Tuesday, February 21, 2012

Anniversary

Sehingga ke hari ini, 14 Feb 2012, genap 2 tahun kami berkahwin. Aku memang sengaja memilih tarikh Valentine's Day sebagai tarikh perkahwinan kami sebab aku seorang lelaki yang sangat romantik. Ya, memang aku akui, ramai wanita cair dengan ungkapan yang aku tuturkan setiap kali berbicara dengan mereka. Walhal, aku sedikit pun tidak terniat untuk melakukan sedemikian.

Bagi aku, aku hanya bercakap biasa, sama seperti orang lain. Mungkin ada benarnya mengenai cerita yang pernah mama ceritakan kepada aku dahulu. Semasa mama mengandungkan aku, mama mengidamkan segala jenis gula gula yang ada di muka bumi ini. Entah mengapa keinginan mama terhadap gula gula sangat tinggi menggunung pada waktu itu. Mungkin ada kaitannya juga dengan sifat semula jadi aku yang sangat sweet talker pabila berbicara ini.

Hari ini aku ingin membuatkan satu kejutan kepada isteri yang tercinta. Setelah dua tahun berkahwin, kami masih lagi bersama dan aku ingin memberi hadiah kepadanya sebagai tanda penghargaan kerana kesetiaan dan kasih sayangnya terhadap aku.

Pagi ini, aku bangun lebih awal dari kebiasaan. Aku bangkit dari katil senyap senyap supaya isteri ku tidak terjaga dari tidur. Aku pergi menyediakan sarapan untuknya. Dua keping roti bakar bersama air fresh oren adalah menu pilihan untuk sarapan pada pagi ini. Aku susun roti tersebut di atas pinggan bersama segelas air fresh oren jenama Twister. Setangkai bunga ros merah yang baru di petik di halaman rumah sementara menunggu roti di bakar menjadi penyeri hidangan untuk hari ini. Aku hidangkan kesemuanya dia atas dulang putih bercorak bungaan pink.

Perasaan teruja bercampur gugup menerjah di dalam sanubariku. Seolah olah seperti ingin melafazkan ungkapan 'aku cinta padamu' buat pertama kali pada orang paling dicintai. Setelah setahun aku tidak melakukan kejutan seperti ini, agak kekok juga lah walaupun aku sudah merancang perkara ini 3 hari yang lepas. Perlahan lahan aku membawa hidangan masuk ke dalam bilik. Kelihatan isteriku masih lagi nyenyak tidur di atas tilam dan beralaskan bantal yang empuk. Berseri sungguh wajah isteriku ketika tidur nyenyak. Geram pulak aku tengok. Rasa nak.... eeyyhhhhh.

"Sayang"

"Hmm"

"Good morning princess"

Isteri membuka mata perlahan lahan sambil tersenyum manja.

"Happy Anniversary sayang", ucapku dengan senyuman.

"Ouuhh... Happy Anniversary too", balasnya sambil mengeliat seksi.

"I buatkan breakfast untuk U. Canggih kan I?"

Isteri senyum sambil ketawa manja. Matanya menjeling ke arahku seolah olah ingin memerli dan mempertikai kehebatan aku menyediakan sarapan untuknya.

"Bila hari U buat breakfast ni sayang?"

"Tadi la. I bangun awal sikit. Makan la. Lepas ni pergi mandi sama sama ya. Nanti kang kita lambat nak pergi kerja"

"Baeeekkkkkk". Isteri terus menggigit sekeping roti dan sekeping lagi disuapkannya kepadaku.

"Nah minum fresh oyen", aku hulur kepadanya.

"Eh tawarnya U buat fresh oyen ni sayang", wajahnya berkerut manja. Mulutnya muncung.

"Jangan nak mohong eh. Tu air twister la. Mustahil tawar ok"

"Hihihihi"

Aku terus menggeletek pinggangnya sebagai balasan dia mengusik aku.

Kami ketawa riang bersama pagi itu.

Tiba tiba....

Aku pun terjaga dari tidur. Owh, rupa rupanya aku bermimpi. Aku belum kahwin lagi.

K bye!


P/s: Ending yang sangat typical shit. Kahkahkah.

2 comments:

Anonymous said...

sedar2..tilam basah..rupenye..aku bermimpi..yakni mimpi basah..hahahahha...

Shimizu said...

sweet sangat~~, tapi mimpi rupenye? ingat ko betul dah kawen cehh. haha