Akhirnya dia berjaya mendapatkan kesemua barang yang hendak dibelinya. Sayur, ayam, bawang bawang dan sebagainya sudah sedia untuk di masak apabila sampai di rumah nanti. Sikap Fazura yang berani mencuba dan tidak takut walaupun dia berada ditempat orang dan tidak mahir berbahasa Inggeris membuatkan segala urusannya kadang kadang menjadi mudah.
Setibanya di kawasan perumahannya, dia mendapati lelaki mat saleh yang dijumpainya tempoh hari tercegat di hadapan rumahnya. Tetapi kali ini pakaiannya lebih kemas dan terurus. Dia tidak berpakaian selekeh seperti pertemuan kali pertama minggu lalu. Lelaki mat saleh itu tersenyum mesra apabila menyedari Fazura sudah sampai di rumahnya.
"Hi, I'm Steve.", lelaki itu memulakan perbualan.
Fazura kembali menggelabah. Tangannya yang sarat dengan 4 beg kertas coklat hasil dari berbelanja di pasar tadi menyebabkan dia menjadi kelam kabut dengan kehadiran lelaki itu. Tidak tahu apa yang ingin dijawab kepada lelaki itu.
"Oh, let me get those.", Steve cuba mempelawa bantuan kepada Fazura.
"Eh, takpe takpe. Tak payah la encik.", Fazura cuba menolak bantuan Steve.
"No no it's ok ma'am. I really don't mind.", Steve mendesak.
Dicapainya kesemua beg beg kertas coklat dari dakapan Fazura. Fazura terpinga pinga dengan sikap yang sangat tiba tiba oleh Steve. Tidak pernah dia dilayan sebegini rupa daripada mana mana orang yang tidak dikenalinya lebih lebih lagi dari orang yang bukan sebangsa dengannya.
"Err mengaseh, eh, tenk kiu encik...", Fazura cuba berterima kasih kepada Steve.
"Ya ya it's ok ma'am. My name is Steve by the way. It's a pleasure to meet you ma'am.", Steve cuba berbahasa dengan Fazura.
"Owh nama Steve? Ok ok Steve. Kejap eh. Pintu bukak dulu", Fazura menjawab sambil menunding jari ke arah pintu rumahnya sambil tersengih sengih.
Fazura memang tak paham sikit habuk pun terhadap perkataan perkataan yang muncul dari mulut Steve. Dia hanya mengangguk angguk malu. Lekas lekas dia membuka pintu rumahnya. Kesian pula dia tengok Steve sedang memegang kesemua barang barang yang dibelinya tadi.
"Come come inside", Fazura mempelawa Steve masuk supaya kesemua barang yang di pegangnya cepat cepat ditempatkan di dapur dan dia mahu Steve beredar cepat cepat dari rumahnya.
Dia khuatir Rosli mungkin sudah dalam perjalanan balik kerumah pada waktu ini. Steve masuk ke dalam rumah dan terus masuk ke dapur untuk menempatkan barang barang ke atas meja makan di dapur.
Tiba tiba, Steve menerkam Fazura secara rakus.
bersambung...
mampos ko fazura mampos~
No comments:
Post a Comment