Tuesday, August 3, 2010

misteri tasik kunang meranti part 2




"RIZAL!!" teriak Sofia secara tiba-tiba.

Aku tersentak dengan jeritan Sofia. Sofia seperti menjumpai sesuatu di atas tanah. Aku mendapatkan Sofia dan cuba memastikan apakah yang sebenarnya berlaku.

"Ini darah ni. Darah apa ni Rizal? Darah ni datang dari mana ni?", bertalu-talu soalan diajukan kepadaku.

Mataku terbutang luas dengan apa yang aku lihat. Aku sangat terperanjat dengan darah yang Sofia temui. Darah pekat di atas tanah jelas kelihatan walaupun keadaan malam hanya diterangi bulan. Darah tersebut seperti dari seekor lembu yang disembelih pada hari raya kurban. Bau hanyir darah yang pekat itu sudah mulai menusuk kedalam nafasku. Sangat busuk baunya sehingga membuatkan tekakku berasa kembang. Baunya hanya tuhan saja yang tahu.

Tiba-tiba mataku terpandang sesuatu berdekatan dengan darah yang kami temui. Jam tangan. Jam tangan Farah. Aku sangat pasti jam itu adalah jam tangan Farah kerana jam itu jenama Baby-G. Farah merupakan seorang anak orang berada yang sentiasa hidup dalam kemewahan. Apa saja yang dipinta pasti akan ditunaikan oleh ayahnya. Ibunya pula telah meninggal dunia sejak Farah berusia 12 tahun kerana diserang penyakit kencing manis. Jam tangan berwarna merah jambu itu adalah jam tangan pemberian terakhir oleh arwah ibunya semasa dia menyambut hari lahirnya yang ke-12. Farah sentiasa menceritakan kepada kami bahawa dia sangat rindukan arwah ibunya lebih-lebih lagi apabila hari ibu menjelang. Jam tangan itulah menjadi pengubat rindu terhadap ibunya.



Jam tangan itu aku ambil dan menunjukkan kepada Sofia.

"Ini Farah punya kan?" soalku kepada Sofia walaupun aku tahu milik siapa jam itu. Sofia mengambil jam itu dari tanganku. Dia membelek-belek jam yang kelihatan usang itu.

"Haah. Farah punya ni. Dia tak pernah tanggal pun jam tangan ni walaupun mandi. Macam mana boleh ada kat sini ni?" Sofia menyoalku.

Aku sudah berasa tidak sedap hati. Jantungku mula berdegup pantas. Terasa bagaikan baru saja selesai berlari pecut 100km pada hari sukan. Aku memerhati Sofia. Wajahnya yang ceria sebentar tadi berubah menjadi gelisah dan gundah. Dahinya berkerut memandangku meminta penjelasan. Dia juga sudah mulai panik. Botak, Farah dan Hanif sudah hilang entah kemana. Darah ini pula entah datangnya dari mana. Adakah darah ini milik rakan-rakanku? Apakah yang terjadi kepada mereka? Adakah mereka dibaham oleh haiwan ganas? Aku ralat.

"Sofia, cuba kau call diorang.", arahku.

Sofia segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket belakang seluar jeansnya lalu mendail nombor salah seorang rakan kami. Kelam kabut dia mencari nombor dari contacts telefonnya. Sesekali dia melihat ke arahku dan sesekali dia berpaling ke bawah. Lagaknya tidak ubah seperti seorang ibu yang kehilangan anak kecilnya di tengah pasaraya.

"Tak dapat. Engaged.", Sofia mengeluh.
"Cuba lagi. Cuba call yang lain pulak.", pintaku.
"Tak dapat jugak la. Macam mana ni Rizal? Apa yang dah jadi ni?", balas Sofia setelah gagal beberapa kali untuk mendapatkan rakan-rakanku yang lain.

