Sunday, October 30, 2011

Tempat Orang pt. 6 - Final

Steve menerkam Fazura secara tiba tiba. Dia memeluk Fazura sambil ketawa jahat. Steve ingin merogol Fazura. Nampaknya mat saleh ni memang dah geram tengok Fazura sejak kali pertama pertemuan mereka tempoh hari. Dah kehabisan minah saleh di Birmingham gamaknya.

Fazura terperanjat lalu menjerit meminta tolong. Dia meronta ronta ingin melepaskan diri dari Steve. Tetapi Steve lebih kuat. Dia kemudian menolak Fazura sekuat hati. Fazura terhempas ke meja dapur. Habis berselerak barang barang masakan di atas meja yang dibeli darinya tadi. Fazura menangis kesakitan. Steve mendekati Fazura lalu menarik rambutnya dengan muka yang penuh dengan nafsu serakah syaitan. Fazura menangis dan cuba melepaskan diri lagi tetapi dia mulai lemah. Dia hanya meronta ronta ingin dilepaskan. Rambutnya yang baru di shampoo semalam habis ditarik oleh syaitan yang bertopengkan muka manusia itu.  Nampaknya hidup Fazura akan berkecai tidak lama lagi. Dia sangat takut ketika ini.

"Assalamualaikum", tiba tiba muncul satu suara yang sangat dikenali Fazura.

Rosli sudah pulang dari tempat kerja. Sedikit sinar harapan buat Fazura. Semangat Fazura tiba tiba bangkit secara mendadak. Dia terus menjerit.

"ABANG! ABANG! Tolong bang!", Fazura menjerit meminta bantuan dari suaminya.

Rosli terkejut dengan jeritan isterinya dari belakang. Dia segera berlari masuk kedalam.

"Ya Allah!", Rosli terkejut melihat isterinya terkulai di lantai bersama Steve.

Steve bingkas bangun dan cuba menyerang Rosli. Sekarang Rosli pula bergelut dengan Steve. Tubuh Rosli jauh lebih kecil dari Steve yang tinggi lampai itu. Tetapi demi menyelamatkan isterinya, dia membelasah Steve sekuat hati. Beberapa tumbukan sempat menyinggah di perut Steve. Steve juga tidak kurang hebatnya menarik narik tali leher Rosli tanda membalas serangan Rosli.

Setelah hampir setengah jam bergelut, akhirnya Steve kalah dalam pergelutan tadi. Rosli berjaya menumpaskan Steve dengan penuh bergaya. Steve terlantar di atas lantai sambil ternganga. Sekarang Steve pula yang terkulai atas lantai kerana teruk dibelasah oleh Rosli sebentar tadi.

 Rosli sangat menyayangi dan mencintai isterinya sepenuh hati. Dia sanggup melakukan apa saja buat isteri tercintanya itu. Fazura bangun lalu mendapatkan suaminya dan memeluk Rosli sekuat hati sambil menangis teresak esak.

"Ayang, ayang ok? Dah dah jangan menangis, Abang dah bantai mat saleh tu cukup cukup. Ayang selamat sekarang", Rosli cuba menenangkan Fazura.

Fazura hanya mengangguk angguk dalam dakapan suaminya. Air matanya masih lagi mengalir laju membasah seluruh pipinya.

Mereka membuat laporan polis dan akhirnya Steve atau nama penuhnya Steven Gerrard ditangkap atas kesalahan ingin merogol wanita.

Stevie G the Liverpool player got arrested at Birmingham (source:Google)


Tamat...

Kelab hang dah tak boleh main kat eropah, hang pi rogol perempuan melayu lak. Isk isk isk.

Saturday, October 29, 2011

Tempat Orang pt. 5

Akhirnya dia berjaya mendapatkan kesemua barang yang hendak dibelinya. Sayur, ayam, bawang bawang dan sebagainya sudah sedia untuk di masak apabila sampai di rumah nanti. Sikap Fazura yang berani mencuba dan tidak takut walaupun dia berada ditempat orang dan tidak mahir berbahasa Inggeris membuatkan segala urusannya kadang kadang menjadi mudah.

