Source:Google |
"Yeay!", teriak Fazura.
"Akhirnya sampai jugak kita kat oversea kan sayang?", soal Fazura kepada Rosli, suaminya.
Fazura dan Rosli adalah pasangan pengantin yang baru saja melansungkan perkahwinan 2 bulan yang lalu. Memang rezeki kahwin orang cakap, Rosli ditempatkan di luar negara oleh tempat kerjanya selama 2 tahun tidak lama setelah mereka berkahwin. Mereka menetap di Birmingham, United Kingdom. Segala urusan telahpun di uruskan oleh mereka bersama agen dari U.K. Mereka hanya perlu datang dan memulakan hidup baru di sini.
"Haah. Sayang, abang penat la. Nak tidur kejap boleh tak?", jawab Rosli sambil menguap.
"Ala dia ni! tidur je kejenye. Ye la ye la pergi la tidur. Saya nak pergi jalan jalan dekat luar kejap. Mesti sejuk!", muncung mulutnya membalas.
Fazura bergegas menyarung kasut bootnya serta memakai jaket tebal yang di beli dari bundle di pekan Muadzam, Malaysia tempat lahirnya. Sungguh teruja anak muda ini. Maklumlah, di Muadzam mana pernah ada musim sejuk, setakat hujan lebat saja baru boleh rasa sejukkannya.
Dia membuka pintu putih rumah barunya, pelahan lahan angin yang dingin menyapa tubuhnya. Musim sejuk baru sahaja mulai menyinggah di bumi Birmingham. Fazura tersenyum puas. Dia melangkah keluar dari rumahnya. Dia melihat keadaan sekeliling kawasan perumahannya sambil mengeliat dan menarik nafas sedalam dalamnya. Begitu tenang keadaan di sini. Kelihatan keadaan di kawasan perumahan di situ sangat teratur dan kemas. Sangat bersih dan amat jauh sekali keadaannya kalau nak dibandingkan dengan di Malaysia. Waktu petang menunjukkan lebih kurang pukul 5.30 petang.
**********************
Dari jauh kelibat seorang lelaki berkulit putih berjalan tunggang langgang ke arahnya. Lelaki tersebut mabuk. Dia berjalan menuju ke arah Fazura. Fazura tidak perasan akan kehadiran lelaki tersebut. Perlahan lahan lelaki itu berjalan mendekati Fazura. Fikirannya yang tidak lagi waras seolah olah hendak berbuat sesuatu yang tidak baik terhadap Fazura.
Kini jarak lelaki yang tinggi lampai dan berbadan kurus itu sudah lebih kurang hanya sekaki sahaja. Tangannya yang kemerah merahan menuju ke rambut Fazura.
Fazura menoleh kebelakang. Dia melihat seorang yang tidak dikenali betul betul berada di hadapanya secara tiba tiba. Matanya terbeliak luas.
Dia terperanjat!
bersambung...
No comments:
Post a Comment