itu. Kini, tubuh badan Sofia juga mengecil seperti saiz orang kerdil akibat terkena jampi magis dari Jirgos. Saiz badannya sama seperti bunian yang lain. Manusia sukar untuk meihatnya lagi kerana saiznya yang kecil dan hanya setinggi buku lali manusia itu.

Di dalam bilik tidak jauh dari tempat kurungan Sofia terdapat dua bunian sedang berbincang.

"Fergon kelihatan semakin kuat sekarang.", ujar Bumi kepada Jirgos.

Bumi adalah orang kanan Jirgos dalam pasukan helang. Bumi memiliki kuasa yang hampir sama kuat dengan Jirgos tetapi oleh kerana usia Bumi yang jauh lebih muda dari Jirgos yang membezakan mereka, oleh itu Bumi terpaksa akur dengan arahan ketuanya itu. Mereka berdua duduk di atas meja dan berbincang di dalam bilik.

"Ya, aku tahu. Orang tua jahanam! Fergon berjaya melarikan diri semalam bersama manusia yang satu lagi. Kepantasannya bertarung semalam memang jauh berbeza dengan sebelum ini. Dia semakin kuat. Sungguh tidakku sangkakan", Jirgos membalas dengan mukanya yang sungguh bengis.
"Betul tuan. Kita bertujuh tidak dapat menewaskannya dengan mudah. Kuasanya kali ini jauh berganda hebatnya.", ujar Bumi pula.
"Orang tua sial itu memang sengaja bermain dengan api. Aku ingin membunuhnya!", kemaraha Jirgos semakin meluap-luap sekarang.
"Apa yang kita harus lakukan sekarang tuan?", soal Bumi tenang sambil melihat ke arah ketuanya yang sedang berada dalam kemarahan itu.
"Aku tahu apa yang harus kita lakukan selepas ini. Kita akan jadikan manusia itu sebagai tebusan kita. Dengan cara ini mereka akan tunduk dengan kita. Aku yakin kali ini.", kata Jirgos sambil menggenggam penumbuknya.

Di luar bilik pula sangat riuh dengan jeritan Sofia yang meminta tolong dicampur pula dengan gelak tawa beberapa pasukan helang yang lain kerana melihat telatah Sofia yang dalam ketakutan itu.

"Encik, tolong la encik, kenapa tangkap saya? Saya tak buat salah pun encik.", Sofia merayu kepada bunian-bunian di situ.
"Hahahaha. Pelik sungguh bahasa yang kamu gunakan itu wahai manusia.", Goffey, salah satu pasukan helang ketawa berdekah-dekah melihat Sofia dari luar kurungan besi itu.
"Tolong la encik, saya takde pape yang encik nak. Tolong la lepaskan saya.", Sofia merayu lagi. Kali ini lebih mendesak.
"Boleh, kami boleh melepaskan kau wahai manusia tetapi kau perlu menyanyi dahulu. Wahahaha.", Milkos, seorang lagi bunian dari pasukan helang pula bersuara.

Sofia menghentak-hentak jaringan lagi. Dia dalam ketakutan. Dia cuba memikirkan jalan untuk keluar dari jaringan itu serta meloloskan diri dari tangkapan pasukan helang. Dia tahu jika dia tidak berjaya keluar dari situ, nyawanya mungkin dalam bahaya. Dia perlu memikirkan sesuatu. Sofia merupakan perempuan yang berani. Dia sentiasa mencari jawapan untuk segala masalah yang dihadapinya. Baginya, setiap masalah sentiasa ada jalan penyelesaiannya.

Sofia rebah dia atas tanah dengan secara tiba-tiba. Dia tidak lagi meronta-ronta meminta tolong. Dia seolah-olah tidak menyedarkan diri. Pasukan helang yang seronok ketawakan Sofia tadi terus terdiam dan terperanjat melihat Sofia. Mereka berpandangan antara satu sama lain dengan muka yang kebingungan. Sebentar tadi kelihatannya Sofia sungguh bersemangat merayu meminta tolong tetapi tidak sampai beberapa saat kemudian dia rebah pengsan.

"Tuan kata kita kena perlu memastikan manusia ini sentiasa hidup Milkos", kata Goffey kepada Milkos.
"Aku tahu itu. Jadi apa yang patut kita lakukan sekarang?", soal Milkos pula kepada Goffey.

Pasukan helang yang lain diam sambil berpandangan sesama sendiri.

"Goffey, kau masuk dan periksa dia.", arah Milkos.
"Mengapa aku?", Goffey seperti membantah.
"Kau yang mempunyai kuncinya bukan. Pergi periksa manusia itu. Jikalau dia mati, habis kita semua tahu.", Milkos memberitahu Goffey.

Goffey akur. Dia menyeluk kocetnya dan mengambil kunci pintu penjara itu. Dia berhati-hati membuka pintu penjara lalu masuk ke dalam penjara tempat tahanan Sofia. Dia melihat Sofia pengsan tidak bergerak. Perlahan-lahan dia ingin menyentuh Sofia tetapi takut-takut. Goffey merapati tubuhnya dekat dengan Sofia. Jari telunjuknya dihalakan ke leher Sofia untuk memeriksa nadinya.

