Thursday, October 27, 2011

Tempat Orang pt. 3

"Ktorg da smpi da ni. Ktorg sume ok je. Abg li da telelap. Penat la sgt tu kot. Pe hal penting tu ma?" balas Fazura.

"Takde, sejak ko pegi jauh ni, tiba tiba ayah ko asik sesak nafas aje. Asik2 semput. Risau pulak mama." balas mamanya.

"Ye ke ma? Alaaa. Ni yg Zura tak suke ni. Nnti pesan kat ayah makan ubat. Jgn wat keje berat2 sgt. Kang pape jadi ssh lak k." balas Fazura kerisauan.

Keluarganya di Muadzam sudah jauh beribu batu dengannya. Hati Fazura tersentuh dengan kata kata mamanya. Ayahnya di kampung sudah pun pencen. Umurnya menjangkau 60 tahun. Namun, ayahnya masih lagi aktif berkebun di kampung. Cuma penyakit semputnya datang secara tiba tiba tetapi jarang jarang.

"Ok Zura. Nnti jaga dr baik2 kat sana. Pape nnti msg la. Adik ko ckp nnti boleh sekaip sekaip (skype) ke pe bende tah la. Mama pon tak tahu dia tu. Kirim slm dengan Rosli k. Askum." mamanya membalas.

Tersengih Fazura membaca mesej mamanya. Perasaan excited tadi tiba tiba bertukar menjadi suram setelah membaca mesej dari mamanya di kampung. Tiba tiba dia teringat masakan kegemaran ikan pari masak asam pedas yang sering dihidangkan oleh mamanya ketika bujang dulu. Bergenang air mata Fazura tatkala mengenangkan kampung.

Waktu pun sudah hampir senja. Rosli masih lagi tidur nyenyak. Fazura mengejutkan suaminya dari tidur. Tak elok tidur di waktu senja.

"Abang, abang. Bangun bang. Dah senja ni bang." kejut Fazura lembut sambil menggoyang goyangkan kaki suaminya.

Rosli mengerang perlahan lahan. Matanya masih lagi tertutup.

"Abang!" kejut Fazura lagi tetapi nadannya agak tinggi sedikit dari tadi.

"Hah! Malam ni malam jumaat? Jom jom jom yang." Rosli mengigau tiba tiba dan terus terjaga.

bersambung...

No comments: