Fazura terperanjat lalu menjerit meminta tolong. Dia meronta ronta ingin melepaskan diri dari Steve. Tetapi Steve lebih kuat. Dia kemudian menolak Fazura sekuat hati. Fazura terhempas ke meja dapur. Habis berselerak barang barang masakan di atas meja yang dibeli darinya tadi. Fazura menangis kesakitan. Steve mendekati Fazura lalu menarik rambutnya dengan muka yang penuh dengan nafsu serakah syaitan. Fazura menangis dan cuba melepaskan diri lagi tetapi dia mulai lemah. Dia hanya meronta ronta ingin dilepaskan. Rambutnya yang baru di shampoo semalam habis ditarik oleh syaitan yang bertopengkan muka manusia itu. Nampaknya hidup Fazura akan berkecai tidak lama lagi. Dia sangat takut ketika ini.
"Assalamualaikum", tiba tiba muncul satu suara yang sangat dikenali Fazura.
Rosli sudah pulang dari tempat kerja. Sedikit sinar harapan buat Fazura. Semangat Fazura tiba tiba bangkit secara mendadak. Dia terus menjerit.
"ABANG! ABANG! Tolong bang!", Fazura menjerit meminta bantuan dari suaminya.
Rosli terkejut dengan jeritan isterinya dari belakang. Dia segera berlari masuk kedalam.
"Ya Allah!", Rosli terkejut melihat isterinya terkulai di lantai bersama Steve.
Steve bingkas bangun dan cuba menyerang Rosli. Sekarang Rosli pula bergelut dengan Steve. Tubuh Rosli jauh lebih kecil dari Steve yang tinggi lampai itu. Tetapi demi menyelamatkan isterinya, dia membelasah Steve sekuat hati. Beberapa tumbukan sempat menyinggah di perut Steve. Steve juga tidak kurang hebatnya menarik narik tali leher Rosli tanda membalas serangan Rosli.
Setelah hampir setengah jam bergelut, akhirnya Steve kalah dalam pergelutan tadi. Rosli berjaya menumpaskan Steve dengan penuh bergaya. Steve terlantar di atas lantai sambil ternganga. Sekarang Steve pula yang terkulai atas lantai kerana teruk dibelasah oleh Rosli sebentar tadi.
Rosli sangat menyayangi dan mencintai isterinya sepenuh hati. Dia sanggup melakukan apa saja buat isteri tercintanya itu. Fazura bangun lalu mendapatkan suaminya dan memeluk Rosli sekuat hati sambil menangis teresak esak.
"Ayang, ayang ok? Dah dah jangan menangis, Abang dah bantai mat saleh tu cukup cukup. Ayang selamat sekarang", Rosli cuba menenangkan Fazura.
Fazura hanya mengangguk angguk dalam dakapan suaminya. Air matanya masih lagi mengalir laju membasah seluruh pipinya.
Mereka membuat laporan polis dan akhirnya Steve atau nama penuhnya Steven Gerrard ditangkap atas kesalahan ingin merogol wanita.
Stevie G the Liverpool player got arrested at Birmingham (source:Google) |
Tamat...
Kelab hang dah tak boleh main kat eropah, hang pi rogol perempuan melayu lak. Isk isk isk.
3 comments:
dear jojo,
ak dah bce wei cerpen ko..um..pde pndpt ak..jln crite dye..ringkas sgt...cube la ko alah lgi..mcm sng sgt je jln cte dye..n xpuas bce...ko kne byk bce novl cnte jo...nnti lgi ko dpt idea..ikt pndpt ak kan..pttnye ko soh si steve tuh men peranan lme2 sket..mcm usha2 ke si fazura tuh...smpi dye lentok..bru bantai ckup2...xpon..ko wat laki die abaikan dye..die mule rse sunyi..rndu umah sume...haaa...lgi best weyh mcm tuh...byk kan part2 romntik yg nakal2 sket...bru org tmbh feeling...wokeh=) truskan wei..ak ske bce novel2 mcm ni...tpi biar pnjg sket jln cite..n biar smpt ak nk imagine=)
thank you. kalo aku buat panjang panjang sangat nanti org boring nak baca. citer da la tah pape. pasni aku cuba lagi yang terbaek ok. terima kasih daun keladi. ;)
um..pnjg xpe.jgn melalut...panjang n melalut laen taw...kalo jln cite sedap...org xkan ckp ape pon taw...mcm cite nora elena..ko tgk x?kalo xtgk..ko wajib tgk...lps tgk..ko compare dgn novel dye...kasih yg suci..kalo bleh tgk perbezaan dye..n ko akn taw..novel lgi best dri drama...amik cntoh dri situ..
Post a Comment