Setibanya di kawasan perumahannya, dia mendapati lelaki mat saleh yang dijumpainya tempoh hari tercegat di hadapan rumahnya.  Tetapi kali ini pakaiannya lebih kemas dan terurus. Dia tidak berpakaian selekeh seperti pertemuan kali pertama minggu lalu. Lelaki mat saleh itu tersenyum mesra apabila menyedari Fazura sudah sampai di rumahnya.

"Hi, I'm Steve.", lelaki itu memulakan perbualan.

Fazura kembali menggelabah. Tangannya yang sarat dengan 4 beg kertas coklat hasil dari berbelanja di pasar tadi menyebabkan dia menjadi kelam kabut dengan kehadiran lelaki itu. Tidak tahu apa yang ingin dijawab kepada lelaki itu.

"Oh, let me get those.", Steve cuba mempelawa bantuan kepada Fazura.
"Eh, takpe takpe. Tak payah la encik.", Fazura cuba menolak bantuan Steve.
"No no it's ok ma'am. I really don't mind.", Steve mendesak.

Dicapainya kesemua beg beg kertas coklat dari dakapan Fazura. Fazura terpinga pinga dengan sikap yang sangat tiba tiba oleh Steve. Tidak pernah dia dilayan sebegini rupa daripada mana mana orang yang tidak dikenalinya lebih lebih lagi dari orang yang bukan sebangsa dengannya.

"Err mengaseh, eh, tenk kiu encik...", Fazura cuba berterima kasih kepada Steve.
"Ya ya it's ok ma'am. My name is Steve by the way. It's a pleasure to meet you ma'am.", Steve cuba berbahasa dengan Fazura.
"Owh nama Steve? Ok ok Steve. Kejap eh. Pintu bukak dulu", Fazura menjawab sambil menunding jari ke arah pintu rumahnya sambil tersengih sengih.

Fazura memang tak paham sikit habuk pun terhadap perkataan perkataan yang muncul dari mulut Steve. Dia hanya mengangguk angguk malu. Lekas lekas dia membuka pintu rumahnya. Kesian pula dia tengok Steve sedang memegang kesemua barang barang yang dibelinya tadi.

"Come come inside", Fazura mempelawa Steve masuk supaya kesemua barang yang di pegangnya cepat cepat ditempatkan di dapur dan dia mahu Steve beredar cepat cepat dari rumahnya.

Dia khuatir Rosli mungkin sudah dalam perjalanan balik kerumah pada waktu ini. Steve masuk ke dalam rumah dan terus masuk ke dapur untuk menempatkan barang barang ke atas meja makan di dapur.

Tiba tiba, Steve menerkam Fazura secara rakus.

bersambung...

mampos ko fazura mampos~

Friday, October 28, 2011

Tempat Orang pt. 4

Rosli berjalan sendirian menuju ke tempat kerjannya. Seawal jam 6 pagi lagi dia sudah bersiap siap ke tempat kerja barunya. Sudah seminggu mereka suami isteri berhijrah di Birmingham. Pejabat barunya sekarang terletak tidak jauh dari kawasan kediamannya. Kira kira 2km saja. Jadi dia hanya berjalan kaki. Jam sudah pun menunjukkan tepat jam 8.00 pagi. Semangat baru di tempat baru beserta pangkat baru. Keadaan hidup Rosli betul betul selesa sekarang walaupun terpaksa berkorban meninggalkan keluarga di kampung. Tetapi ini semua demi keluarganya juga. Dia ingin mengubah nasib keluarganya. Dia mahu lihat anak anaknya senang di masa hadapan.

************

Lain pula kisah Fazura di rumah. Memandangkan dia hanya mengikut suami berpindah di negara orang, Fazura sekarang kebuntuan tidak tahu hendak melakukan apa di rumah. Dia bosan. Rosli hanya mahu dia menjadi suri rumah sepenuh masa saja di rumah. Yalah, dengan keadaan Fazura yang tidak tahu berbahasa Inggeris, apa sangat yang mampu dilakukan oleh anak jati Muadzam ini.

