Sunday, August 22, 2010

Zaman kegelapan

Aku sering kali mendengar rakan-rakanku bercerita tentang zaman kanak-kanak mereka. Zaman hingusan, zaman bermain dengan sepupu-sepupu yang lain, zaman di mana kenakalan dan kedegilan memang sukar untuk dibendung. Setiap petang, mereka akan berkumpul dengan rakan sepermainan, mula merancang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Melastik burung, bermandi-manda di sungai, dan bermacam-macam lagi.

Aku cemburu setiap kali mendengar cerita-cerita menarik mereka. Zaman kanak-kanakku pula, adalah zaman 'kegelapanku'. Pelikkan? Apa yang terjadi pada zaman kanak-kanak aku? Aku berada di mana pada masa itu?

Waktu kecil, dalam darjah satu atau dua, ibu bapaku bercerai. Mereka memutuskan untuk berpisah atas sebab-sebab yang tertentu. Mama yang menjaga kami tiga beradik pada masa itu. Aku adalah yang sulung. Muka aku sangat mirip dengan muka baba. Adik-adikku pula mirip mama. Waktu itu adalah zaman yang sukar bagi mama. Dengan kelulusan yang setakat SPM, dia hanya bekerja sebagai kerani bank demi menyara kami tiga beradik. Begitu payah menjadi ibu tunggal. Gaji yang tidak seberapa itu, mama sentiasa memastikan kami tiga beradik tidak lapar dan sentiasa memberikan kami pendidikan yang cukup.

Di sebabkan ekonomi tidak lagi kukuh, kami tiga beradik tinggal bersama nenek. Datuk pula telah meninggal dunia semasa mama masih kecil lagi. Setelah hampir setahun, mama berjaya membeli kenderaan untuk kami anak beranak berjalan-jalan dan mama tidak lagi perlu menaiki bas untuk ke tempat kerjanya. Kereta kancil keluaran pertama Perodua yang edisi 'Era', warna hitam di atas dan putih di bawah. Kami sangat gembira kerana dapat menaiki kereta baru.

Aku masih ingat lagi ketika itu, kami tiga beradik teringin hendak merasa makan di KFC, melonjak-melonjak kegembiraan kami tiga beradik apabila dapat singgah di restoran itu. Dapat merasa ayam itu mungkin setahun sekali, terlalu nikmat rasannya. Yalah, budak-budak lagi masa tu, suka sangat dengan makanan sebegitu. Tiba-tiba kami ingin membeli mainan di restoran itu. Memang setiap bulan, ada saja mainan yang berbeza di keluarkan untuk menarik pelanggan supaya membeli makanan mereka. Aku juga mempunyai naluri kanak-kanak dan inginkan permainan itu, tetapi mama hanya mampu belikan kepada adik-adikku saja dan katanya aku boleh berkongsi dengan mereka.



Pada ketika itu, aku sungguh terkilan. Setiap kali, permintaan adik-adikku saja yang akan ditunaikan tetapi permintaanku akan ditolak. Dalam kereta on the way balik rumah, aku mengalirkan air mata senyap-senyap melihat adik-adik gembira mendapat permainan itu tetapi aku tidak dapat. Haha, bodoh sungguh anak sulung yang seorang ni kan?

Disebabkan mama bercerai dengan baba, nenek sangat sedih dan kecewa. Dia sangat benci kepada baba. Dia kasihan melihat mama yang masih lagi muda terkontang kanting seorang diri menyara keluarga. Secara kebetulan, wajahku yang mirip baba, lalu dia melepaskan kemarahannya ke atas diriku.

Setiap kali musim cuti sekolah, semua sepupuku akan tinggal di rumah nenek. Mereka akan bermain bersama-sama tetapi aku tidak dibenarkan bermain bersama mereka. Aku dilarang untuk bermain dengan mereka. Nenek menyuruhku duduk di dalam bilik keseorangan. Aku pun duduklah seorang diri di dalam bilik sepanjang hari. Nenek sering memarahiku. Dia sering bilang, dia benci melihat wajahku. Ada saja yang tidak kena dengan wajahku. Waktu makan tengah hari, sepupu-sepupuku yang kebanyakkannya hampir sebaya denganku akan duduk di meja makan dan makan bersama-sama. Tetapi tidak bersama aku. Aku tidak dibenarkan makan bersama mereka. Aku hanya mendengar mereka makan dari dalam bilik. Begitu juga ketika menonton rancangan kartun, aku hanya mendengar gelak tawa mereka dari dalam bilik. Waktu itu aku sangat naif. Tidak ada perasaan ingin memberontak. Aku hanya menuruti saja arahan nenek.