Tiba-tiba Sofia bangun secara mengejut. Dia menarik kepala Goffey dan terus mendapatkan telinga Goffey lalu menggigit sekuat hatinya. Bunian itu menjerit kesakitan. Sofia hanya berpura-pura pengsan sebentar tadi. Itulah perancangan bijak yang ingin dilakukan Sofia untuk melarikan diri daripada pasukan helang. Setelah puas menggigit telinga Goffey, dia terus keluar dari pintu penjara yang terbuka luas itu. Dia terus berlari ke arah hutan selaju yang mungkin. Goffey yang baru sahaja digigit oleh Sofia terbaring di atas tanah sambil meronta-ronta kesakitan memegang telinga kirinya itu. Milkos yang terperanjat setelah melihat aksi Sofia itu tadi terus memberi arahan kepada yang lain supaya memberitahu kepada ketuanya di dalam bilik dan dia pula pergi mengejar Sofia yang berjaya melarikan diri itu. Pasukan helang yang lain menuruti perintah Milkos lalu segera ke bilik untuk mendapatkan Jirgos dan Bumi.

"Tunggu kau wahai manusia. Jangan lari!!", Milkos menjerit memberi arahan kepada Sofia.

Sofia tidak mengendahkan jeritan Milkos dan terus berlari keluar dari markas pasukan helang itu. Milkos mengejarnya. Dia ingin melemparkan kuasa magisnya kepada Sofia supaya Sofia tidak dapat berlari tetapi dia khuatir magisnya akan membunuh Sofia. Dia takut kalau-kalau Sofia mati dan Jirgos pasti akan mengamuk. Dia hanya berlari mengejar Sofia. Larian Sofia pula entah mengapa menjadi laju seperti angin. Dia menggunakan tenaganya sebaik mungkin untuk melarikan diri daripada pasukan helang. Sofia tidak akan mensia-siakan peluang yang dia miliki kali ini. Milkos mulai kehilangan Sofia yang berlari sangat pantas itu. Lama-kelamaan Sofia berjaya memboloskan diri daripada genggaman pasukan helang!


bersambung...

p/s: selamat berpuasa wahai manusia! ;)

11 comments:

*loue me* said...

masa farah kena tampar tu, i rasa ianya agak ekstrem la. lelaki xkn menampar perempuan.mungkin lebih sesuai jika u cakap, tiba2 farah rasa tubuhnya digegarkan.makin lama makin kuat. mungkin lebih logikla kot.cuz tau je la..tenaga lelaki kalau menampar, mungkin perempuan tak tertanggung.

ada typo skit:menterawakan=mentertawakan

bahasa yg sofia guna, i rasa patut lbh keras.bila seseorang ditangkap..dh sah2 dia akan marah.bila marah org xkn panggil dia encik dah.maybe dia akan bercakap mcm ni, "Hoi makhluk! Apsal ko tangkap aku hah?Apa ko nak dari aku?"

lbh kurang mcm tu la.. ni cuma pandangan i je la

so far, isi cerita u makin berkembang.kena teruskan usaha! chaiyok2!

jojo said...

maksud tampar tu bukannya menampar sekuat hati kerana marah. maksud tampar di sini adalah dengan niat untuk menggerakkan farah dari tidur. ada banyak jenis tampar. tamparan manja. tamparan kasar. tamparan membelai. tamparan ini lebih kepada tepuk2 di pipi. sofia tidak menggunakan bahasa yang keras kerana dia sedang merayu meminta simpati agar dirinya dilepaskan. oleh kerana itu, bahasa yang digunakan agak lembut. anyway, terima kasih atas comment anda. saya akan perbaiki lagi kelemahan saya.

-YukiKo- said...