"Boringnya lahai. Abang dah pergi kerja. Rumah dah siap kemas. Baju dah siap lipat. Apa lagi aku nak buat ni?" bisik Fazura sambil matanya melilau melihat keadaan sekeliling rumahnya yang sederahan luas itu. Dia pun ke dapur. Di bukannya kabinet dapur. Kosong. Tiada apa apa di dalamnya. Makanan sudah habis. Makanan basah mahupun kering sudah pun kehabisan.

"Malam nanti abang balik nak makan apa? Kesian kat laki aku." Fazura berfikir.

Dia pun terus bersiap siap lalu keluar ke pasar. Hajatnya ingin mencari barang masakan seperti sayur, ayam dan makanan yang lain untuk makan malam nanti. Minggu lepas dia pergi bersama Rosli memandangkan suaminya saja yang fasih berbahasa Inggeris dan mudah bagi mereka untuk mencari apa saja. Akan tetapi kali ini, Fazura pergi kesorangan. Memang tindakan yang tidak berfikir panjang sudah menjadi salah satu karakter Fazura sejak kecil lagi.

source:Google


Setealah 15 minit berjalan kaki, kini dia tiba di pasar yang bernama 'Bull Ring Market' yang terletak tidak jauh dari kediaman rumahnya juga. Tempat tempat di kawasan Birmingham seperti pasar, pejabat pos, balai polis dan sebagainya sangat dekat dan mudah untuk pergi. Kebanyakkan tempat hanya perlu berjalan kaki saja.

Fazura mencari gerai yang menjual sayur. Dia hendak bertanya tapi tidak tahu, dia pun berjalan jalan sekitar pasar sambil menjenguk jenguk gerai gerai yang ada.

bersambung...

Thursday, October 27, 2011

Terjumpa Duit

Pagi pagi aku sampai tempat kerja. Aku akan pergi breakfast dekat gerai depan tempat kerja aku. Ini adalah rutin harian aku pagi pagi. Lepas makan nasi lemak dengan air teh ais aku pun pergi tandas stesen minyak BHP kat sebelah tempat kerja aku sebab nak berak. Kadang kadang pergi berak dekat Esso. Semua sebelah sebelah je. Kalau berak dekat Esso takleh cangkung. Dekat BHP mangkuk tandas dia boleh cangkuk. Best!

Hari ni aku pergi berak dekat BHP. Sampai sampai je tandas tu, pintu terkunci. Ada orang tengah pakai. Aku pun tunggu kejap. Tak lama lepas tu seorang perempuan keluar. Lengkap berpakaian baju kurung warna hijau daun pisang. Wangi betul cologne dia. Makin nak terberak aku rasa.

Lekas lekas aku masuk ke dalam. Tutup pintu dan kunci tombol pintu. Adjust baldi kat situ. Pastu cangkung. Tengah teran teran, tiba tiba mata aku tertumpu dekat satu beg plastik hitam bawah sinki dalam tandas tu. Aku perhatikan betul betul. Apa benda la agaknya dalam plastik hitam tu. Tertanya tanya. Sifat ingin tahu dan menyibuk mula membuak buak dalam hati. Aku pun berak cepat cepat.

Dah selesai berak, aku amik beg plastik hitam tu. Berat jugak isi dia. Aku pun pelan pelan buka balutan beg plastik tu. Berdebar debar pulak rasa.

Duuitttttt!!!!

Banyaknya duit. Tebal wei duit RM50 satu bundle. Tebal dia lebih kurang panjang ibu jari aku lebih kurang. Tergamam aku tengok duit banyak camni. Tapi sape punya? Perempuan tadi ke?

Aku pun keluar dari tandas tu. Aku tengok tengok keadaan sekeliling. Mana la tau perempuan tadi ada lagi kat sini tunggu barang dia tercicir. Tapi tak de pun. Aku pun buang beg plastik tu. Amik duit tu simpan dalam poket. Blah laju laju g tempat keje balik.
$$$$$$ (source:Google)

Total duit satu bundle tadi = RM60,150.00. Apa nak beli eh? Hehehehe

Tempat Orang pt. 3

"Ktorg da smpi da ni. Ktorg sume ok je. Abg li da telelap. Penat la sgt tu kot. Pe hal penting tu ma?" balas Fazura.

