Thursday, December 16, 2010

misteri tasik kunang meranti part 9

Aku menikmati keindahan suasana di Kampung Jelaga Hijau yang sangat nyaman. Petang yang sebegini sempurna bertemankan bunyi-bunyi burung berkicauan serta angin yang sepoi-sepoi bahasa tidak pernah aku nikmati seumur hidup aku. Aku baring di bangku di tepi rumah Fergon sambil memandang ke dahan pokok yang menghijau. Aku amat amat terpesona sekali dengan tumbuhan di sini.

"Rizal", tiba-tiba datang suara tua dari belakang tempat aku baring. Aku bangkit lalu menoleh ke belakang.
"Oh, pak cik tua, eh, pak cik Fergon. What's up?", balas spontanku.
"Aku baru saja pulang dari kediaman Isabela, rakan baikku.", Fergon memulakan perbualan. Aku hanya mengangguk menumpukan perhatian kepadanya.
"Sedang aku berbual dengan rakanku itu, tiba-tiba muncul seorang lagi anak adam sepertimu.", ujar Fergon lagi.

Aku tersentak dengan kenyataan Fergon itu. Dalam fikiranku hanya memikirkan, Sofia, Hanif, Botak dan Farah saja. Mungkin salah seorang dari mereka.

"Siape je pak cik? Lelaki ke perempuan? Rambut panjang ke botak?", bertubi-tubi soalanku diajukan kepada Fergon.
"Kelihatannya anak adam itu seperti kecil sedikit susuk tubuhnya dari kamu. Bahunya lebih halus dan rambutnya lebih panjang sehingga ke pinggang. Ada dua bonjolan besar di dadanya.", terang Fergon.
"Sofia!", teriakku. Aku pasti itu adalah Sofia. Susuk tubuh yg lebih kecil dan rambut panjang. Farah berambut pendek ala-ala penyanyi Rihanna dan tubuh Botak dan Hanif tegap-tegap sepertiku. Memang itu adalah Sofia!
"Dia ada kat mana je sekarang pak cik?", soalku pula.
"Di kediaman Isabela. Kamu kenal siapa anak adam itu?", soal Fergon pula.
"Kenal sangat pak cik. Kami sebenarnya berlima. Saya dan empat orang rakan saya telah berpecah sejak pasukan helang datang tempoh hari. Dia selamat tak pak cik?", aku begitu risau dengan keselamatan Sofia.
"Iya, dia selamat. Usahlah kau khuatir.", ujar Fergon.

Aku mengangguk kegembiraan. Ternyata rakanku itu masih lagi selamat setelah kami terpisah pada malam yang dasyat itu.


bersambung...

misteri tasik kunang meranti part 8

"Kemari kau anak adam.", Isabela memanggil Sofia. 

Sofia yang ketakutan dan panik hanya menuruti saja arahan Isabela. Sofia berjalan perlahan-lahan. Setapak demi setapak dia masuk ke perkarangan rumah Isabela. Fergon hanya memerhatikan saja tingkah laku Sofia sambil mengusap usap janggut putihnya yang lebat itu. Kini Sofia sedang berdiri dihadapan Isabela dan Fergon. Dia menunduk ke tanah kerana takut. 

"Lihat ke arahku wahai anak adam. Dari mana engkau datang?", soal Isabela kepada Sofia. 

Sofia mendongakkan kepalanya perlahan-lahan untuk menjawab. Tiba-tiba terdetik di hati Sofia bahawa wajah Isabela seperti sangat dikenalinya. Dia berkerut memikirkan wajah Isabela yang dikenalinya tetapi dia tidak pasti siapakah orangnya. 