um..jojo..sury r..lmbt sket bce cerpen ko...so..ak luangkan mse...nk tgk perkmbgn shabat aku nih...um..secare jujurnye...ak xbpe phm sgt dgn cerpen ni.mybe sebb ak da biase ngn nvel genre cintan2 kot..tp xpe...ak cbe gak komen..ikt firast ak yg sesat nih...ok..kite mule 1-1 k....
1)pde pndpt aku...cerpen ko nih..terlalu byk sgt watak...watak yg xpntg sume ade...smpikan..sme ak bce part farah tuh...siyes..ak xingt..farah yg mane la nih...ak rse mcm nk bce blek part 1 ko...tpi ble bce bwh2 sket...bru ak ingt blek spe farah..sbb berkaitn ngn jam tuh...mybe tu kelmhn ak..sbb sng lupe kot..tp ape yg bgusnye...even ko wat jln cite yg pnjg lebar...tp ko mampu tark blek ingtn pembace..pde jln cite..di situ kekuatan nye..huhu...ok...
2)um..biase la kan..pengunaan istilah..cnthnye..mate..mengecut-mengecil...mcm xde chemistry je..hurm..mybe ak kot yg xseni..xpe2..huhuhu..
3)cre ko cite mak farah ni kan...mak dye ni.da meninggl ke ape??sbb cre ko cite..mcm mak dye da menggl..sbb ko tls..rnd sgt la...lme xjmpe la..ke ak yg terleps pndg ko tls mak dye da meniggl..hurm..kalo wat cite..jgn tergntg taw..sbb nye..bnde tergantung ni..xcntik..hahaha
4)mase kat part sofea...tyme dye lpskan dri tuh..mcm xsuspens sgt je...pdhal..Milkos ade kot dkt..xkan xde bergelut sket pon...hurm..huhuhu..
5)so..pndpt ak.lps ni..smbg..xpyh wat heavy2 sgt..wat rileks2 je..tp xrumit..n sng difhami..sbbnye..kalo ko wat cite.melencong jauh sgt..tkot pembace bosan...sbb..cerpen ko ..ko tulis sket2...so..kalo cerpen ko xde kelbhn n strength ape2..ak tkot pmbce ko lari je...

huhu..pnjg wei ak komen..sury eh.jujr nih..gud luck..xsbr ak nk tgk.."mcm mane pegi dye"..hahaha

jojo said...

ok yukiko.. mari saya balas komen anda pula.

untuku soalan nombor:-

1) nasib baek ko igt balik siapa farah yang sebenarnya. mujur.
2)istilah tu mmg tah pape. aku xtahu la betul ke x. aku just imagine je bila mata kena cahaya, selalunya anak mata dia mengecut n mengecil. tapi mmg penggunaan istilah aku sangat sayur.huhuhuhu.masih lagi dalam peringkat belajar.
3)mak farah memang dah meniggal dalam cerita ni. kalo ko tgk balik part 2, aku ada bagitaw dari mana datangnya jam tangan farah kan. pemberian dari maknya masa bfday yang ke12 farah. sila rujuk balik ye wahai yukiko. ;)
4)haah, masa mmg sofia mudah melarikan diri. mmg kurang suspens la yukiko. aku mengakui. sayur2. tapi aku cuba memperbaiki lagi.
5)baeklah. aku akan amik pendapat ko ni sebagai panduan untuk membaiki lagi. terima kasih banyak yukiko. i'll try my best.

selamat berpuasa yukiko. nanti kita tgk 'macam mana pegi dye ye!!' hehehe... peace~

-YukiKo- said...

ok jojo...ak nk tnye soklan cepu mas ni...mase ko jwpn soklan no 3 ni...ko ade refer blek x cerpen ko??o ko mmg hafal??hurm...kalo xnk jwb..xpe...kalo ko hafal...mmg bgus r..tp ko xhfl..n ko sndr cri blek..kat part mane ko tls tu..mknenye...ape??um...msh xbpe strong lg jln cite ko..sbb pmbce xdpt nk ingt...mybe ak je kot..xpe2..tros kan=)

jojo said...

ada yukiko.. perenggan yg sebelum gambar jam baby-g tu. cuba ko baca balik. aku ada tulis, "ibunya pula telah meninggal dunia kerana penyakit kencing manis." ingat x? masa aku jawab soalan ni, mmg aku ada refer balik part 2.. aku baca balik n aku ada memang ada stated yang mak farah telah pon meninggal dunia. huhuhu.. mungkin saya tidak pandai mengolah untuk bagi pembaca ingat kot. nanti akan saya perbaiki kelemahan ini wahai yukiko. thanks ya!!! ;)

-YukiKo- said...

huhu...xpe2..teroskan...=)jojo....tyme ak bce zmn kegelapn ko kan..ak rse lgi bermint taw...n ak lg sng phm..n ak ingt sume...dlm mse yg sme..ak rse mcm nk ngs pon ade....so...zmn kegelapan ko..ko berjaye tulis dgn baek skali=) even xde pembayang ke..kiasan ke..tp sgt bermkne......xde komen2 pape.sbb bgus sgt..huhuh...

jojo said...

lovely yukiko, awat ang komen kat sini. komen la kat sana. hahaa. anyway, thank u for liking it. u always give motivations for me to write more on this blog. Tq taw!

-YukiKo- said...

huhu..ak mmg xnk komen kat situ..sebab ak nk tulis kat sni..haahah...sje xnk org bce ak komen psl kebagusn ko kat entry tu..wekkk...

jojo said...

hahaha.. mana ada bagus mana pon. biasa je la yukiko. cerita dolu-dolu. bak kata orang negeri sembilan. ngeh3.

-YukiKo- said...

ah ko...kalo bab nk punah kan bhse n9...bg kat ko....mmg la n9 familiar ngn o....tp dulu-dulu...still dulu-dulu r..hnye perkataan yg bertuah je akn dpt o tu..contoh nye ko la..jojo...smpi 2 wei ko amik..asl xwat jijo ke..jijah ke..huhuhu