"Takde, sejak ko pegi jauh ni, tiba tiba ayah ko asik sesak nafas aje. Asik2 semput. Risau pulak mama." balas mamanya.

"Ye ke ma? Alaaa. Ni yg Zura tak suke ni. Nnti pesan kat ayah makan ubat. Jgn wat keje berat2 sgt. Kang pape jadi ssh lak k." balas Fazura kerisauan.

Keluarganya di Muadzam sudah jauh beribu batu dengannya. Hati Fazura tersentuh dengan kata kata mamanya. Ayahnya di kampung sudah pun pencen. Umurnya menjangkau 60 tahun. Namun, ayahnya masih lagi aktif berkebun di kampung. Cuma penyakit semputnya datang secara tiba tiba tetapi jarang jarang.

"Ok Zura. Nnti jaga dr baik2 kat sana. Pape nnti msg la. Adik ko ckp nnti boleh sekaip sekaip (skype) ke pe bende tah la. Mama pon tak tahu dia tu. Kirim slm dengan Rosli k. Askum." mamanya membalas.

Tersengih Fazura membaca mesej mamanya. Perasaan excited tadi tiba tiba bertukar menjadi suram setelah membaca mesej dari mamanya di kampung. Tiba tiba dia teringat masakan kegemaran ikan pari masak asam pedas yang sering dihidangkan oleh mamanya ketika bujang dulu. Bergenang air mata Fazura tatkala mengenangkan kampung.

Waktu pun sudah hampir senja. Rosli masih lagi tidur nyenyak. Fazura mengejutkan suaminya dari tidur. Tak elok tidur di waktu senja.

"Abang, abang. Bangun bang. Dah senja ni bang." kejut Fazura lembut sambil menggoyang goyangkan kaki suaminya.

Rosli mengerang perlahan lahan. Matanya masih lagi tertutup.

"Abang!" kejut Fazura lagi tetapi nadannya agak tinggi sedikit dari tadi.

"Hah! Malam ni malam jumaat? Jom jom jom yang." Rosli mengigau tiba tiba dan terus terjaga.

bersambung...

Wednesday, October 26, 2011

Tempat Orang pt. 2

"Hello", orang putih itu tadi sambil tersenyum lalu menghulurkan tangan kanannya.

Fazura tergamam. Jantungnya berdegup pantas. Orang yang tidak dikenali tiba tiba menyapanya. Sudah la tidak berapa fasih dalam berbahasa Inggeris.

"Errrr hello", jawab Fazura kekok. Dahinya berkerut. Menggelabah habis. Tangan yang dihulurkan orang putih itu tadi tidak di sambut.


"So you are new in here?", soal orang putih itu lagi mesra.

"Mampos! Apa benda pulak la yang mat saleh ni cakap. Tadi hello tu boleh la aku paham sikit sikit. Ni pe bende 'nu nu hey' plak ni? Menatang ape dia cakap ni?", Fazura bermonolog sendirian. Dia tidak pandai dalam berbahasa Inggeris. Dulu di sekolah selalu tidur dalam kelas Mdm. Kavita. Sekarang kan dah ternganga.

"Well i believe you just moved in, yes?" soal orang putih itu lagi.

Kali ini Fazura betul betul pening. Dia terus mengangguk anggukkan kepalanya sambil tersengih lalu bergegas masuk kedalam rumah. Orang putih itu terpinga pinga melihat gelagat Fazura.

Dam! Pintu rumahnya di hempas sekuat kuat hati. Fazura sangat kelam kabut. Takut bercampur malu menyelubungi dirinya. Macam kena kejar dek hantu. Dia mengintai dari cermin tepi pintu. Orang putih itu tadi beredar.

Fazura mengembus nafas lega.

Dia kembali ke ruang tamu. Kelihatan Rosli terbongkang tidur nyenyak di atas lantai. Letih betul dia. Fazura berjalan ke arah Rosli. Rumah kelihatan berselerak dengan  tiga buah beg yang besar berisi pakaian mereka berdua.

