Friday, November 11, 2011

Kemerosotan Prestasi

Entry ini khas ditujukan untuk sesiapa yang bakal berumah tangga, baru saja berumah tangga, tengah nak rancang untuk berumah tangga atau pun yang tengah dalam proses penceraian dalam rumah tangga.

Kita dah biasa sangat tengok golongan suami isteri yang berbeza beza umur. Setiap manusia mempunyai cita rasa yang berlainan dan faktor umur bukanlah menjadi satu perkara yang perlu di ambil serius pada zaman sekarang ni. Ada je pasangan yang terdiri daripada 'suami tua dan isteri muda', 'suami muda dan isteri tua', dan juga 'suami isteri sebaya' (atau jarak umur tidak terlalu jauh). Benda macam ni sudah terlalu COMMON ye.

So, apa benda yang kau cuba nak sampaikan ni Encik Jojo?

Baiklah. Biar aku jawab. Dalam jangka masa lebih kurang 30 tahun melayari bahtera perkahwinan, akan ada golongan yang berbeza umur ni bertemu dengan satu bencana yang sangat besar, dasyat dan gila babi. Hambek kau! Lagi dasyat dari kemunculan the one eyed of dajjal yang durjana itu. Oh noooo~

Kepada pasangan yang terdiri dari 'suami tua dan isteri muda', mereka mungkin terlepas dari bencana ni while for those yang terdiri dari pasangan 'suami muda dan isteri tua' dan 'suami isteri sebaya', you may want to read this.

*****

Baiklah, sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita refresh balik subjek Biologi masa form 5 dulu untuk mengetahui dulu apa itu Menopause.

Lesu lesu (source : Google)

Menopause adalah di mana kitaran haid seorang wanita telah pun berhenti. Dalam erti kata lain, dia dah tak datang bulan lagi serta juga sudah tidak boleh mengandung. Ataupun dalam kata erti aku sendiri, men-o-pause maksudnya, lelaki-oh-berhentilah ataupun lelaki-o-tak dapat dah~. Hahaha.

Secara majoritinya, wanita mengalami Menopause pada usia lewat 40-an atau awal 50-an. Apabila wanita mengalami pre-Menopause iaitu tanda tanda awal Menopause, mereka cenderung untuk  kelesuan, stress, kerisauan, dan maybe prestasi di ranjang akan merosot. Haaaaa!!! Ni lah dia. Kemerosotan prestasi ni.

Jadi, mari kita lihat apakah siknifikasinya kemerosotan prestasi ni terhadap pasangan suami isteri yang aku dah listkan tadi.

 *****
Suami tua dan isteri muda

Katakan lah si suami berkahwin pada umur 40 tahun dan isterinya ketika itu berumur 18 tahun (sedap ah kau suami), selepas melayari bahtera perkahwinan selama hampir 30 tahun, suami akan berumur 70 tahun, dan isteri akan berumur 48. Peringkat manopause isteri mungkin baru nak jadi. So, Kemungkinan kemorosotan prestasi mungkin tidak menjadi serius isu bagi pasangan seperti ini. Si suami masa tu nak telan ayak liuq pun susah siap sampai meleleh kat dagu yang kerepot kedut tu, takkan la kot ek? Melainkan kalau si suami ni masih memiliki nafsu yang amat amat amat perkasa walaupun di peringkat usia 70-an. Kubur dah memanggil tu pak cik oi~

Suami muda dan isteri tua

Katakan lah si suami berkahwin pada umur 18 tahun dan isterinya ketika itu berumur 40 tahun ( Rita Rudaini boleh ), selepas melayari bahtera perkahwinan selama hampir 30 tahun, suami 'baru' berumur 48 tahun, dan isteri akan berumur 70 tahun (subanallah!). Ini dah bukan peringkat menopause lagi, ini dah boleh pergi mampos.

Cuba bayangkan, si suami yang tengah berada di zaman 'up'nya, balik dari tempat kerja dengan berpakaian yang segak, kemeja yang kemas, tuck in dalam suar, siap tie lagi, balik rumah nak tengok bini, tengok tengok bini tengah terbongkok bongkok kat hall rumah sibuk duk cari gigi palsu tercicir atas lantai. Ohhhh my~ Tak pun, balik balik je rumah, bini tengah sibuk kat dapur tengah menggoreng pisang dengan baju T-shirt size bapak besar siap gambar dacing dan tulisan BN besar besar kat belakang T-shirt tu. Muka bini siap comot dengan tepung jagung lagi. LOL.

Orang kata, Men's life start at 40. Masa tu adalah kemuncak hidup bagi lelaki. Masa tu lah pangkat dia tengah besar, masa tu lah duit dia tengah banyak, masa tu jugak la dia tengah dok usha pungkoq bisnes tu bisnes ni. So, lelaki masa tu tengah sedap kot. Nafsu pulak ada satu je. Tapi isteri dia dah 70. Oleh itu, prestasi akan merosot atau telah gagal sama sekali. Mungkin sebab tu lah kita selalu dengar dato' dato' curang bersama Fasha Sandha, Tan Sri pi kawin kat siam atau pun YB memelihara perempuan simpanan. Ataupun juga, terjadi lah Al-Poligamiyah. Kesian~

Suami isteri sebaya

Kes ini lebih kurang sama macam di atas cuma pabila berjaya melayari bahtera sehingga tahun yang ke-30, apbila si suami tengah berada dalam peringkat kemuncak hidup tetapi si isteri pula baru nak sampai ke peringkat manopause. Kemerosotan prestasi mungkin boleh berlaku ye.

*****

So in conclusion, kesemua golongan pasangan suami isteri di luar sana, diharapkan anda dapat mengatasi masalah kemerosotan prestasi ini sebaik mungkin. Ini kerana, ramai yang beranggapan bahawa perkara ini adalah remeh. Ungkapan 'patah tumbuh hilang berganti' memang sangat sesuai pada waktu dan ketika itu. Siapa mahu apabila selepas hampir 30 tahun bersama, rumah tangga anda hancur berkecai kerana hal yang anda anggap remeh ini. Tak mauuuuuu~

Pasti ada jalan penyelesaiannya. Aku tak tau sebab aku tak kahwin lagi. Terutamanya kepada kaum wanita, anda sayangkan suami anda? Next 30 years, if this matter occurs, go find Durex the best solution for the sake of your own marriage. My suggestion, jagalah badan. Jangan terbarai gemuk gedempol pas kawin~ Tapi kalau suami buncit sexy k.

Peace.

4 comments:

*loue me* said...

mungkin ada benarnya.so en j0j0,silalah cr budak sk0la.kalau bdk tadika lg bgs

jojo said...

perrghhhh. sungguh pedas komen anda. kahkahkah.

Anonymous said...

btul2 wat aku rase nk p adjust bdk darjah 6 yg dpt 5A ari 2..

jojo said...

amboi!! pedophilia? hahaha