"Saya lari dari tahanan. Ada penjahat yang tangkap saya ketika saya sedang berkhemah di tepi tasik.", jawab Sofia terketar-ketar.
"Siapakah penjahat yang kamu maksudkan itu?", kini Fergon pula bertanya.
"Mereka ramai dan menaiki burung helang. Saya tidak tahu apa yang mereka mahukan.", Sofia menerangkan kepadan mereka berdua.
"Pasukan helang!", Fergon terus berdegus tatkala mendegar jawapan dari Sofia.
"Tolong la saya. Kawan-kawan saya yang lain telah hilang. Saya sangat takut.", ujar Sofia lagi.

Isabela membelek wajah Sofia yang bercalar balar dan kotor dengan lumpur. Dia tahu bahawa Sofia bukanlah musuh.

"Mari, kau perlu bersihkan diri kau. Kau selamat dengan aku di sini." Isabela mengajak Sofia masuk kedalam kediamannya.
"Baiklah, aku harus pulang segera Isabela. Ada perkara yang perlu diselesaikan.", Fergon seperti tergopoh-gopog hendak pulang dengan segera. 

Isabela mengangguk lalu membawa Sofia ke dalam. Sofia ikut Isabela dari belakang sambil melihat kecantikan rumah Isabela. Dia kelihatan tergamam melihatnya.

bersambung...

Thursday, December 9, 2010

Ikan Bakar Gang

Sedang aku melepak bersama rakan-rakanku di kedai mamak, tiba-tiba customer kat sebelah meja aku order air.

"Air limau suam satu bos".

Serta merta aku terkenang zaman di mana aku bersama teman-teman seperjuangan semasa aku belajar di kolej dulu.

Teman baikku sering kali meminta air suam sebagai minumannya. Yang uniknya, air suam tersebut perlulah disertakan sekali dengan straw. Kebanyakkan air panas atau suam tidak perlu disertakan sekali strawnya tetapi temanku mewajibkan perkara itu. Tersengih aku seketika tatkala mengimbau kembali pesanannya kepada waiter kedai.

"Air suam satu ye bang, letak straw eh", dengan riaksi muka yang tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Straw? Ok ok", muka abang waiter yang berkerut habis.

Bagiku, zaman kolej merupakan zaman yang paling indah sekali. Di saat itu lah aku belajar macam-macam perkara. Pelbagai ragam manusia aku temui. Ada yang baik hati, peramah, menyenangkan, dan juga sebaliknya. Pada waktu itu jugalah aku belajar apa itu erti sahabat. Sahabat sehidup semati dan juga sahabat yang menikam belakang kita.

Kenangan ini terlalu bernilai bagi aku. Memang tidak mungkin aku akan melupakan mereka.

Sintok, Tangsai, Nabul, dan Fisoi merupakan rakan yang seringkali menjadi teman aku kemana-mana saja aku pergi.

Setiap orang dari mereka memiliki keistimewaan yang tersendiri. Mereka semualah yang menjadi penghibur hatiku apabila aku kesedihan atau kelesuan. Seperti Sintok, dia suka ketawa kuat-kuat. Tangsai pula memang pandai buat muka macam orang baru lepas kena lempang kat mulut. Nabul pula, suka lari dari topik perbualan dan selalu menjadi bahan ketawa kami. Fisoi pula, hermm... mungkin sengihnya sudah cukup menggambarkan betapa istimewanya dia. Heee~

Waktu kemuncak perhubungan kami adalah apabila di penghujung pengajian dimana final exam sudahpun selesai. Kebanyakkan projek dan assignments sudah pun di hantar. Saat itu merupakan saat paling berharga sekali. Masa tu, masing-masing ingin melakukan segala-galanya bersama-sama kerana kemungkinan kami semua memang tidak akan berjumpa lagi selepas tamat pengajian. Sintok orang Negeri Sembilan. Tangsai pula orang Kelantan. Nabul orang Pahang. Fisoi yang paling hebat sekali, dia dari Sarawak. Aku pula orang Selangor.