Tiba tiba telefon bimbit blackberrynya berdering. Mesej dari ibunya masuk.

"Kakak, da slmt smpi ke? Cmne kat sane? Ok ke? Mama ada benda penting nak gtaw ni. Nnti dpt msg ni reply ye kak"

bersambung...

Tuesday, October 25, 2011

Tempat Orang pt. 1

Source:Google


"Yeay!", teriak Fazura.
"Akhirnya sampai jugak kita kat oversea kan sayang?", soal Fazura kepada Rosli, suaminya.

Fazura dan Rosli adalah pasangan pengantin yang baru saja melansungkan perkahwinan 2 bulan yang lalu. Memang rezeki kahwin orang cakap, Rosli ditempatkan di luar negara oleh tempat kerjanya selama 2 tahun tidak lama setelah mereka berkahwin. Mereka menetap di Birmingham, United Kingdom. Segala urusan telahpun di uruskan oleh mereka bersama agen dari U.K. Mereka hanya perlu datang dan memulakan hidup baru di sini.

"Haah. Sayang, abang penat la. Nak tidur kejap boleh tak?", jawab Rosli sambil menguap.
"Ala dia ni! tidur je kejenye. Ye la ye la pergi la tidur. Saya nak pergi jalan jalan dekat luar kejap. Mesti sejuk!", muncung mulutnya membalas.

Fazura bergegas menyarung kasut bootnya serta memakai jaket tebal yang di beli dari bundle di pekan Muadzam, Malaysia tempat lahirnya. Sungguh teruja anak muda ini. Maklumlah, di Muadzam mana pernah ada musim sejuk, setakat hujan lebat saja baru boleh rasa sejukkannya.

Dia membuka pintu putih rumah barunya, pelahan lahan angin yang dingin menyapa tubuhnya. Musim sejuk baru sahaja mulai menyinggah di bumi Birmingham. Fazura tersenyum puas. Dia melangkah keluar dari rumahnya. Dia melihat keadaan sekeliling kawasan perumahannya sambil mengeliat dan menarik nafas sedalam dalamnya. Begitu tenang keadaan di sini.  Kelihatan keadaan di kawasan perumahan di situ sangat teratur dan kemas. Sangat bersih dan amat jauh sekali keadaannya kalau nak dibandingkan dengan di Malaysia. Waktu petang menunjukkan lebih kurang pukul 5.30 petang.

**********************

Dari jauh kelibat seorang lelaki berkulit putih berjalan tunggang langgang ke arahnya. Lelaki tersebut mabuk. Dia berjalan menuju ke arah Fazura. Fazura tidak perasan akan kehadiran lelaki tersebut. Perlahan lahan lelaki itu berjalan mendekati Fazura. Fikirannya yang tidak lagi waras seolah olah hendak berbuat sesuatu yang tidak baik terhadap Fazura.

Kini jarak lelaki yang tinggi lampai dan berbadan kurus itu sudah lebih kurang hanya sekaki sahaja. Tangannya yang kemerah merahan menuju ke rambut Fazura.

Fazura menoleh kebelakang. Dia melihat seorang yang tidak dikenali betul betul berada di hadapanya secara tiba tiba. Matanya terbeliak luas.

Dia terperanjat!

bersambung...

Selamat Kembali

Hello,

Cerita misteri tasik kunang meranti akan diberhentikan buat sementara waktu kerana tahap imiginasi aku yang terlampau tinggi dan tidak dapat dikawal lagi serta boleh menyebabkan sesuatu yang buruk mungkin berlaku. Selain dari itu, aku terlalu sibuk dengan komitmen kerjaya.

Oleh itu, cerita lain di mana tahap imaginasinya tidak terlalu ekstrim akan di hidangkan selepas ini. Aku berharap yang terbaik dalam perjalanan penulisan blog ini. Namun begitu, misteri tasik kunang meranti akan di sambung.

Dalam masa aku berehat (cewah), banyak perkara yang aku telah pelajari dalam dunia berblogging dan aku berharap aku dapat meng-improve-kan kualiti blog ni. Rindu gila nak kembali menulis.

Ayuh mulakan!