Setelah puas duduk di dalam bilik keseorangan, nenek masuk dalam bilik. Dia bilang pula, aku hanya duduk saja. Tidak buat kerja apa-apa. Menyusahkannya saja. Disuruhnya pula aku berdiri. Dengan naifnya, aku pun berdiri sepanjang hari. Sepanjang hari. Setelah hampir petang, barulah nenek benarkan aku makan. Itupun di dapur dan bukan di meja makan. Memang masa dapat makan, aku makan macam orang kebuluran. Masakan tidak, umur ketika itu orang kata tengah nak membesar, selera makan tengah tinggi. Nenek akan menyuruhku berhenti berdiri keseorangan di dalam bilik apabila waktu mama hendak pulang ke kerja. Dia tidak mahu mama mengetahui apa yang terjadi padaku waktu ketiadaannya.

Aku masih ingat lagi, ada satu hari tu, aku berdiri sepanjang hari, tiba-tiba aku terasa nak terkencing sangat-sangat. Untuk keluar dari bilik, perasaanya sama seperti untuk menyelinap keluar dari penjara yang di kawal ketat oleh polis dan anjing-anjing polis. Aku pun tahan dan tahan sampai terlompat-lompat dalam bilik sorang-sorang macam beruk. Sampai satu tahap, aku tidak dapat tahan lagi, lalu aku terkencing dalam seluar. Dalam hatiku waktu itu, takutnya yang amat.

"Mampos aku!", hati memang berdegup kencang kalau diketahui nenek.

Nasibku memang malang, nenek mengetahui tentang perkara itu. Dia terbau hancing di dalam bilik. Habis dipukul aku oleh nenek. Aku hanya berdiam diri dan menangis saja ketika itu.

Pernah juga, masa itu, nenek bilang dia benci melihatku berada di dalam rumahnya, disuruhnya aku berdiri di luar. Pada ketika itu, tengah hari. Kalau berdiri di luar, panas kot. Aku pun dengan canggihnya berdiri di luar di bawah panas terik. Simen lantai sangat panas. Terjengket-jengket aku berdiri. Bodoh betul, masa itu bukan nak cari selipar buat lapik. Bongok gila. Ceh!

Aku tidak pernah bilang pada mama tentang perkara ini. Aku khuatir, kalau nenek tahu, mati aku dikerjakannya bila ketiadaan mama. Sampailah satu masa, di mana aku tidak tahan lagi, aku pun mengadu pada mama. Waktu itu tengah malam. Mama baru balik dari kerja overtime. Aku mengadu pada mama bahawa nenek sentiasa memarahi dan memukulku. Mama hanya mendengar lalu memelukku. Dia menangis. Pada ketika itu, mama tidak dapat melakukan apa-apa. Kami sekeluarga hanya menumpang di rumah nenek. Mama hanya redha.

Perkara ini berulang sehinggalah mama berjaya membeli rumah teres setingkat. Mama berkerja keras siang dan overtime, dia juga mengambil kerja part time sebagai model sambilan. Mama memang tabah. Dia sangat rajin mencari rezeki demi kami. Waktu itu, kami tidak lagi tinggal bersama nenek. Aku adalah orang yang paling gembira sekali waktu itu. Haha. Zaman kegelapanku akan berakhir.

Sehinggalah beberapa tahun, mama bertemu dengan papa. Mereka berkahwin dan membuka perniagaan dengan sedikit modal dari simpanan mama dan papa. Sedikit demi sedikit, kehidupan kami menjadi selesa. Papa sangat baik. Dia sanggup menyara kami. Dia rajin bekerja untuk melihat kami senang. Aku sangat bersyukur dengan kehadiran papa dalam keluarga kami. Untuk makan di KFC, bukanlah perkara yang mustahil lagi. Papa berjaya membuatkan keluarga kami menjadi lebih selesa dari sebelumnya. Tanpa papa, mungkin kami tidak dapat hidup selesa seperti sekarang. Aku pula tidak lagi perlu hidup dalam zaman kegelepan lagi. Hoorey!!!

Apabila umurku dah meningkat dewasa nenek tidak lagi melakukan perkara itu. Mungkin usiannya yang semakin tua. Aku pun dah boleh berfikir. Kalau nak marah, aku marah dia balik. Eh tak, aku akan senyum dan beri ceramah dekat dia. Eh, entah lah. Walaubagaimanapun, dia tidak lagi melakukan perkara itu.