Kepalaku tiba-tiba berasa panas. Panas yang seolah-olah diletakkan bara di bahagian belakang kepalaku. Kebas rasanya. Kemudian kakiku pula terasa kaku. Berat sungguh untuk bergerak. Aku tidak dapat mengawal tubuhku. Aku tersungkur di atas tanah. Pandangan aku mulai kabur. Begitu juga dengan pendengaranku. Bintik-bintik hitam mulai memenuhi ruang pandanganku. Seolah-olah semut-semut halus berterbangan ke sana sini. Aku lemah. Aku mendengar Sofia menjerit-jerit memanggil namaku dan meminta tolong.

Sayup-sayup suara Sofia di gegendang telingaku. Semakin lama semakin senyap pendengaranku. Kemudian aku menjadi pekak. Mataku pula tidak melihat apa-apa lagi. Apakah yang terjadi padaku? Aku pengsan.

bersambung...

5 comments:

-YukiKo- said...

jojo....
hurm..sye rse...cre penulis awk smkin maju..
mudh utk mmbygkan keadaan...dan lbh pghytn dr sblm nye....
cumenye......
kot ye pon nk nmpk real....biar la logik....
sbgai conth....bru lps lari 100km??jaoh tu 100km...tp xpe..mybe typing error....
um..lg satu...mgkn awk ade mslh dlm pnggnaan istilah....contohnye....haiwan ganas....haiwan bukan ganas....tp haiwan buas....mcm bulu yg awk tgk....bukan bulu tebal..tp bulu lebat...
ape pon...troskan...sye akn tros menjadi pmbce setie ^,^

-YukiKo- said...

ha..jojo....
lagi stu...lupe pulak...
psl gmb...
kalo awk bce novel...awk hnye akn nmpk....1 gmb je..btl??
iaitu..cover dye....cnthnye....nvl 9 nyawe...
ade gmb mate kucing kan...ble org sebut je...
kmu akn bygkan kave dye..dr situ..awk bleh ingt jln crite....
so...cbe cri identiti utk cerpen awk ni....
kalo berdsrkan tajuk...gmb yg mule2 mse part 1 tu sesuai....
mgkn bg awk xpntg....
tp..cb awk bygkan...kalo awk ltk byk2 gmb...
cnthnye..gmb drh..gmb jam....nnti si pembce..
xdpt nk fokuskan identiti crite awk...
so...fokus pd 1 identiti utk crite ni...
lgpon.kalo cte da suspen....da bygkan psl jam si farah sume...tbe2 pulak gmb jam baby-g...
siyes..hlg tumpuan....sbb jam kat gmb tu cntk..
xsme dgn yg awk describe...
walaweh..byk gile komen...ok fren...gambatte!!

jojo said...

ahahaha.. bahasa melayu saya mmg sangat lemah la. yang 100km tu mmg lansung xsengaja. aiseh. yang pasal gambar tu, mmg sengaja nk letak gambar supaya pembaca leh describe dengan setiap entry supaya mereka boleh lebih memahami jalan cerita. mungkin memerlukan gamba yang lebih sesuai untuk penghayatan yang lebih dasyat. i'll improve on that. thanx frenz. i love ur comments. plz feel free to drop as many comments as u like. i'll take everything and bear in mind. tq so much fren. ;))))

*loue me* said...

xsangka yg u ada bakat dlm bidang penulisan. walaupun i bukanlah mahir/pandai dalam bab mengarang ni tp i rasa i ada potensi. mungkin blh digilap lagi

tp mungkin u kena tgk blk vocab sbb ada yg salah.im not sure whether it's typo or what..

*sila la sambung.xsabar nk tau citer selanjutnya

jojo said...

oh pasal tatabahasa itu mmg diakui sangat lemah. masih banyak yang perlu di perbaiki. terima kasih ya *loue me* dengan comment anda. i really appreciated it. owh tentang cerita selanjutnya, akan di sambung jika ada permintaan yang tinggi dari peminat yang melampau-lampau. kalo xde sape yg mintak xnak buat. ehh, tak tak, gurau je. nnti i sambung ya. hee~