Sejak itu, kami menghabiskan masa-masa yang ada bersama. Setiap kali keluar, kami akan menaiki kereta. Kereta kepunyaanku. Keretaku agak kecil dan sempit, tetapi mujurlah badan mereka bersaiz sederhana saja. Memang muat kelima-lima orang dalam kereta itu. Mujur~

Hampir setiap malam, kami keluar bersama. Kami akan makan malam bersama-sama. Percaya atau tidak, hampir setiap malam merupakan malam berkaroke. Aku masih ingat lagi, mula-mula ingin berjinak dengan karoke,  boleh dikatakan  masing-masing agak teruja untuk memegang microfon dan melontarkan vokal masing-masing dengan penuh keyakinan. Tapi bila dah selalu sangat berkaroke, suara pun dah mula macam ella dan aspalela, nak nyanyi pun dah sekerat-sekerat saja. Hahaha.

Menonton wayang pula tidak kurang hebatnya. Masa itu, semua cerita di panggung menjadi sasaran kami. Baik cerita melayu, cina, orang putih, yang ada 3D, yang tiada 3D semua kami balun. Wang ringgit bukanlah menjadi isu waktu itu. Kami tidak pernah berkira tentang itu. Waktu kelapangan bersama-sama merupakan perkara yang lebih penting dari wang ringgit. Kami sedar, masa yang ada perlulah digunakan sebaik mungkin.

Mandi air terjun bersama-sama. Nabul dan Sintok akan menyediakan roti sandwich tuna dan kami yang lelaki akan makan dengan lahap sekali. Perjalanan nak ke air tejun agak lasak. Bukan senang nak naik ke sana kerana air tejun yang kami pergi merupakan air terjun di bukit. Sepanjang perjalanan hendak naik ke atas, macam-macam rupa ada. Berpeluh-peluh, mengah-mengah, kecah-kecah dan sebagainya. Hahaha. Tetapi kepuasan dapat dikecapi apabila sampai ke destinasi. Segala penat lelah akan terubat kerana pemandangan dan kejernihan air terjun amat menakjubkan sekali.

Dan banyak lagi perkara yang kami lakukan bersama-sama. Kalau hendak diceritakan disini, memang tidak akan habis.

Tetapi kini mereka semua sudah pun pulang ke tempat asal mereka. Masing-masing pulang dan tinggal semula bersama-sama keluarga masing-masing. Mereka akan meneruskan hidup mereka seperti orang lain. Mereka akan berjumpa dengan rakan yang baru. Mereka akan mencipta kenangan yang baru bersama rakan-rakan mereka.

Entah bila aku dapat berjumpa dengan mereka semula.

Entah bila aku dapat membawa mereka keluar bersama-sama menaikki keretaku yang kecil dan sempit.

Entah bila aku dapat mendengar suara mereka berkaroke.

Entah bila aku dapat melihat kekerutan muka abang waiter tatkala Sintok memesan ari limau suam letak straw.

Entah bila lagi aku melihat wajah lucu Tangsai menceritakan kisah-kisah lucunya.

Entah bila aku dapat mendengar dialek Sarawak Fisoi bercakap.

Entah bila aku akan kecapi itu semua lagi.

Aku percaya, jauh di sudut hati masing-masing, kenangan yang telah kami bina bersama suatu masa dahulu di sepanjang perjalanan kami di kolej, memang tidak akan dilupakan sehingga ke akhir..... HAYAT~

P/s: Aku akan merindui kalian.

Monday, October 18, 2010

khas buat kamu

6.30am
Aku mahu kamu yang membangkitkan aku dari tidur di pagi hari
Aku mahu senyumanmu menghiasi mataku setiap kali melihat
Aku mahu pelukanmu menjadi penyegar tubuhku untuk bangun dari tempat tidurku
Aku mahu ciumanmu yang singgah di wajahku sambil kedengaran 'good morning sayang'

8.00am
Aku mahu menikmati hidangan pagi dari air tanganmu
Aku mahu kamu menyuapkan roti ke dalam mulutku
Aku mahu kamu membetulkan tali leherku yang senget itu
Aku mahu kamu mencium tanganku sebelum aku meninggalkan rumah