Waktu raya tahun yang lepas-lepas, mungkin waktu itu aku tingkatan lima, raya pertama kami sanak saudara akan berkumpul di rumah nenek. Tiba-tiba dalam tengah riuh rendah, nenek sujud di kakiku dan meminta maaf kepadaku sambil menangis di atas perbuatannya sebelum ini. Keadaan yang riuh rendah ketika itu bertukar menjadi senyap sunyi. Semua saudara-saudara hanya diam melihat kami berdua seolah-olah menonton drama. Aku hanya terpinga-pinga ketika itu. Tak tahu apa yang patut dilakukan. Aku pun memaafkannya. Hari raya kan. Setelah itu, nenek melayanku dengan baik sehinggalah sekarang sampaikan membuatkan aku berasa kekok pula.

Kuasa tuhan, sekeras-keras hati manusia, lembut juga akhirnya. Di sini aku bukan bercerita untuk meraih simpati sesiapa, tetapi sekadar ingin berkongsi betapa sayurnya aku ketika zaman kanak-kanak. Aku sangat cemburu melihat zaman-zaman hingusan rakan-rakanku. Apapun, aku percaya bahawa setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. ;)

12 comments:

-YukiKo- said...

jojo...ak phm perasaan ko..sbb ak pon pnh rse jugk..ak kecik2 dlu nakal..sbb ak memberontak...mak ayh ak..tglkan ak kat kmpg..tp adek beradik ak yg len...tgl ngn dyorg...lg r prsn ak tyme tu jojo..mak ak bg duet...nenek ak..xbg pon kat ak...mak ak beli mknan sume utk ak..nenek ak bg mknan tu sume kat cucu kesygn dye...tp xpela..bhgian msg2 kan...lgi pon..ble kte lalui sume ni..ade byk kngn..kte ptt rse bersyukr erk...sbb bkn sume org dpt rse..n ak pon bersyukr sgt2..sbb ksh silam kecik2 ak..ak jdi lebh matg..n bleh berdikari sndr...walaupon dr kecik=)..hurm..ak taw mcm mane ko rse taw...huhuhu..xpe la...zmn yg sdeh2 xmo dikenang2...bnde da lps kan..ape pon..ak ske sgt jln cite ko nih..kalo ko soh ak cite blek...ak bleh cite jojo...hafal..huhuu...

jojo said...

hahaha.. xsangka ko pon sama eh. canggihnya!! saje nak kongsi. ko boleh hafal ke cerita ni? power siot~ hahaha.. ok. nanti aku boring2 ko citer balik kat aku ok? hehehe.. thanx yukiko.

*loue me* said...

membaca bingkisan hati kamu membuatkan hatiku sendiri diruntun pilu.sangat perit rasanya jika berada di tempat kamu.kamu seorang yg sangat cekal&tabah.biarpun pernah mendengar cerita ini,tetapi membacanya pula, membuatkan airmataku menitis lagi.kamu itu seorang yg sangat baik.hati kamu itu bersih&suci.yah..[asti ada hikmah disebalik semua ini.smoga hidup kamu sentiasa bahagia hendaknya

jojo said...

yo *loue me*, terima kasih kerana membacanya. hanya ingin berkongsi kehidupan pada masa silam. terima kasih di atas nasihat yg diberikan *loue me*. saya sangat menghargainya. ;)

erm tumpang tanya, awak ni orang malaysia ke orang indonesia? kehkehkeh. gurau saja~

*loue me* said...

mungkin ini adalah akibat daripada menonton sinetron indonesi hampir setiap masa.hehe
tapi masih boleh difahami kan ;p

Anonymous said...

sedihnya cerita awak ni. saya sungguh terharu. ;(

jojo said...

cik loue me, saya pon rasa begitu juga. hehe. terima kasih atas bantuan awak ya. kerana awak blog ini menjadi lebih canggeh dari sebelumnya. toceh!!!

Anonymous said...

ish!biasa2 je

rionix said...

uhuk3.. btul ker niey?
cdih

jojo said...

betui

Anonymous said...

nafsu makan membuak bukan waktu kecik sahaje rafixue...sekarang waktu pie' dah x garang pon hang dok mlantak mcm kene kuarantin sehari.sory bce blok ko senyap2.ak borg kt umah.tata.

jojo said...

hahaha. melantak dengan hang jugak. bukan ngan orang laen pon. kehkehkeh.