Aku sekarang baru menempuh alam pekerjaan untuk menampung diri sendiri. Walaupun still banyak lagi benda yang aku belum berupaya untuk tanggung macam bayar bil air, api, bayar kereta tiap tiap bulan, roadtax kereta, zakat (ni paling aku malas) dan macam macam lagi sebab aku duduk dengan mak bapak lagi, tapi at least aku dah mula hidup berdikari sikit sikit dengan hasil titik peluh yang aku perolehi tiap tiap bulan. Tapi, aku tak puas. Hari tu jumpa RM60 ribu lebih pun rasa tak cukup lagi.
Aku teringin nak beli macam macam. Aku nak pakai gadget canggih canggih, nak kereta laju laju, nak rumah besar besar
So, apakah jalan penyelesaiannya?
Jom rompak bank!!!
source : Google |
Kawan aku, Raflan, ayah dia kontraktor renovation bank. Dia pernah ikut bapak dia buat kerja. Dia ada pelan struktur bank yang bapak dia pernah renovate dulu. Dia tau kat mana kedudukan peti simpanan duit. Dia tahu sistem alarm bank tu camne. Dia memang tahu keadaan sebenar bank yang dia pernah buat dulu. Tinggal nak pilih je bank mana yang nak rompak tu. Perghhh.
Kawan aku lagi sorang, Azrai, dia pulak ada kelebihan untuk tackle orang dalam bank tu. Selalunya kita kena kawtim dengan manager bank tu dulu baru lah rompakan ni boleh berjalan dengan lancar tu. Selalunya jugak, manager bank ni tergolong dalam orang tua tua. Dia ni pandai cakap. Perangai macam atuk atuk pegi surau tu. Kalau bersembang dengan orang tua tu, sampai masuk waktu maghrib pun tak habis tu. Tu dia!
Kawan aku lagi sorang, Akbar, dia pandai komputer komputer ni. Aku rasa la, nanti aku tanya dia balik betul ke dia pandai pasal komputer ni. Dia boleh tolong cari jalan camne nak akses masuk dalam bank semasa sistem penggera bank tu aktif or maybe dia boleh diactivatekan alarm system bank tu. Betul ke camni?
Kawan aku lagi sorang, Azlan, dia ni... herm, nanti ada la tugas untuk dia. Aku takut nanti tengah tengah nak rompak, penyakit gaout dia datang. Leceh leceh.
Kalau berjaya, kitorang split duit tu sama rata. Kalau tak berjaya, kita split katil masing masing dalam penjara.
LOL.
Amaran keras: Jangan cuba tiru benda ni. Hanyalah rekaan semata semata dari penulis. Kang aku kena tangkap pulak. -_-"
Eh, mana part aku dalam rompakan ni?
4 comments:
tak penah kene lempang ke??nak rase??ahahahhahaaaa
hahaha.. jangan jattt.. sakit woo kena lempang. hehehe
Serious kelakar giler.lu memang berbakat la der.wa kagum tul.
wa yg tgh tension, dahi kerut-kerut nak praktis utk presentation esok, terus terbahak2 baca lu punya entry
good job!
ye ke ye ke? hehehe..
sejak bila lu jadi minah rempit ni? ganaassssss
Post a Comment