12.30pm
Aku mahu menelefonmu dan ingin mendengar suaramu
Aku mahu mengetahui apakah menu masakanmu hari ini
Aku mahu kamu baik-baik saja dirumah sementara aku sedang bekerja
Aku mahu kamu tahu bahawa aku sudah mulai merindui belaian mesra darimu

4.00pm
Aku mahu memberitahu bahawa kerja di pejabat sudah hampir selesai
Aku mahu kamu menyambut kepulanganku di rumah
Aku mahu memelukmu lagi
Aku mahu merasai kehangatan itu lagi

5.30pm
Aku mahu kamu terseyum riang dikala aku tiba dirumah
Aku mahu kamu mencium tanganku kerana ketaatanmu sebagai isteriku
Aku mahu melihat wajahmu dan kemudian lenyaplah penatku
Aku mahu menceritakan kepadamu segalanya yang terjadi hari ini

7.30pm
Aku mahu berjemaah maghrib denganmu
Aku mahu menjadi imam kepadamu
Aku mahu kamu menjadi makmumku
Aku mahu berdoa kepada tuhan agar kita sentiasa bersama

9.00pm
Aku mahu makan malam semeja danganmu
Aku mahu menonton televisyen di sampingmu
Aku mahu kamu mengurutku manja ketika itu
Aku mahu mendukungmu tatkala kamu terlelap di ribaku

10.00pm
Aku mahu mengusap dahimu ketika kamu sedang lena di buai mimpi
Aku mahu memberitahu bahawa aku terlalu bersyukur dengan kehadiranmu
Aku mahu memelukmu supaya kamu tidak kedinginan malam ini
Aku mahu tidur di sebelahmu

Sayang,
Aku mahu kamu menjadi pasangan sehidup sematiku
Aku mahu membina keluarga bersama kamu
Aku mahu kehidupan seharianku begini selamanya
Aku mahu sentiasa bersama kamu
Aku mahu kamu

p/s: loving you is never a regret.

Wednesday, September 8, 2010

mari menconteng

Dari dulu aku teringin nak install adobe illustrator(A.I) sebab aku sangat terpesona dengan satu video yang aku tonton dekat youtube. Tajuk dia lebih kurang 'speed painting'. Tapi yang 'speed panting' aku tak berapa sure la dia guna software apa. Aku rasa maybe guna software A.I la kot. Pastu entah macam mana dorm mate aku ada installer dia. Aku pun suruh dia tolong installkan and minta dia ajar sikit-sikit basic nak guna AI tu. Setelah aku menggodek-godek sana sini, inilah hasilnya. Awek vampire!!! GRR~





sebelum colour





ketika colouring process



finally

Buruk nak mati. Hehehe. Gambar ini ada pengaruh anime sebab masa kecik-kecik aku suka tengok kartun jepun. Mungkin lepas-lepas ni nak belajar dengan lebih mendalam lagi macam mana nak pakai AI ni.

"It's not what you do, but the way you do it that's important. Whatever you do, do it with all your heart. Be what you are,be creative.- Denny Dent, traditional speedpainter.

P/s: sexy tak? kehkehkeh.

Tuesday, August 31, 2010

her

We are so different from each other
i saw u years ago but you don't even recognize me
everyday I imagined us to be together
Even though I thought it was impossible for you to like me

i never had the guts to approach you
cos' I thought you were an angel coming from the sky
and i was just an ordinary boy who never stop thinking of you
every time we met along the way, i could not smile but just sigh

can we be friends?
that was the first question i asked
and i was lucky cos' you said yes
I've never been so excited and I was like YES!!!

until now i am so grateful
cos' God sent me an angel to take care of me
an angel who loves me more than anything
an angel who would do anything for me

everyday i pray to God
i told Him i don't want to lose her
cos' without her, my soul would be empty
and my heart will stop beating


i love u tanto mi ángel

Saturday, August 28, 2010

misteri tasik kunang meranti part 7

AVION mengelamun sambil duduk di atas kerusi kayu. Dia duduk mendiamkan diri sambil mengusap-usap janggutnya yang putih itu. Dia kini berada di kediaman Isabela. Dia duduk di luar perkarangan rumah Isabela sambil menanti kedatangan rakan baiknya itu.

Kediaman Isabela terletak di kawasan yang agak terpencil dan jauh dari Kampung Jelaga Hijau dan juga kampung-kampung bunian yang lain. Kawasan rumahnya sungguh sejuk kerana dipenuhi dengan pokok-pokok yang menghijau menghiasi sekeliling rumahnya. Di tengah-tengah kawasan rumahnya pula terdapat kolam kecil yang bersinar-sinar apabila terkena cahaya matahari. Di tanah pula tiada ruang untuk melihat apa-apa selain dari rumput yang menghijau meliputi seluruh kawasan kediaman rumanya yang begitu cantik itu. Kediamannya begitu indah walaupun dilihat dari pelbagai sudut. Keindahan kediamannya sama seperti kecantikan wajah kepada tuan rumah itu.

Avion perlu bertemu dengan Isabela kerana dia ingin berbincang mengenai kekacauan yang dilakukan dengan pasukan helang tempoh hari. Isabela merupakan bunian yang sangat bijaksana dan memiliki pemikiran yang tajam. Avion sedar bahawa Jirgos ingin merampas takhta dan kuasa pemerintahan Avion. Jikalau perkara itu menjadi kenyataan, habislah keharmonian dan kesejahteraan penduduk bunian di Kampung Jelaga Hijau serta perkampungan yang lain. Jirgos merupakan seorang yang sangat kejam. Dia tidak layak untuk memerintah. Dia hanya inginkan kekuasaan supaya semua rakyat jelata tunduk kepadanya. Avion mengeluh.

"Riak wajah kamu sangat merunsingkan wahai Avion.", sapa Isabela dari belakang.

Avion terjaga dari lamunan apabila dia di sapa oleh rakan baiknya, Isabela. Isabela duduk di sebelah Avion. Wajahnya putih berseri-seri membuatkan sesiapa yang memandang pasti akan terpukau. Isabela hanya tersenyum melihat wajah Avion yang runsing itu.

"Katakan kepadaku wahai Avion. Apakah hajat kau ke sini?", soal Isabela.
"Aku ingin meminta pertolongan dari kau Isabela.", Avion menjelaskan hajatnya.
"Apakah pertolongan yang kau mahukan?", soal Isabela lembut.
"Kau tahu pasukan helang telah pun meracuni sungai di kampungku. Mereka kini bertindak lebih rakus lagi Isabela. Mereka benar-benar ingin merampas kerajaan bunian.", terang Avion.

Isabela hanya mengangguk memberi senyuman sambil melihat ke arah rakannya yang terlalu risau itu.

"Bukankah kau mempunyai bilangan askar yang ramai untuk menewaskan mereka?", soal Isabela.
"Kekuatan kami semua tidak dapat menandingi pasukan helang. Mereka terlalu hebat. Kuasa magis mereka adalah yang terbaik dari kalangan bunian yang lain. Malah Tok Fergon yang memiliki kuasa magis yang handal juga tidak dapat berbuat apa-apa. Dia kini sedang merawat seorang anak adam yang berjaya diselamatkan dari genggaman pasukan helang. Akan tetapi, dia tidak berjaya menyelamatkan anak adam yang seorang lagi.", satu persatu Avion memberitahu kepada Isabela.

"Seorang lagi? Bagaimana semua ini boleh terjadi? Mengapa anak-anak adam boleh terlibat dalam hal ini?", Isabela bertanyakan kepada Avion lalu bangkit dari tempat duduknya. Nadanya pula kedengaran sedikit berubah.

"Aku juga tidak mengerti akan hal ini.", Avion mula perasan bahawa riak wajah Isabela telah berubah dari tenang kepada sedikit risau.

Avion sangat mengerti akan hal ini. Dia tahu bahawa kaum bunian tidak boleh mengganggu kaum adam dan begitu juga sebaliknya. Jikalau perkara sebegini terjadi, maka akan berlaku peperangan yang sangat menggerunkan. Hal ini telah pun di beritahu turun-temurun kepada setiap bunian dari generasi ke generasi. Hal yang berkaitan tentang kaum bunian tidak dibenarkan menggganggu kaum adam adalah perkara yang wajib diberitahu kepada anak-anak bunian. Ianya bagi mengelak daripada tercetusnya peperangan yang sangat dasyat. Avion sangat bimbang akan perkara ini.

*********


Sofia berlari menyelamatkan diri. Sesekali dia melihat kebelakang bimbang jikalau ada pasukan helang yang masih mengekorinya. Begitu jauh Sofia melarikan diri dari markas pasukan helang. Kini dia terselamat dari genggaman pasukan helang. Sofia sungguh tidak menyangka bahawa dia dapat melarikan diri dengan mudah. Seolah-olah pasukan helang membenarkan dia melarikan diri begitu sahaja tetapi dia sangat bersyukur dia tidak lagi ditangkap oleh makhluk bunian yang kejam itu.

Setelah hampir satu jam dia berlari, dia berhenti di satu kawasan untuk berehat. Itupun setelah dia benar-benar yakin bahawa dia tidak lagi diekori oleh pasukan helang. Dia tercungap-cungap mengambil nafas. Seluruh tubuhnya dibasahi dengan peluh. Dia melihat keadaan sekeliling. Segalanya telah berubah menjadi gergasi sekarang. Dia sedar bahawa dia kini telah menjadi kerdil sama seperti tubuh makhluk yang menangkapnya. Dia telah melihat perubuhan itu ke atas Rizal sebelum ini. Dia sangat takut ketika itu. Dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rakannya itu. Keadaan yang berlaku seolah-olah begitu pantas sekali. Kini, dia hanya keseorangan di dalam hutan dengan saiz tubuhnya yang kerdil. Dia memandang ke atas. Pokok-pokok begitu besar sekali, daun-daun yang berguguran di tanah juga kelihatan sungguh besar.

Tiba-tiba dia terlihat sesuatu. Dihadapannya terdapat sebuah rumah. Rumah itu begitu indah dan cantik sekali. Tetapi dia pelik. Dengan saiz tubuhnya yang kecil ini, terdapat rumah yang saiznya tidak terlalu besar. Seolah-olah yang mendiamai rumah itu juga memiliki saiz yang serupa dengannya. Dia menghampiri rumah itu. Rumah itu dipagari oleh pokok-pokok yang tingginya hanya setinggi saiz Sofia. Dia mengintai dari pagar itu.

Matanya terbeliak luas. Dia terperanjat. Tidak jauh dari pagar itu, dia dapat melihat ada orang di perkarangan rumah itu seolah-olah sedang berdiskusi sesuatu. Seorang lelaki yang agak tua dan seorang lagi perempuan.

"Ada orang la kat sana. Sape dorang tu?", bisik hati Sofia.

Sofia sebenarnya telah sampai di kediaman Isabela. Apa yang disaksikannya itu adalah Avion dan Isabela yang sedang berdiskusi.

Tiba-tiba dia terpijak ranting. Bunyi ranting itu sangat jelas kedengaran. Avion dan Isabela yang sedang sibuk berbincang tersentak. Mereka melihat di luar pagar. Kelihatan Sofia terbongkok-bongkok ingin melarikan diri kerana khuatir ditangkap oleh Avion dan Isabela.

"Siapa di sana?", Avion menyoal keras.
"Keluar kau!", Avion mengarah pula kali ini dengan nada yang lebih tinggi.

"Anak adam?", Isabela sungguh terperanjat. Dia tidak percaya bahawa terdapat anak adam di situ.
"Dari mana dia datang?"


bersambung...